Monday, April 19, 2010

Makin Berangin..

Nak kata geram, mmg geram..

tapi nak paksa pun tak guna sbb anak la katakan. amirul mmg agak melawan orangnya. bila kita cakap bebaik mmg tak makan saman. bila cakap tinggi sikit suara, ada masa dia ejek kita, ada masa dia nangis terus, ada masa dia jeritkan kita.

ikutkan, kalau menangis, kita pujuk walaupun masih membebel. tapi kalau dia jeritkan kita, mula la umi dia men kekejar ngan dia. bila dapat, siapla merah peha. :)

tapi, yang sampai la nie duk geram ke dia apa tau, dia MASIH tak boleh berenggang dengan diapers dia!! aduhai...

setiap hari akan cuba tak pakaikan diapers. tapi tahan seminit dua je. tak sempat pakaikan baju adik, dia dah gelak2 amik sendiri suruh pakaikan. kalau cakap bebaik pun mood dia dari gelak2 boleh tukar jadi jerit2kan kita. aduhai...await pelik beno pangai mu ni mirul??

sampai ke hari nie, cubaan tidak mahu memakaikan diapers adalah GAGAL!

ada cadangan?? pening dibuatnya..

tapikan... lagi saya berangin apa tau? bila diapers yg dibeli tu takde pelekat!!!

bayangkan, saya baru je cucuba pakaikan Drypers Wee Wee Dry ke anak2, pelekat dia sebelah ada, sebelah takde! siap ada selotape tau kat bilik tukar baju/diapers dirog tuh disebabkan hal ni!

dah lama tak beli, haritu tergerak nak pakaikan, jadi belilah satu pek jumbo nih! setakat hari ni, dari 60 keping saiz XL, baru pakai 1st layer, itupun tinggal 3 lagi belum pakai, saya dah jumpa 7 keping yang sebelah pelekat ada, sebelah pelekat lagi tiada.

sejarah nie tau! selama umur beli diapers anak, walaupun murah atau yang mahal, belum jumpa lagi kes pelekat takde sebanyak ni. congak harga, katakan se pek jumbo nie RM35.00. dalam tu ada 60 keping untuk saiz XL. sekeping dah berharga RM0.58. maknanya, bila dah jumpa 7 keping takleh nak pakai (assume kalau tak pakailah, walaupun saya akan tetap pakaikan ke anak dgn selotape), dah rugi bape ringgit?? RM4.00 ya tentuan sekalian.

kalau 2nd layer saya jumpa lagi 7 keping atau lebih??? dah lebih RM4.00 lagi. maknanya, paling kurang saya dah terlebih bayar kepada pengeluar RM8.00++(dengan andaian, tiada keuntungan kepada pihak ketiga, yakni pasaraya).

HaH! men kira matematik hari nie iyer...

siapa tak hangin kan??? lelagi bila tengah pakaikan bebudak.

nak report kat pengeluar tak jumpa pulak website co dia. rasanya kat thailand pengeluarnya. dah bukak pun bahasa Thailand. cemane nak paham?? :p

no wonder jenama no 1 di malaysia. sokmo beli byk sbb kes gini kot???

sebagai pengguna saya sgt kesal. tapi wat 2 do, lepas nie mmg tak mahu pakai jenama nie lagi. baik la saya stick pada yang murah. walaupun kerap tukar, hati tak sakit.

owh.. lagi satu, kualitinya sekarang juga agak mendukacitakan. tak seperti 3 tahun lepas masa memula saya pakaikan untuk amirul masa dia umur tak sampai setahun.

7 comments:

arin said...

zana,
first ly leh complain kat manufacturer/syarikat diapers tuh. google se habis boleh channel mana yang boleh di comlaints. and tunjukkan bukti ( amik gambar if boleh untuk email ) .

bab taknak pakai pampers.cuba sorok pampers?menjadik tak?

aNoY said...

hohohoooo amirul nih. cube mak teh nak dgr sebut "umi, sy nak susu" kalau lulus baru bole nak mengada2. kalau dak....BIGGGG NOOOOO oke

lily lotus said...

aduh..masalah negara ni..hehe..geram kalau beli barang tapi tak sempurna..komplen betul2 kalau dah jumpa syarikat hantu tu

MR said...

aku pakai cap tesco punya. so far tidak pernah mendukacitakan. hehehe [murah pon murahhh]

eynda said...

So far tak pernah jadi macam tu lagi...guna dryers jugak...boleh buat aduan kat Persatuan Pengguna kot...

Zana S said...

arin
itulah. mmg nak komplen. tapi bila citer kat abah dia, kita pulak kena. adeh..
sorok lom pernah lagi. nnt zana cuba. tapi... nak sorok cemane ek?? adik dia punya kang dia suruh pakaikan.. aduhaii..

anoy
dengar umi je.. susu tak keluar. :p

lily lotus
sangat. tapi tulah.. malas sungguh nak google macam2. :d

MR
itulah. aku suka lagi pakai cap tesco tu. tapi... tak kesana pulak. huhuhu...

Eynda
mungkin timing pengeluaran tu mmg ko kot.. zana tak bernasib baik dpt yg tak elok. itulah... kena cuba komplen ke diorg nnt. :)

Quran said...

Hey,
aduh..masalah negara ni..hehe..geram kalau beli barang tapi tak sempurna..komplen betul2 kalau dah jumpa syarikat hantu tu.

So far tak pernah jadi macam tu lagi...guna dryers jugak...boleh buat aduan kat Persatuan Pengguna kot...Thank's