Monday, December 30, 2013

Majlis Perkahwinan Terakhir 2013

Esok lusa dah tahun baru. Sibuk apa??! Anak sekolah la jawabnyer.. ada jugak kes babas nak ingat wedding anniversary nnt. Huahuahua...

Dah bape minggu ni duk kira dah bape tahun kawen. Iskh.. mcm asik salau kira je rasa. Macam tak pecaya pun iye..dah nak masuk 11 tahun 3/1/14 ni. Dan... jumpa balik hari pernikahan kami. Jumaat.

Hadiah??!! Tak tau lagi nak beri apa. Tapi la ni beli pun pakai duit dia mcm tak syiok plak. Nak tunggu duit sdiri tah bile taun agaknya. Huhu...

Ok lah.. cite wedding la plak. Smlm ada jemputan. Dr sepupu abah. Majlis untuk anaknya yang sulung. Last week dah buat di pihak perempuan. Minggu ni lelaki di dewan perdana felda. Okeh! 1st time masuk situ. Besar. Tolong gigil bila duk congak anggaran kos majlis. Ahaha!!

Ikutkan kami ni dah pangkat pakcik makcik. Walaupun majoriti anak buah abah baya aku ni ha... tetap takmo bahasakan diri makcik. Depa pun panggil awak saya. Hehe.. sbb umur lebih kurang kan...

Lama sungguh tak jumpa sepupu sepapat abah. Bukan sebab takde majlis. Aku yg segan nak pi kalo dia tak pi. Lelagi skrg mak mertua pun tak sihat (sepupu sebelah mak abah), tak boleh pi, mmg la boleh je nak pi anak beranak. Tapi tetappp... tak syiok nak pi sbb sedara nya sendiri takde. :)

Anak2 masing2 dah besar. Yg belajar pun dah tamat. Tunggu ms nak berkenduri je ni. Wahhh!! Cepat sungguh ms berlalu. Rasa diri semakin tua. Ahaha! Not that old!!! Just increase the number every year.. hihi!! young inside. Alwaysss!!!

Selamat Tahun Baru 2014 semua!!! ;)

Sorry, gambar pengantin takdak. Mcm biasa la kan... anak2 buah pun dah tau peel pak sedara dia khennn. Jadi... kita amik mane dapat je lah. :d

Saturday, December 28, 2013

Aktiviti Hari Ini

Ada gotong royong kat tmn. Tak pi pun. Sbb tuan beso takmo pi. Penat keja tak hilang katanya....haish... tak penah ikut serta apa aktiviti komuniti pun sejak duk sini. Mmg rasa bersalah. Tapi takkan nak heret tuanbeso plak kan??? Derhaka weh! Ahaha!

Mmg la ada jumpa2 kaum ibu yg duk setmn ni kat skolah, bila borak2 ty duk mane... eh setaman kita iye.. tapi tak pernah kenal. Tak pernah ikut aktiviti kah?? Dah... pandang semacam pulakkk bila ckp tak pernah dtg.

Ha lerr... korang iye la..laki tak kesah. Mokcik laki kesah. Sebelum kesah dia bergumpal, baik la kita sedar diri.. iye tak??!! Esok2 skolah nak bukak ni byk plak nak buat sehari dua nnt.

Jadi, bertepatan dgn tema hari ni, kita spring cleaning dan settle kan gosok baju sekolah kekanak.

Eh.. kengkawan hari pertama sekolah kapur kasut tak? Kasut baru?? Last year kita ni merajin la kapur kasut mirul, kena tegur dek abahnya. Kasut baru buat apa kapur?? Ahaha! Gelak la... tapi bini dia ada alasan. Dah... kalo kotor, kasut berkapur, kan basuh senang tanggal.

Oh iye???
Ha ler... mmg la.. zaman abah kasut getah. Zaman bini nya dah kasut kain. Lainnn pendekatan. Ahahaha! (Nampak nau jauh beza zaman kami:p)

Hakikatnya kasut depa lom kapur lagi. Tak dan hari ni. Ni pun dah separa mata.

Esok dah takde kat rumah. So senin la kejar belari. Nasibla orentasi aris abahnya cuti. Kalo tak cuti?? Pengsan umi nak ngadap kelas dedua byr yuran bagai. Huiii..

Ok lah.. mau sambung lipat kain. Sungguh!! Bantal udah manggil!!! :(

Thursday, December 26, 2013

Percutian Hampir Tamat

Alhamdulillah....sekolah dah nak buka. Patut lagi tak suka kan?? Omak sini suka. Sbb?? Tab ipad boleh masuk muzium... ahaha!

Nak suruh itu ini mmg seksa. Suruh ulangkaji lagi kedaung. Aris nak masuk drjh 1. Cemane la omak tak ketaq. Tapi tak elok gak nak pressure anak. Jadi... blajar untuk pastikan dia boleh mengeja mengira simple2. Takpela nak... biar kamu masuk skolah dan tau langit tu tinggi ke rendah. Muahahaha!

Macam mak tiri!!. Bukann.. dak sorang ni tak boleh di tekan. Klu kata suh blajar ke baca ke, dia yg tentu masa. Jd, klau luar waktu yg di ckp mmg sakit jiwa mak nak melayan tantrum nya. Haaaa jgn tak tauuu... lagi sadis dr budak umuq 3 thn yee...

Setakat ni ok la kot..penat ms amirul naik drjh 1 tak abis lagi benonyer.. tu yg bila sampai ke adik, umi dah kurang daya nak menekan. Ahaha! Boley?? Cuma risau boleh ke aris adapt dgn persekitaran?. Gi toilet sah2 takmo. Tu pun risau jugak. Hadoii...dah2.. takmo pressure kepala sdiri. :p

Amirul plak?? Drjh 1 duk kelas ke 7 dari 9 kelas. Next year lompat galah pi kelas no 1. Anak ok. Omak ketaq. Jugakkk!! Ha lerr. Cemane cikgu hang leh campak hang jauh bena??? Harap2 amirul performed.  Byk kali ckp ke dia, next year takleh main2 dah. Klau main2 awak ketinggalan.  Iye sesaje. Tapi kalo suh ulangkaji, hangin sesaje. Acane??!! Umi mampu doa je mirul... usaha sama2 la kita tingkatkan...satu je yg peel dia kena kontrol. Baran. Huhuhu....

Barang2 keperluan?? Alhamdulillah dah settle. Yuran je belom. Yang agak terbakar, sek keb dan sek agama buat pembayaran yuran hari dan waktu yg sama. erm... tgk la mcmane. Kot bahagi dua keja ke. Nak ke abah???!! Ahaha! Wat to do... ni la cabaran anak2 sekolah. Peace yeowww!!

Kengkawan cemane???!!! ;)

Tuesday, December 24, 2013

Sambal Goreng Jawa

Gambar semalam. Dah lama tak masak mmg rasa penatnyeee hadap. Pastu masak macam nak berkenduri. Sendiri mau ingat la kan... ahaha!

Resepi??? Macam dah penah bagi. Macam ibu mertua ku katalah.. nak resepi boleh. Janji kena cuba buat. Setakat amik simpan buat tukun buat apa kan?!! Merajuk org yg bagi resepi. :d. Lagi sadis tanya resepi patplopat kali. Ada...jangan kata tak ada... ;)

Yup!! Nasib baekla menantu dia ni kalo mintak buat terus. Kang aku kena pangkah kes naya okeh!! Muahahaha!

Selamat Makan Tengahari!!!

Sunday, December 22, 2013

Tugu Negara

Lebih 15 tahun tak kemari. Fefeling pelancong sabtu dua minggu lepas. Padehal rombongan dr batu caves. Ahaha!

Seronok sbb dapat berjalan dengan family. Wpun abahnya takde, (dok cadang dr kekanak kecik. Sampai sudah tak pi) tak ngape lah... mane yg ada je la.. janji cuti sekolah ada la jugak aktiviti berpaedah. Ada dua lokasi lagi kami tuju. Nnt la ya. Saja  bg banyak entry. Bukan selalu pun kannn??!! Kehkehkeh....

Pengisar Dalam Peti Sejuk

Ke Aeon Big Puchong Utama petang jumaat lepas. Lazimnya ke sini anak2 suka ke electrical area sebelum ke tempat lain.

Nak di jadikan cerita, amirul dan aris bukak pintu peti sejuk. Bukan semua tapi mana yg dia berkenan dan senang di capai.

Tiba2 dalam pada bukak satu pintu peti ais yang lebih kurang tinggi kita ni, jatuh kotak kena sipi kepala aris. Nasib baik tak hempap kaki.

Umi yg duk blakang ni mcm..eh! Terus cek kepala aris. Mmg sakit tuu.. muka dia berubah. Klau menangis sah2 sakit sgt. Syukurla tak menangis. Sakit sikit kot. Amirul dah marah2. Padehal bukan aris sengaja jatuhkan benda tu. Bukak ckit je pintu nya. Umi tau sbb umi kat blakang pintu peti sejuk tu pun...

Ok... skrg kita tengok menatang apa yg jatuh. Hah!! Kotak blender??!!! Lebih ajaib..kotak tu BERAT!!!! sah2 ada barang!!

Belek peti plak. Macamane ada org sampai hati letak benda tu kat dalam peti sejuk tu???

1. Merbahaya kalau betul2 himpap anak aku, berdarah dan bengkak, mmg totally akan meroyan kat situ  jugak!! Hakikatnya mmg dah marah! Tapi takde org. Ada la minah ni tgh ngadap apa tah. Dah cukup kuat dah ckp, tapi dia mcm pekak! Mmg workers gini kena pekak kot!! Utk kebal dgn komplen pelanggan. Heh!

2. Kalau benda tu duk dlm peti, rak fiber glass tu boleh patah. Eh! Non of my business pun.. lantak la...klau workers yg buat, nak aniaya org. Mmg tak selamat la kamu...

Ni kena kat budak umur 6 tahun (rupa 4 thn). Dibuatnya parent tgk, bawak stroller??!! Bedebab jatuh kat baby nya??!! Haaa... sape nak jawab??!! Allah... gile lah!!

Ntah la... aku pun nak cepat, tak terpk plak nak komplen kat kaunter. Malas sebenonyer nak masuk Aeon Big ni. Mahal wpun promo. Tu pun kena gak masuk sbb nak beli brg yg betol2 murah ikut list belanja aku. Rekod rasanya ni baru kali ke 2-3 masuk utk thn ni. Sbb kalau mai pun tak masuk hypermarketnya. Cuma gi kedai kat dlm bgnn tu shj.

Alhamdulillah takde plak aris ckp apa2 lepas kena tu. Kalau kena betul mau bengkak kepala. Iskh.. Nauzubillah. ..

So kawan2, jangan la bagi kekanak yg bukak brg2 berpintu ni. Lagi2 tinggi. Jadi kes anak aku?? Hai... nak salah sape?? Petamanya sendiri la kan.. sbb bg diorg bukak dulu.

Tapi,... tetap la ni kes menganiaya pelanggan. Pedulik!! Mmg nak attention diorg la ni buh nama hypermarket nih. Sebagai peringatan kepada kita ibubapa dan amaran pada pekerja mereka.

As salam...

Saturday, December 21, 2013

Coklat

Makan la sepuas2 nya.. abahnya beli sejenis plak tu. Sebab?? Dia tengok anak dia makan macam nasi. :p

Aris je pun...amirul suka yg biasa tu. Ni kalo kirim tak bagitau bini nya mmg gitu la jawabnya. Amirul macam biasa, buat muka sedih gaban. Dahhh nak wat lagu mana.... abah tak kabo nak kirim.

Tapi nasib baik abahnya kirim menatang men guli tu jugak. Seronok la dia.

Tapiii!!! Umi dia la tak sonok. Sebab yg memasang nya kitaaaa jugak! Heh!  Dah siapkan nak tampal sticker pun malas??!! Dah patut umi hang ni dpt upah pasang tauuu... manyakkk songeh!

Dah penuh stok cokelat ha. Bila nak abis tak tahu la... iskh.. rezeki... Alhamdulillah ;-)

Sunday, December 15, 2013

Bergedil

Kegemaran abah dan anak2 :)

Resepi ada dalam blog ni. Rajin2 la search ya. :d

Friday, December 13, 2013

Kehilangan

Al fatihah....

Sabar tabah redha

Betapa kita terkadang leka, maut menjemput tidak kira tua muda sihat sakit.

Bersediakah kita menghadapi kematian orang yang kita sayang??

Sungguh! Janji Allah itu pasti...

Moga sahabat2 yang kehilangan suami tabah bagi meneruskan amanah Nya mendidik khalifah masa hadapan.

Sungguh aku merasakan saat itu. Walaupun bukan aku. Tapi, tak salah sama merasa sedih itu bagi menginsafi diri, mensyukuri apa yang ada kini.

Sekali lagi takziah buat sahabat yg suaminya pergi bertemu pencipta Nya tahun ini.. sungguh, Allah menyayangi lebih dari kita mengetahuinya...

You know who u are....

Thursday, December 12, 2013

Lasagna

Kuah Merah ( nak pangge ape tak tau :p)

200gm daging/ayam cincang. Kalau produk ramly amik sekeping.
1 tin kecil tomato puree. Selalu pakai jenama duchef
2 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar-cincang
3 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar oregano
Garam dan gula-perisakan
Pilihan sayuran;
1/2 btg saleri
1/2 btg lobak merah
1/2 biji Cili benggala
3-4 bj cendawan butang (tin)

Sos putih
1 kotak susu (biasa guna jenama dutch lady kotak kecik)
2 keping cheese (mkn burger tu je)
2 sudu besar butter/marjerin
2 sudu besar tepung gandum
Lada hitam dan garam -perisa

Bahan lain
Kepingan lasagna
Keju mozarella
Keju parmesan (kalau ada dan gatal nak bercheezy :d)

Cara2,

Untuk kuah merah, tumis bawang yg sudah dicincang. Layu. Masuk cili kisar. Garingkan. Masuk daging. Masak sampai kecut. Kalo tak masak betul nnt mcm makan daging mentah. Hehe.
Dah masak dagingnya, masuk sayur pilihan kecuali cendawan. Masak sampai nak sayur lembut ikut kesukaan. Pastu, masuk oregano. Kacau rata. Masuk tomato puree. Last masuk cendawan, perisakan garam gula. Biar mendidih dan boleh tutup api. Ketepikan.

Untuk sos putih, cairkan butter dlm kuali. Masuk tepung kacau rata.pastu masuk susu. Api kecil. Kacau sampai tepung tak berketul. Boleh masuk keju. Pastu dah cair, perisakan garam dan lada hitam. Sos ni dah siap. Tapi, bila dibiarkan akan kental. Kita nak dia cair2 je. Tuang air panas sikit2. Dan kacau cairkan.

Last, boleh sediakan loyang untuk buat lasagna. Jangan lupa gris kan loyang. Senang nak keluarkan nnt.

Layer lasangna
1. Lasangna
2. Kuah merah
3. Sos putih-mesti rata2 tak nampak kaler merah. (Ini gak yg buat kulit lasagna masak dan lembut)
4. Mozarella cheese+parmesan (kalau nak)

Ulang lapisan demi lapisan. Sampai puas hati. Hihi... jgn sampai membumbungya. Nnt masak dia ngembang, 'cantik'la oven sekalian... hikss.

Selamat mencuba! ;)

Donut

Anak2 peminat j Co. Selain tu mmg payah ckit nak abis. Tapi peberet adalah donut gula abg nasi lemak keluar simpang rumah. Ahahaha!

Omaknya buat la jugak. Dah jatuh cuti sekolah tak beli bfast, asik yg kenit mintak donut, buat jugak.

Surprisingly,  menjadik!! Lama ooo tak buat sbb majuk ke anak. Dia ckp tak lembut la, kedekut gula la (wajib :p), kecik la... haiii banyak sungguh bunyik.

Haa  ler...kalo dah mkn seketul nak gula extra sesaje mmg cari nahas la kannn...

Klau amirul kena ada sambal tumis. Dia nak mkn jenis bulat2 cecah sambal. Tuuu lagik maleh. Kalau kebetulan ada sambal tumis, baru la pk boleh buat. Hai... mcm2. Umi?? Nak buh coklat ngan almond flakes. Haaa memain??!! Ahaha!

Selera mencari pasal namanya. Tapi kalo diorg nak, kena redha lah. Itula dinner. Sbb?? Kang berhiya msk, tak mkn.

Mmg kesian je rasa. Anak2 paknya semua kena makan donut sebagai makan malam. Tapi, selalunya ok je. Ahaha! Dasar femalazzz....

La ni, makcik tengah berangan2 mkn donut lembut dan gebu. Aiseh.... kena tunggu donut mak saya la gitu. Ooomakkk!! Bila nak buat donut???!!

Dulu2 mak saya rajin buat donut sbb siapa??? Sayalah.. peminat no 1. Hari2 pun takpe. :d

Tapi kalo dah balik sana, tak sampai hati plak nak request. Kesian mak.. takpela... tunggu skolah bukak. Baru senang nak beli donut. :)

Hadoiiii mlm2 citer pasal makanan... se'eh! Lol!

Sunday, December 8, 2013

Bulan Balut Membalut

Selesai buku teks dan aktiviti amirul. Minggu depan beli buku dedua sekali dan sah2 balut buku kali ke dua. Kena siapkan sebelum buku aris plak datang. Oohaii.. buku sekolah agama lagik??!!

Amirul nak tolong balut. Tapi bagi ke dia tak rupa balut. Mcm bungkus sampah adooo... ahaha! Tunggu je la mirul. Dah beso sikit, dah masukk arahan umi yg cerewet, sila la buat sendiri.

Adik?? Hadoi dia lagi takleh harap. Mcm nak telan je dia sbb setiap arahan tak penah siap sempurna. Hai aris...umur abang mcm hang dah ok dah. Ko je terlebih manja. Abah pun kalah. :p

Oklah... bantal suda pangge. Gudnite! ;)

(Sambil berkira2 bila nak start jahit lencana. Adehh deh..deh...)

Thursday, December 5, 2013

Sahabat

Saya jarang dapat penuhi undangan. Samada jauh atau kebetulan ada jemputan/kecemasan lain. Tapi, klau big boss dah bagi greenlight, dia tak dpt pi, saya on je.. heee

Ahad lepas dpt jugak memenuhi jemputan dr sahabat lama. Baik? Sangatt!! Ikutkan saya tak suka nak menjeniskan kawan2 sebagai 'bff'.selagi kita berkawan, selagi tulah sahabat selamanya. :)

Makcik ni ikutkan satu sekolah rendah. Tapi tak pernah sekelas. Tapi kenal la muka wpun tak pernah bertegur sapa. Naik sek menengah, dia sek lain. Tak jumpa dah. Sekali, tup2 jumpa kat ukm. Tahun pertama. Sefakulti. Sejabatan. Sepersatuan lagik! Ahaha! Jejak kasihan okeh! Kasihan la sbb kami kenal/cam muka tapi tak pernah bertegur sapa.

Pendek cerita, kerana persatuan kami jadi rapat. Tapi kasar2 dia, lagi gurly dr saya! Wahahaha! Pandai gubah bunga. Jgn saya. Kedaung jadinya! :p

Dah matang2 ni masing2 dgn haluan sdiri. Tapi, mcm tak bape nak segan ngan keluarga dia sbb en suami adalah pengerusi kami dipersatuan. Kira jodoh 'menjadik' la ni. Hihi! (Matikkalomakciknibaca:p).

Apa2, congrats dear on ur arrival of 2nd bodyguard! Comel! Mcm muka paknya (sbb paknya mmg comel dulu kini dan selamanya.. huahuahuahua!)

Yg penting, aku ingat namanya sbb sama dgn nama anakku yg sulung. :d

Again... tahniah buat keluarga sahabatku, zie dan ustaz Raja ( okeh mokcik nak tergelak tulis ni :p) atas kelahiran baby asyraf.

Tuesday, December 3, 2013

Putrajaya... kami datang!!

Lama plak rasanya tak tidur balik lepas subuh. Sesejak cuti ni terpaksa tidur kan diri lepas subuh. Sebab?? Anak2 tak reti tido siang ni payah. Celik mata nak tgk tv, men game.

Jadi, bila dah bangkit lewat ckit, rush mandi, bfast, boleh htr gi ngaji terus. Balik delay kan lagi utk men game dgn suh depa baca buku. :d

Mmg payah, tapi umi ni mmg keras hati. Sanggup bertekak dengan anak. Pastu, depa nangis berjemaah. Mmg makan dalammmm...

Since mak teh dah kata nak bawak nenek buat ic kat ptjy senin, gigih umi prepare mee rebus. By 10 am, kuah suda settle. Tu la bahagian paling kritikal. Penghasilan kuah. Sekalik mak teh mau bawak makan luar. Haiyohhh!!! Spoil okeh! Tapi takpa... kita mkn luar tghri, mkn mlm kat rumah. Kurang2 rame ckit leh abiskan mee tu nnt.

Makan tghri di restoran Saba', cyberjaya. Lebanese/arabic food. Sedap. Next time leh ajak abah. Wponnnn blur mane masuk kuarnya. Anak2 pesen cr nasik kaler/berasa adalah sgt sesuai. Mcm kekanak dua org ni lah! Happy dpt mkn nasi mandy. Byk gak mirul mkn. Aris makan jugak. Tapi bila mai hidangan ada fries.. mmg sorry la.. itu yg dia nak mkn. Huhu... harga reasonable. Rasanya kedai mkn ni yg neber duk cite tu.. anaknya suka. Hehe.. kasihan kami. Cyberjaya ni dekat je. Tapi haremmmmm... tak tau. Hiks..

Selesai makan kita pi zohor kat masjid besi. Ni lagi satu... first time sampai nih! Haru kan??? Ok la.. tapi ruang solatnya mcm cacamarba plak. Ko toleh blakang nampak org lelaki naik turun eskelator. Huhu... tak bekenan...

Selesai... kami gi Alamanda plak. Haa ni penah la sampai. Melampo la kan... hahaha! Kami kan jenis berjalan tunggu pintu kedai bukak. Balik selalu, azan zohor berkumandang, kami dah dlm keta nak balik.  Mmg takde la nyinggah solat mane2 slalunya... apa2 balik terus.

Gi alamanda ni sekadar membunuh masa (kill the time). Nunggu ic siap utk dikolek. Bagus skang ni. Buat ic kat ptjy pagi, petang lepas 3, boleh kolek dah. :).

Tapi dalam memenuhi ms tu, sempat juga mak bersoping brg dapur kat aeon big. Aku? Membanding rega je. promo2 pun masih tinggi rega berbanding pesaing yg biasa aku pi. Tapi, kalo dah takde pilihan terpaksa angkat juga kan?? Itu la yg aku nmpk. Warga ptjy ramai berbelanja kat sini. Kagum. Jam kol 4 ptg lebih kurang. Cashier counter byk bukak dan penuh. Q panjang. Kalo kat puchong utama q panjang gak. Sbb cashier counter seketul je bukak. Boley?? Ahahaha!

Selesai berbelanja dan singgah sana sini, baru gerak ke jpn. Tinggalkan mak, mak shu n aina. Kami 3 beranak mak teh bawak pusing2 ptjy sampai ke picc. Hadoiii kasihan tourist dr puchong ini. Jakun anak? Aku pun sama!! :p

Puas ronda, kolek yg kat jpn, tros balik puchong. Syukurla sepanjang berjalan sejuk dan hujan. Tak la panas beruwap.

Balik rumah kita mkn mee rebus la pulakkk :)

Mekasih la kepada pemandu pelancong kami semalam. Nama nak pi sdiri?? Hangan la kami... :d

Sunday, December 1, 2013

Di Pertengahan Cuti

Dah lepas dua minggu cuti. Macam rasa baruuu  je mula. Tinggal 4 minggu lagi nak naik penggal persekolahan 2014.

Apa umi buat?? Sangat tidak bagus. Bagi kekanak lepas main sesaje. Game, tengok kartun, punggah menan, bergaduh dan macam-macam lagi. Ahaha!

Saje je... sbb, misi bulan 12 akan bermula mulai Selasa. ;). Mula balik kelas cikgu makan anak hokeh!

Amirul tak bape risau. Aris ya. Mamat tak rajin menjawab bila ditanya. Senyappp jek. Mmg latih tubi la awak nnt. Tulisan ngalah doktor. Kena tune jari tulis semenggah ckit. :p

Push skil ngira pun iya nnt ni. Tambah ok. Tolak memain. Takpe.. blaja la dulu dik. Kalo tak leh kejo, hang blajar kat skolah je la. Biar duk kelas blakang. Janji result jgn terkebelakang. :d

Sabtu smlm pi beli persiapan sekolah. Kami ni duta mydin tidak berbayar. Jadi, segala pun beli kat sana terus. Senang! Ahaha!

Tu baru yg diorang akan pakai. Blom peralatan tulis lagi. Huuu... nnt kena pi cr ruler rm1.50, 10 btg. Mmg mudah patah. Tapi, resmi mak garang, mu patahkang, mu makang balance hok bawok balik! Beraniiii!! Ahaha!

Suka gi mydin sbb nasib baik, leh dpt kaler faber castell or luna 24 btg hok panjang tak sampai rm9. Tapi la ni minyak dah naik, berkemungkinan brg pun naik rega. Beli kemeja putih saiz lebih satu takok utk mirul smlm, harga naik sampe rm4. Ke last year disc? Ntah la... tapi agak kaget disitu. :(

Tu gambo hasil smlm. Kasut mirul last year leh pakai time emergency. So, beli dua je la. Aris 3 sbb tahun depan masuk skolah agama. Sah2 pakai kasut. Takde spare this year. Jadi, bersiap la kite....

Total?

Secara kasarnya, utk dua beradik ni, 6kemeja putih, 6 long pants, 2 set(3 in 1) stoking, 3 pasang baju melayu, 3 singlet, 1 belt, 2 songkok, 5 kasut, 2skol beg.... lebih kurang rm400++.. alatulis tambah2 je nnt. Tu tunggu gaji ujung bulan ni la iye... huehuehue...

Turut merasa nipisss je poket abah. :|..

Belajar elok2 ye anak2...

Friday, November 29, 2013

Video Time!!

Baru tukar hari ni. Zaman mirul graduasi dpt cd tapi sbb takdak dvd player idok le mencuba. Pc pun takleh masuk sbb rumah ni zaman vcd je. Sekali dpt dvd. Longok la dulu. Ahaha!

Redeem point, amik dvd player bulan july. Bulan pose. Takde masa nak membelek. Nasib la elok ( ikutkan salah psg. Ingat rosak. Godek2 la.. salah pasang wayer kaler2 tu haa :p)

Baru teringat nak test sebelum cuti skolah. Sekali hadoiii... dua2 cd tak jalan. Kot ingat dvd player ni rosak, bawak gi umah mak. Semua tak jalan baru konpidem cd rosak.

Lawak plak. Dah setahun baru nak tuka. Hihi... aris baru bape minggu dapat. Td tukar Alhamdulillah OK. kalo takkk...sokmo mai skolah kekdahnya.. ahaha!

Ini je la kenangan anak2 sekolah kekanak. Harap jangan la depa leburkan nnt. :)

Thursday, November 28, 2013

Baru Tahu

Okeh! mokcik slow... baru teringat nak cari apps blogspot. smlm baru jumpa dan tu pasai ada post pizza. 

YA!!! mokcik slow... ahahaha!

okeh... pasni kita boleh memblog sukatik kita.

(tu la... takmo amik tau dunia it sangat... padan ke muka ku... )

tapi ok la tu kan sbb baru je ada sematpon. tak sampai 1/2 tahun. ok la tuuuu... :p

Muffin Pisang

Maaf kan la saya... cuti tak kemane2. Kalau tak ngadap anak2, ini la keja saya. Membaking.
Nak masak berhiya pun makan nya pun belum tentu berempat. Untuk selamat dan tidak membazir, kita masak yg mana leh di agih2 ke jiran2. :d.
Muffin pisang ni asalnya dr adunan kek. Terrrbanyak pulak masuk pisang. Takut melimpah baekla dimasuk dlm cup. Ahaha! Makcik elyn la ngajo nih. :p
Lama jugak tak buat. Pisang kan mahal. Pastu manisnya kelaut. Ni ehsan pak mertua ku la ni. Kebunnya macam2 jenis pisang. Sesebelum ni pisang nangka. Smlm rezeki pisang rastali. Pergggghh!! Melompat makcik!! Seronokkkk!! sebelum menjadi makan burung, meh kita amik bawak balik. :)
Disebabkan dah masak sangat, lebih dr separuh pass ke jiran yg rajin buat cekodok/lepat pisang, lebihnya jadila kek ni. Separuh tu ada dalam 7 biji montel2. Sah2 banyak. Manis pisang sungguh. Saya sookaaaa!!! ;)
Ok abah! Inila dinner kita selain nasi goreng (tak tau jadi ke dok) ;)

Wednesday, November 27, 2013

Resepi pizza dapur cik zana

Bahan untuk roti.

A
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar (bumbung) marjerin/butter
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh ovellete
Sedikit oregano (dry flakes)
B
1/2 cawan air suam 
1 sudu teh gula
2 sudu teh yis kering


Cara
Bancuh bahan B dahulu. Cara saya amik air panas dasar cawan, masuk gula kacau sampai larut. Pastu masuk kan air biasa sampai dpt rasa suam (1/2 cwn), masuk yis kering dan kacau sebati. Tunggu sampai yis kembang +-5menit. Sambil tunggu kembang boleh gaul bahan A.


Gaul bahan A ni dengan cara masuk semua dalam satu bekas dan gaul sampai sebati. Sebati tu mcm bread crumb rupanya. Dah rasa semua bercampur, masuk kan bhn B sedikit demi sedikit sambil menguli. Klau masih rasa kering buh air biasa ckit. Biasa amik air paip buh dlm cwn bhn B. Bersihkan yis yg tertinggal2 tu. :). Uli sampai takde tepung yg melekat pada mangkuk uli. Kira semua dah melekat jadi sebiji adunan. Pastikan adunan tidak kering. Maksudnya masih melekat2 sikit kat jari kita. Klau rasa kering boleh selet marjerin hujung jari dan uli. Air pun boleh. Dah puas ati uli, rehatkan selama +-2 jam. Hingga adunan menjadi 2x ganda. (Tips:kalo sejam takde perubahan sah2 tak jadi huehue)


Lepas tu boleh di canai buat bentuk sukatik korang. Hehe... dah buh atas pan, cucuk ckit dgn garfu. Kasi udara keluar.


Sebelum di bubuh apa2 atasnya, rehatkan doh sekejap. Dlm 15 menit. Pastu leh sapu tabur apa suka. :)



Topping
Sos ni ikut suka hati sebenarnya. Kekadang kuah spagetti tak abis pun saya sapu atas tu. Sedap je. Klau rajin nak buat pizza, sos tak rajin, beli siap sos tomato berbagai jenama tuu.. saya suka prego atau kimball. Tgk mane rega menarik. Lol!
Lelain boleh kreatip sdiri la kannn... :)


Mane nak carik pepperoni?? Mydin jarang ada. Nak senang cuba cr kat cold storage putrajaya atau jaya grocery. Tapi mmg nasib2. Lama tak buat pizza sbb habis stok peperoni. Seronok jumpa peperoni kat CS Putrajaya sampai borong 1/2 kilo. Hambekkk!! Setahun stok pizza.
Lain2 boleh bubuh meatloaf (potong sukahati), sosej, crabstick, daun sup pun boleh selain bawang n cili benggala.

Ikut cuba2 mmg mcm2 dah buat. Tuna, sambal sotong, bbq segala. Tapi yg sedap ttp yg ini jugak.. heee... slamat mencuba.

Mokcik takleh ikut resepi mane2 sgt sbb tak jadik. Sudahnya ikut cr buat donat. Baru jadik. :)
Opss... bakar 180 api atas bawah 15 menit (timer) rasa nak gelap garing leh lebih kan jadi 20 menit.
Apa2 pertanyaan boleh lanjutkan pada saya. :)

Thursday, October 3, 2013

Demi Kami

Setiap wang ringgit yang diterima di balas dengan kudrat yang tidak seberapa. Kerap terlintas di akal, mahal  sangatkah nilai sebuah tugas itu hingga menculaskan masa bersama anak2? 

Tak Kesah? tipu la kan.... tapi lebih kasihan kan anak2.setiap hari mengira hari untuk berhujung minggu. bukan pinta berjalan2, makan diluar, tapi hanya mohon abah disisi bermain game bersama. mendengar cerita yang tak seberapa, makan bersama walaupun kerap kena marah.. :D. Itulah yang dirasa oleh anak2.. 

Tak banyak yang umi mampu buat. walaupun terdetik, 'tak cukupkan sekadar umi dirumah?' 
Pemikiran anak lelaki lain mungkin. abah juga di cari walau kerapnya perasaan takut2 lebih banyak bila abah di rumah.

Ikutkan umi dah sedia mental dan fizikal bila abah akan bertukar kerja. sebab masa JV dgn co ni pun mmg kerap balik dinihari. Tapi masa tu anak2 tak mengerti sangat hidup ni. banyak habiskan masa di nursery dan nyai yai. 

Bila semakin berusia, perasaan mereka lebih terarah kepada mahunya abah di rumah/menghantar/ambil di sekolah (jika ada masa) tapi, umi mmg terror bab2 alasan ni... akur juga mereka. tapi.. sampai bila ya???

Dulu2 umi sdiri banyak dibesarkan dirumah dgn mak sbb abah cikgu/ ustaz yg biasanya sibuk waktu persekolahan.mungkin sbb kami perempuan, tak berapa nak kesah. tapi lain la pulak anak2 ni... hai, hari2 yang keluar dari mulut mirul ' abah balik lambat...' dan dibalas adiknya ' abah kerja! sibuk!'... mmg lawak sbb adik akan ckp dgn nada yang sangat tegas. tapi... kalau selalu.... tercuit tak???

dulu2 sebelum ada anak, umi tak bape kesah wpun balik kerja mengejar train dan bas. tapi sekarang, wpun tak bekerja, double rasanya kerja rumah. hai... berangan nak ngajar anak org. ajar anak sdiri pun rasa mcm nak makan. cane?? huehue..

Takpela anak2... doakan abah sihat, kerja dapat di agihkan, and we can have a good day together, pray for that, my love!.. insya Allah....

Thursday, August 15, 2013

Pasar Borong Selangor

Ke pasaraya ada je brg yg tak ada. Sudahnya pagi ni bawak sekali kekanak masuk pasar. Sebelum sampai sibuk suruh kita keluar dan siap cepat. Bila dah sampai, 1/2 jam baru, dah sibuk suruh balik. Ahaha! Aris ok lagi. Amirul mmg tak boleh tunggu lama2. Mmg peel dia. Jadi, nak ngelak dia boring, pegang la segala jenis ikan tu. Kenal la ikan hr ni. Esok 2 ty sah2 lupa.

Umi pun dpt gi pasar mcm dpt emas! Ahaha! nasibla dah tulis + bawak duit cukup2.  Mmg within the budget.  Klau lebih sah2 amik letak balik. Punya la kontrol nafsu. :p. Lagipun best tgk brg fresh. Cuma rega ikan rata2 mcm nak tercekik leher ckit. Owh..udang pun mahal. Sekecik2 (bukan udang kertas) udang, paling murah rm19 sekilo. Hoh! Klau mak den mai pengsan dah. Psr brg slyg gak murah, katanya..

Apa2 pun, marila bersilat didapur. Mokcik nak masak kuah lodeh mkn ngan lontong last week. Elok lagi. Alhamdulillah...

Wednesday, August 14, 2013

Apa Tuu???

Tanya amirul. Sushi. Umi tingin nak makan. Last mkn ms adik aris duk dlm perut lagi. Sedap ke? Rasala... ajar mkn dgn nasi takmo. Dia mkn tang telur sotong je. Apa rasa??? Sah2 tak sedap. Dah pepetang gi beli kat tesco, buy 1 free 1 tu yg amik. Ahaha! Haru2. Nasibla fresh laie. Buat ptg kata nya. Sedap? Boleyla... dah lupa rasa sushi sebenarnya. Makan je la.... :). Slamat makan malam.... :)

Monday, August 12, 2013

Tesco??

Cancel tesco.duk umah buat ni lagi bagus. Hutang nak buat popiah nestum. Di override dek pisang nangka yg terbuat kerepek last week. Penuh freezer dgn kulit popiah (3 pek je tapi :p). Nyampah. Jadila ko popiah goreng disalut gula dan nestum ya.... tu dua pek je baru. Se pek lagi esok2 ye..dah clear ckit petibeku tu. Ok la.. hehe..

Raya ke 5

Sebulan lebih tak jumpa, alih2 dah raya???!! Betapa tak rajinnya nak meng updet blog. Itula saya... hehe.
Hari ni hari bertenang. Abah dah kerja. Tempat baru. Moga semua selamat dgn mood baru hendaknya...:)
Kekanak??? Umi bg peluang main game. Tapi on off turun mkn cekodok manis depa. Tghri ni baru lepas msk kari ikan. Mirul mkn nasi ikan kuah je. Ptg nnt baru msk sayur utk abah pulak.
Selesai dah mendobi. Apa mau bikin pasni???


Tescoooo!!!! Here we come!! Ahakss!!

Monday, July 8, 2013

Burger King

Okeh. Burger king dah bukak kat tesco bkt puchong. Takyah gi sunway pyramid dah.

Redho je la. Tak kose nak suh depa semenggah bergambo.lantak hang la nak..

Tuesday, June 11, 2013

Bukit Merah Laketown Resort 6-8/6/2013

6/6 hingga 8/6/2013 kami bercuti di sini.

Semua kami redah kecuali water park. hahaha! sure korang gelak kan?? kehalnya,  gi waterpark tak cecah dalam tuh?? Selepas terkena di bukit gambang, mcm tak koser nak masuk waterpark. 

but, surprisingly, tak la sehavoc kat bukit gambang punn.. kalau masuk pun masih bykkk tempat leh celah. tu pun lepas naik chairlift baru teruja nak masuk. tapi kan... setakat umi yg  berhiya nak masuk ngan kekanak, tapi abahnya tak berminat, takleh gak.

alasan, seluar pendek tak bawak. boley???? (dr awal sampai kata nak beli, tak berkenan kot.. see, sape cerewet?? hihi) tapi berhiya kejap je. dah pi rendam diorg kat swimming pool, senyapppp belaka. ok la tu kan.. air jugak. :p

Takpelah anak2... hang dah beso (lagiKK!!) kita gi lagi. pasni, korang nak pi celah mana pun abah kasi. takyahla umi nak monitor 24 hours. ni, umi nak berendam sendiri pun tak senang. ahaha!

Tepen ooo!! berhangan2 nak gi sana sini. tapi, mengenangkan abahnya yg jenis tak suka berkejar2 sana sini, next time la iye...(tak tau la bila next time tu.. huhu)

Tengok gambo je la iye...tak koser nak susun balik. Enjoy!! :d

 L-R: our room 152.parking depan bilik. tu yg abah sukaaa! :p
pintu masuk waterpark.nak balik dah ni.
pintu masuk utama
abah dan anak2 yang gilekan ultraman. tensen heh!
 Berhiya nengok map. semua tempat dalam tu ditanya. kaunter pertanyaan tutup plak masa tu. gagal umi nak ngelat. haha!
Bukan dulu air kat blakang tu lompat2 ke?? iskh... jaman bile la tu eh?? lupa sungguh.
 gambar bawah kiri: tunggu animals show. penat weh! cr spot bawah kipas. ahaha!
kanan: water chalet yg airnya dah di alir ke sawah bendang. musim panas kan. orang utan pun tak dpt jengah. huhu!
 1st day dah mkn kat ripples hawkers stall, 2nd day mkn kat cafe la plak. mmg umi gaban lapar okeh! lunch mkn laksa je kan. dinner kena cr nasi. tak banyak sgt pun pilihan. tapi so far, ok la.. padan ngan rega.  
 ni gambar baru sampai ni. sebelum dinner. kita jenjalan cuci mato. masalahnya, berrsepah patung ultraman. mmg tadah tinge je laaaa.. beli?? sorry la dik, permintaan tidak dilayan. ahahaha!
resmi abah, bercuti ke tidak ke, mmg bangun awal. by 8.am dah selesai bfast. pool bukak 8.00pg, tapi dah terpacak kekanak ni. hahah! pastu, kol 3.00pm ku rendamkan lagik. mmg kecut2 dibuatnya.

 dua gambar di atas. pemandangan dari chair lift. syiokkk je tgk taman tema tuh. ms ni kol 10 pagi. mcm nak terjun ke bawah. lagi2 takde orang. hihi!


 sorry lah.. dlm 4 ekor tu ingat nama rooney jek. yg kaler kuning biru tu. 
 gambar2 di ecopark. dah penat amirul buat perangai. gambar pun taknak amik. heh!cik rusa tu pi jilat tgn den plak tuh. huishh!!!salah taktik. elok gak la ada tempat basuh tgn. 


Insya Allah, nnt kami mai lagi ya. tak puas hati plak tak masuk taman tema. ahahaha!

Thursday, May 23, 2013

Selamat Ulang Tahun

Me, 34 today.
Alhamdulillah, syurkur nikmat selama ni.
Walau tidak mewah, waima meminta2, syukur rezeki masih Allah turunkan.
Terima kasih Emak,
Terima Kasih Abah,
Terima kasih Abang,
Terima kasih kakak dan adik2,
Terima kasih saudara maraku,
Terima kasih juga buat cahaya mataku,
Kerana masih sudi menitipkan doakan pada yang Esa untuk aku yang kerdil ini.
Sangat beerti kehidupan ini. moga Allah izinkan ku sentiasa bersujud dan tidak kufur dengan nikmat Nya..

Amin... ya Rabb...


Age is just a value; the higher the age the higher its value.


wajah kesayangan hamba

Monday, March 11, 2013

~MAAF~

Dalam apa kesulitan yang kita hadapi, pertama2 sekali, kita kena memaafkan diri sendiri. 
Tapi yang paling utama untuk kita sujud minta maaf adalah orang yang melahirkan kita. sekali hatinya terguris, tiada apa yang boleh mengubati dengan kata maaf kepadanya. memang wajar untuk kita memaafkan orang lain. tetapi, kesalahan sesama manusia hanya dapat di maafkan oleh manusia tersebut. 

Hidup kalau hanya melihat ke langit, tak pernah mahu melihat ke bumi, kalau boleh terbang takpe jugak. ni kalau mati di tanam di bawa pun orang ramai, sombong ke mane pun, tanah jua duduknya...

er.. ada tak saya buat anda marah?? maafkan saya ya.... :)

Mood : nak marah tapi untuk apa?? sakit kepala je kan?? istigfar jommm!!

Thursday, February 7, 2013

Kenduri Kahwin

 Pelamin. simple n clean
 Aris!!! mmg perosak gambo skang ni. 

Kenduri Kahwin pertama untuk tahun 2013. Di Dewan Merak Kayangan 19/1/2013. first time masuk. Dan kami jemputan pertama yang datang. boley?? hukhuk.... nasi, lauk semua memang sedap. Cuma kueh mueh je tak dpt amik sbb dah kena sound dgn abahnya. rugi2.. ahahaha! 

abahnya, klau kata dalam kad 11.30am waktu jemputan, mmg dia la yang akan sampai dulu. katanya senang. orang tak ramai lagi, mesti boleh berborak dgn tuan rumah. teraplikasi jika rumah pengantin dekat la. kalau jauh, awal kami keluar. mungkin lewat 1/2 jam je lah dr waktu sepatutnya.. ;)

yang si Aris tu 2 hari tak ke sekolah sbb demam. tapi sbb ada jemputan, paksa makan ubat. kalu tak.. melepek sesaje. masa ni demam dah kebah. tapi batuk je teruk. dah lepas 3 minggu, batuk selsema dia on off. yg harunya, balik sekolah atau ngaji mesti hidung tersoksek-soksek. hai... kekanak.. tak boleh nak cakap apa. redho je la.. :)

Ada sesapa kawen lagi tak?? mcm tekak ni nak mkn nasi org kawen je lah.. ekekeeke!