Wednesday, February 20, 2008

DiJalanan

Sanggupkah anda membawa kereta baru anda dengan plastik2 yang belum dibuka?????

Auukk betul laa...................HAHAHAHAHAHA...

Aku jumpa myvi tak bukak lagi plastik dia. sib bek aku tak nmpk plat no dia. kalo tak dah lama dah publish. hehehe....

Semangat keta bawu akak tu kot. hehee....

errrr... korang ada gak ke buat keja nie? di nasihatkan jgn la buat gitu. lagi best pencurik keta nak rembat keta korg tau. bahaya tuuuu...

Tuesday, February 19, 2008

Alkisah

Indahnya pagi......................

Pagi ni dlm perjalanan ke tempat kerja, rajin pula aku menoleh jiran2 kereta ku di kiri kanan.

Disebelah kiri.....lelaki. Mungkin dia byk temujanji hari ini. dr 5 minit yang lalu ralit melihat kepada management diary dia. tak tau la sama ada temujanji berkaitan kerja atau tidak. Sampai kepala ku memikirkan... "ntah2 ada gambar awek kat dlm tu" wakakakaka... senyum aku memikirkannya..

Disebelah kanan.... amoi nie sedang ber borak melalui telefon tangannya. sesambil tu dia duk tenyeh mata dgn tisu. Teruk juga dia menangis sbb aku dpt tgk dr kejauhan esak tangis dia. Apa la yg dia tangiskan tu ek. mungkin putus kasih, mungkin putus sahabat, mungkin juga kematian.

Erm.. mcm2 feel kan waktu memandu?

Tak kurang juga keta baru di jalanan.. waaa.... cun sungguh kereta2 itu. hehe....
Tak la baru mana pun, tapi... pada pandangan mata kasarku ini.. baru la. lelagi plat no WQW.
Cepat sungguh masa berlalu.
Ke masyarakat malaysia nie makin mampu membeli kenderaan sendiri?

Sambil tu fikiran aku melayang kepada kerja2 yang perlu aku selesaikan sebelum kami berpindah office.
Acc Mr Laki ku juga nak kena settle by this week. hopefully...
Oh... byk nya benda nak pack. takpa... slowly... by this Saturday we all akan move out. Step by step la.. sekali harung pengsan la aku. Dah la tenaga kerja wanita belaka. Bengkok aku. But, at the same time, i am waiting for my time to do work from home. waaaaaaaaaaa mabeles!!!

Since office will be under renovation, aku akan bukak small off kat rumah. means.. room. (dah duduk ngan in law... nak tak nak sumbat belaka kat bilik) huhuhu... takleh kubayangkan amirul nyer sibuk nnt. :P

Owh... semalam Bday my bro in law. call juga rumah ty mak nak beli kek ke? (pe la salahnya beli setahun sekali kan..) n mak ckp dia tak sihat. masak nasi goreng n bergedel. erm... kesian kat mak. tapi... camne ek nak buat. nak hantar mirul pi nursery sure dia nangis meroyan. aduish....(will think about it later)
Mak kata tak payah tapi kirim donut. er... nak cari kat mane? DD jauh kat carre four subang. tu tempa bala la jem gile situ tu. Sudahnyer beli JCo kat Sunway. Rush to amik Aris n before magrib selamat sampai... Nape tak beli kek?? aritu abang ipar pi serawak dah beli kek lapis serawak 2 kg (kot), so.. takyah la beli kek lagi.. :D

Sampai la pagi tadi before aku gi kerja... donut tu tak berusik pun.. erm.... takpa la.. takmo mkn aku makan. bekal pi opis lagi baik. lepas bfast ku. Tehehehe...........

see... baik kan aku kak elin, lat.. tak buh gambar pun. ekekekekeke

Ok lah... off for today... see u guys t'row.

Terima Kasih Daun Keladi....(with all my heart)





Terima award2 nie dr LILY dan NAT.
Thank you very much dear...
TERHARU kerana ada juga yang menghargai persahabatan ini.
Tak kira la dlm maya, yang pasti kita semua adalah sesama saudara dan juga makhluk ciptaan Nya.

Buat semua rakan2 ... terimalah juga award ini tanda persahabatan kita semua

~Friendship Will Never Be Apart. EVER~


* Along Arman* Anoy* Arin* Cik Cendawan* Combi* Elin* Iefa* Intan* Izwan* Izza*
* Kak Jie* Kak Linda* Lat'z* Lestat* LilyLulu* Lucca* MadRedo1
* Mama Ranggie* Nina* Otam* *Pu3Nemo* RedMummy* Redzie* Rickywan* Sebol* Serrina * Shera* Shimmie* UmiMia* *Wawa* Yana* Zara* Ziana*

owh... btw, jika adanya silent reader (nak perasan jugak aku ini.. huhu)for my ugly mugly blog ini, terima kasih yang tidak ternilai jua saya titipkan kepada saudara saudari semua. Award ini juga buat kalian.

Monday, February 18, 2008

Monday Yang Boring

cuba try test dr blog abg mad. ini la keja ku arinie :P






You Are an Espresso



At your best, you are: straight shooting, ambitious, and energetic



At your worst, you are: anxious and high strung



You drink coffee when: anytime you're not sleeping



Your caffeine addiction level: high

Bebelan

Haiyooooooooo..manyak teruk jem ini hali.

sbb Chinese dah start kerjakah? atau mmg mood monday org pi pagi2 sapie? :P

Kalo senin je sure jem kan? pastu ayat yg biasa kuar kat mulut org.. "isnin kena keluar awal. kalau tak jalan jem"... iye ke? aku rasa ada betulnyer ayat tu. asal senin je jem, asal jem je senin. hehe..

ikutkan dah tak kuasa nak melayan jalan jem nie tapi nak gak bebelkan benda nie sbb kaki aku sakit laaa..!!

Apa kerja aku buat last 2 days nie? huhu... ntah la labu...tapi mmg sakit btul kaki belah kanan.

mungkin sbb aku skip urut after pantang aritu kot??? hehe... takde masa la.. asik bz kulu kilir jek. kalo tak keja, byk beno benda lain nak siapkan. dah tu bila aku ready, dan2 je makcik urut tu ada appointment lain (jgn memain.. siap ada temujanji lagik :D).

Bila pk balik, kerja mengurut nie mmg sentiasa ada demand kan? mana taknya, org lepas bersalin la, org sakit2 la, org nak anak la, mcm2 lah.. ala2 satu org servis pelbagai.

Untung siapa yg ada ilmu urut mengurut nie.. cuma satu je la... sakit badan sendiri tu yg tak tentu leh urut sendiri :D

Erm.. abis dah kes urut mengurut, la nie aku nak citer pasal road bully. aku pun tak tau nak kata nasib aku ke atau diorg nie mmg lanun jalan. asal aku jumpa je keta dgn first letter dia ini dan ini, sure mcm ampeh je diorg kat jalan.

hahaha... marah org yg keta dia start with 2 letter tu ek. mahap dipinta la kalo korg pemandu berhemah. tapi la nie aku sokmo jumpa pemandu berkhemah! lama sgt berkemah dlm keta tu pasal bawak pun ikut pale otak dia jek. pagi nie je aku dah hangin ngan 2 keta with first two letter ituh. (padehal tu kg mak aku gak.. ampun... :D). jalan jem. cilok pakai blasah jek. aku rasa kalo keta dia calar pun dia tak heran. huh! kayu sungguh!

Pastu bawak keta cam pelesit. ala2 bini dah nak beranak sgt la pulak dlm keta tu.. TET!

iskh.. pepagi lagi dah bagi khutbah kat korg ek! erm.. abaikan je la post nie :D

~amannya..pepagi dah kenyang mkn nasi bekal lauk daging kicap ngan sambal tumis udang belimbing buluh balence lauk dinner semalam~

Friday, February 15, 2008

What Am I Doing?

Hahaha...APEKA!

maaf la tetamu blog ku ini.. tetiba tgn gatal nak memain coding.

lain yg nak buat, lain yg jadik. adoii... buat masa nie... sila layan kan la ek.

ala2..ayat skema adalah ~ sorry for any inconvenience caused~

:D

You n Me

Curik ayat nie dr blog Arin... :D mekasih daun keladi...


A woman has strengths that amaze men
She can handle trouble & carry heavy burdens
She holds happiness,love & opinions
She smiles when she feels like screaming
She sings when she feels like crying
Cries when she's happy & laugh when she's afraid
Her love is unconditional
There's only one thing wrong with her
She sometimes forgets what she is worth
Pass this on to every beautiful woman you know...


~baru terfikir..begini rupanya aku sebenarnya~

Ketahuan

Dari awal aku tak pernah percaya,
kata-katamu karena aku hanya melihat,
semua dari parasmu.

Terakhir kau bilang padaku,
Kau takkan pernah selingkuh,
Tetapi ternyata dirimu bermain dibelakangku.

Saat ku melihatmu kau sedang bermesraan,
Dengan seorang yang ku kenal.

Oow...Kamu ketahuan pacaran lagi,
Dengan dirinya teman baikku,
Oow...Kamu ketahuan pacaran lagi,
Dengan dirinya teman baikku.

Terakhir kau bilang padaku,
Kau takkan pernah selingkuh,
Tetapi ternyata dirimu bermain dibelakangku.
Saat ku melihatmu kau sedang bermesraan,
Dengan seorang yang ku kenal.

Oow...Kamu ketahuan pacaran lagi,
Dengan dirinya teman baikku,
Oow...Kamu ketahuan pacaran lagi,
Dengan dirinya teman baikku.

Tapi tak mengapa,
Aku tak heran,
Kerna dirimu,
Cinta sesaatku,
Ohhh ohhohhh.

Oh oh aku ketahuan,
Pacaran lagi,
Dengan dirinye,
Teman baikmu.

ooh oohan,
Pacaran lagi,
Dengan sidia,
teman baikmu.

comel je lagu nie :D

Thursday, February 14, 2008

Saja Saja Suka Suka



9/11/07
Lahir : 2.7 kg

9/2/08
3 bulan : 6.1 kg

uish.. berganda2 naiknya ya Aris.

Abg mirul pun kalah. Moga Aris sihat la hendaknya ya. :)

La nie rocking chair tu pun dah muat2 Aris je. nmpknya kena amik yg kat rumah nenek la pulak pasnie.

Habit sekarang ~ suka hisap jari. takpun dia duk tenung jari dia sampai juling aku tgk kan. hehe.. Sama je ngan abag mirul ya. tapi... abg mirul sampai la nie jari2 masuk mulut (not jari satu je ya)

Paling marah kalau dia nak tido tapi org takmo tidokan dia. siap la dia nangis2 merengek manja sambil tenyeh tangan kat muka. totally different dgn mirul. :D

Amirul sampai la nie susah nak ditidurkan. kalo tido pun selalu tido2 ayam je. yang boleh tidurkan dia yayi(atuk) dia je. yg lain2... boleh nak tidokan dia.. tapi rasanya org tu tido dulu.bukan nye mirul ..hehe. mungkin sbb susah tido n cerewet mkn tu la badan dia takmo naik sgt. nie baru lepas baik demam, selesema n batuk, harap2 la selera mkn dia bertambah.

hari tu timbang berat pun 9 kg tak gerak2 dr before Aris ada sampai la Aris dah 3 bulan nie.


saya kurus kan! :D (psst... nie la muka abah mirul masa kecik. SEBIJIK!)

takpa la mirul... janji sihat n aktif!


comey tak dua benda alah nie..apeka??!!

tak lain tak bukan table calendar n table clock. trus aku pasang bateri free dia tuh. hehe. test jgn tak test.ekekeke

beli carthridge printer office n dpt free gift. aku suka tol ngan Hp nie...kalo beli mesti ada free gift. tapi... padan la ngan rega dia yg mahal tu :D

SAMBUNGAN : Ragam Manusia

kawan-kawan ni true story tau, fwded by one of my forum group to the others.

Kisah parents yang sengal lagi bangang!

saya juga ada pengalaman mcm kat bawah ni pada 3/1/2008.

Tajuk : kerana roti canai sekeping, anak dikurung dalam kereta. (boleh
bertanding dlm anugerah skrin 2008) heee...heeee. ...

Selepas selesai pendaftaran SRA di Saujana Utama (anak tahun 1) saya,
suami (faed) dan anak ke Bdr Baru Sg Buloh. Sebelah petang anak saya masuk
sekolah kebangsaan pulak.

Dlm kul 10.30 mcm tu. Kononnya nak kuar dividen ASB kat bank situ. CIMB
dan RHB bersebelahan. Mmg orang ramai giler. Suami saya ke kereta kerana
nak amik dokumen tertinggal. Saya depan kedai Panasonic. Tidak jauh dari
Avon dan juga kedua2 bank diatas.Tetiba saya nampak budak perempuan dalam
usia 1 tahun lebih menangis teresak-esak dalam kereta kelisa, muka dah
merah padam kepanasan terkurung dlm kereta. Saya tanya abang yg repair
kasut dikaki lima kedai tersebut. "Dah lama ker budak tu menangis?"Dia
kata mmg dari tadi dia nampak. Ye la, dia sibuk dgn kerja dia kan .

Saya pun pergi lah ke arah kereta kelisa tersebut. (jarak parking kereta
kelisa dengan bank dalam 5-6 buah kedai) Nampak nya budak tu saja yg dalam
kereta. Tiada orang lain. Saya raba cermin tingkap (bhg driver) terbuka
dalam 2 jari boleh masuk. Saya tak pasti sama ada anak melayu, cina atau
kemboja (maklumlah sukar nak kenal). Intai sit belakang ada beg sekolah.
mcm pemiliknya melayu.

Baby ni masih teresak-esak. Saya bagi isyarat pada baby tu supaya ambil
botol susu di atas dash board. Lagi kuat baby tu meraung. Mungkin takut
dengan saya. Nak aje saya peluk baby tu,. tapi boleh sentuh melalui cermin
saja.

Suami saya dah pergi ke arah kedua2 bank utk buat announcement sesiapa
yang tertinggal anak dalam kereta kelisa. tetapi tiada yang tampil. Ramai
orang yang lalu lalang tanya pada saya "Anak u ker?, saya jawab "bukan,
tak tahu kemana parents dia dah pergi". Rasanya dah hampir 20 minit saya
disitu. Ramai yang tanya dan terus pergi.

Suami saya nak pecahkan cermin kereta tersebut, saya kata jangan, nanti
kena dakwa menculik budak pulak. Suami saya berpatah semula ke arah bank
utk berjumpa sekumpulan askar yang ada di luar bank tersebut utk meminta
bantuan.

Anak saya pulak yang menangis, sbb dia kesian kan baby tu..

Tiba- tiba datang seorang wanita muda dengan anak lelaki dalam usia 5
tahun tanpa rasa bersalah, jalan lenggang lenggok lagi terus buka pintu
kereta . Saya tanya dia, "Anak u ker, tau tak dia menangis dah lama, lebih
20 minit saya kat sini, sblm saya datang tak tau berapa lama dia dah
menangis."
Nak tau apa dia jawab? "Abang dia ni, nak roti canai, tapi ramai pulak
orang", terus masuk kereta tanpa ucap meminta maaf atau berterima kasih.


Maknya fikir nak beli roti canai jer.. kebetulan orang ramai, mungkin baby
ni tengah tidur, dia kunci lah baby ni dlm kereta.

Saya kat luar tu terpinga2 kat situ. Geramnya saya...Dah lah saya
kepanasan tawaf kereta dia di bawah matahari terik. Rasa nak tendang jer
pintu kereta mak dia..
Mmg saya menyumpah giler sambil berjalan kearah bank. Saya lihat luar bank
tu ramai orang yg menanti jawapan dari saya. Ramai yang bersungut, "ishh..
mak dia ni tak ambil ikhtibar ker atas apa yang berlaku dlm tv
kebelakangan ini"

Mak nyer selepas masuk kereta tu, tak bergerak2 kereta dia. Mungkin dia
panik dan juga malu. Sbb kat luar bank dah ramai yang nak lihat muka
dia....

Anak saya si Farhana tanya, "Kenapa mama tak ambil gambar kereta dia?".

Suami saya plak kata" Apa gunanya ada hp berkamera lepas tu hantar jer ke
tv3.

Ye la, saya tak terfikir tu semua, yang saya risaukan budak tu.

# masa kat bank tu juga saya jumpa arwah loloq.


pengalaman sebenar,

dora...


Moga2 kita mengambil iktibar dr kejadian di atas. Takut bila benda dah jadi mmg menyesal tak sudah. :)

8 Mac hari mengundi pilihan raya umum ke-12

14/02/2008 11:49am

PUTRAJAYA 14 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih tarikh 8 Mac sebagai hari rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-12.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 24 Februari ini, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Tempoh berkempen dalam pilihan raya itu adalah selama 13 hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.


marila mari.. pergi mengundi.. :D

sudahkah anda cek daftar anda?? owh... sudah... tapi.......kena pk 10 kali nak pi undi ke dok. TET!!!






Tuesday, February 12, 2008

Senyum!!!!

Sapa nak jalan kena kemas mainan dulu.

Dah sampai JJ Taman Equine

Mirul nak Vitagen yg tu la abah!

Minum2 (dgn ajak2 ayam nya itu :P)

Saya takleh minum ke? (masam tuuu)

Kena agah baru sengih. lebar je sengih ek Aris.. (1st time jenjalan kat shopping mall)

Malu2 eheks..


Tengok apa tu abah?

Ooo.. budak nie main air ghopenyer...

Nak tido la.. penat la gi jenjalan...

wa.... ensem tak saya??

eheks2... nie keja umi aku memain ngan camera phone la nih.! adeh..

Berusaha untuk mengiring / terbalik kan badan

Mandi time.... itula dia asst tak bergaji yg cukup cekap menjalankan kerja2 mengemas bekas2 mandian adiknya... Cheese!!

Interview dan Aris

Ada interview kul 3 ptg semalam.

dia call rumah last wed before CNY kata job nie sesuai utk aku. (HR dia la ckp ke mak aku tu)
Sekali bila aku pi, job scoop dia lariiiiiiiii ke laut dr bidang kerja aku skang nie. uhuk uhuk...

Kalau aku nak tukar angin mmg ok. tapi .... bb baru 3 bulan. kesian dia. kang aku kena OS selalu sapa pulak nak tgk diorg. dah la abah dia akan selalu OS starting this month ahead. terbiar plak bujang berdua tu... huhu....

BTW, aku mmg agak berat nak pi int. tu. bila jumpa kawan aku yg kerja ctu n dia terangkan apa kerja nya... lagila aku cam nak blah je. bukan sbb tak minat... tapi fikirkan anak2.
So.... selamat tinggal lah... itu job.

Disebabkan aku pi int around 2.30 n balik beh kuang 3.30, aku tinggalkan aris kat nursery dulu lah.
Ptg kang baru amik. Balik masak dulu la n layan si abg dia yg baru dpt meja n kusi belajar sepupu dia kat ampang kelmarin.

Semangat betul amirul nak belajar. hehehehe...(tak mana pun... cuma duk sesekejap lebihnya tgk tv. sb meja tu bbtul depan tv :P)

Ambil Aris around 6 dgn angkut mirul sekali. meriah btul kalo amik anak area jam 6 sbb ramai parents balik. hehe.. (cemane nak meriah sbb selalu aku ambil aris sure dedekat kol 7 :D)

Balik tu aris buat perangai. mcm sakit perut tapi mcm tak. pastu takmo baring. nak org dukung plak. lepas magrib dia menangis siap meleleh2 air mata. pastu mak ckp dia asik buang angin.

Aku pun cecepat amik n konon nak sapu minyak. tapi... perut dia mmg dah berbau minyak. coz org kat nursery bubuh la tu kot lepas mandi. cancel nak sapu minyak n tgk plak pampers. laaaaaaaaaaaa..... membuang rupanya... masaelahnya takda sign langsung dia membuang.

menangis tak selesa la tu ek Aris.

Huhu... sorry.. umi tak pasan. nyayi n yayi pun sama. ingat aris sakit perut. tehehehehe....
Lepas dah bersih belaka baru dia okey...

(padanla dia nak berckp sgt ngan aku selepas balik dr nursery... ghopenyer nak kabo... "umi saya yak" masaelahnya.. umi dok pahe... ekekekekeke)

Monday, February 11, 2008

Tagged : natSumi

Makcik oo makcik.. saya dah bayar tag makcik nie... :D

1. Name one person who made you laugh last night?
NoBody

2. What were you doing at 0800?
On the way to the office. pekehey nyer federal hway jem nih!! @#$%

3. What were you doing 30 minutes ago?
key in chart of acc. adoii.. malas seh!

4. What happened to you in 2006?
Dpt gelaran umi on 13th of May. give birth of my 1st son ~ Mohd Amirul Ashraff

5. What was the last thing you said out loud?
Mirul!! nak kena tampar tangan lagi nih!!

6. How many beverages did you have today?
2, coffee n water

7. What color is your hairbrush?
blue n black. er... satu je tapi dua kaler.. boley? :D

8.What was the last thing you paid for?
McD breakfast. seminggu tak beli mknn la jawabnyer :D

9. Where were you last night?
kat rumah, tido awal sbb dedua kecik pun tido awal.

10. What color is your front door?
Mahogony ke brown ke apa ke? tak penah nelek. rumah mil lagipun :D

11. Where do you keep your change?
In my purse. tapi lagi byk kat dlm keta kot. (wpun ka..dang..ka..dang guna)

12. What's the weather like today?
Panas mencanak. dlm opis pun air cond tak sejuk. huhu..

13. What's the best ice-cream flavor?
lime n vanilla. sedap oooo!! tapi skang dah naik rega. per stick dah singgit. hehehe...

14. What excites you?
Nat nyer answer ~hm...many things can excites me... its really excite bila Sham cakap "Jom kuar jenjalan...!!!" or "Jom Jalan2 carik makan!!" ekekekek...~
beh kuang gak la... kalau en hubby ajak pi jenjalan especially bercuti lagiiiii excited. :D

15. Do you want to cut your hair?
Dah potong dah pun... tapi mcm nak kena trim lagi nie. rimass!

16. Are you over the age of 25?
er..kena jawab ke? ekekekeke

17. Do you talk a lot?
depends on situation.

18. Do you watch the O.C.?
tak. cam boring jek. hehehe

19. Do you know anyone named Steven?
tak kot...(sambil pk lagi nih!)

20. Do you make up your own words?
ntah!! ada kot tapi ala2 ilang akal. ketama tu kira ke? hehe

21. Are you a jealous person?
boleyla... tapi tgk tempat dan keadaan.

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
Anoy, alang, arin, alin bla bla bla

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
kujie, kak linda, kak temah kak bedah bla bla bla

24. Who's the first person on your received call list?
En hubby. on last saturday. hekhek. lama btul phone ku tak berbunyi.

25. What does the last text message you received say?
"ok, bukan skrgla, petang ckit"
bz sungguh kawan aku nih!

26. Do you chew on your straw?
Tak. tapi mirul buat la keja ni. abis tak rupa straw dah. ekekeke

27. Do you have curly hair?
Tak kot...(masih berfikir... :P)

28. Where's the next place you're going to?
washroom...ekekeke

29. Who's the rudest person in your life?
ada la orang tu... dalam diam dia sgt kurang ajar... moga dia bertaubat. amin...

30. What was the last thing you ate?
ubat batuk cap hurix (ni kalo tak baik gak tak tau la.. uhuk2.. mahal gile ubat batuk nie!)
nape aku cam gigil2 ek skang nie???

31. Will you get married in the future?
Minta2 dijauhkan... one for whole life

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Takdak

33. Is there anyone you like right now?
Suka je la kan.. Aron Aziz. mcm berkarisma je dia kan? ehehehhehe...

34. When was the last time you did the dishes?
cucur ikan bilis last saturday. kira dishes gak ke? hahahaha

35. Are you currently depressed?
Not really... but more to gelabah gaban skang nie.. adeh...

36. Did you cry today?
Tak..

37. Why did you answer and post this?
I've been tagged by Makcik NatSumi aka yana. er....dpt apa2 mkn tak makcik? akakakaka

38. Tag 6 people who would do this survey.. takde sapa kot. sbb rasa cam semua dah kena tag benda nie.. aku je selamat sihat walafiat. hehehehe

layanzzz

Jemputan Kahwin

Aku kawen ke?!! akakaakaka ilang akal apo!

jemputan nie khas utk kengkawan sekolah ku di SEMENTAS serta yg mengenali si penganten. :)

er.. korang ingat lagi ke ROZIE ANIZA? ala..dak kekecik tu... yg putih2 tu... yg mana aku ada dia mesti ada... ahaks... akakaka... pasan tol aku nie...

itu kisah 11 tahun dolu.... la nie... dah bawak hal memasing. lelagi dia. cam lari je dr kengkawan. tah nape tah. (Er.. aku rasa aku tau nape.. erm...)

tup2.. dia call hp aku kata nak kawen. benonyer aku tau dia dah tunang last year n nak kawen taun nie dr mulut org lain...cuma aku tunggu masa je dia ckp sdri ke aku (pastu leh la aku bagi sedas dua :P)..

Ghopenyer..hp no pun dia dah tukar! adeh... truk tol kawan aku nie. last sekali aku call dia mau la 2 tahun lepas. ulang sora... aku call dia tau. nama dia nak contact aku... tah bila la pulak...

Sedih je tau sbb ikutkan dia salah sorg best friend aku. La nie apa2 citer pun tak kabo ke aku. huhu...

er.. sorry la ek.. marah pulak aku ke dia.. ekekeke..

ikutkan dia kawen last friday 8/2/08 aritu. disebabkan dia tak pos kad ke aku n dia nak anto by hand ke rumah mak aku, aku baru collect kad nie semalam, tak dapek la aku nak pi ke kg ko.. hehe...

Insya Allah aku mai ko bersanding kat umah lelaki nnt ek.

Ku doakan moga2 jodoh ko berpanjangan hingga akhir hayat. amin...

Buat Nat n the geng, sila la kita serbu rumah panten lelaki nnt ek. leh kita buat cam kenduri kite sdri. hehehehe.. oppss... :D

Kat rumah dia dah lepas. er... rozie.. nama aku pun ko tak tulis ek?? huhu..

Jemputan rumah lelaki

Map ke rumah lelaki.

Tuesday, February 5, 2008

Biar mati ANAK , jgn mati BMW

Tgk tajuk pun mmg teringin nak baca.
dpt email n share dengan semua.
apa pendapat korang??
tak pasti benar berlaku atau tidak coz di fwrd org. tehehehe

Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife aku tadi. Berlaku hari ini (1 Feb 2008). Masa rehat jumaat tadi, wife aku pegi Shah Alam Mall.

Setelah lunch kat situ dengan member dia, depa berjalan menuju ke car park.Car park yang mengadap DEMC tu..

Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis...alahai kesiannya...Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya ...Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu...

Pompuan A: umpil aje la pintu kereta ni

Mak Budak tu: tak boleh ...(sambil menangis)... nanti suami saya on the way balik ambil kunci spare...

Pompuan C: Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati ke?

Mak budak tu: (sambil menangis)... nanti suami saya marah...

Pakcik B: isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni...

Pakcik C: Mana bapaknya???

Mak Budak tu: Dia balik Meru ambil kunci

Semua orang: Apa! Meru!!!

Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta tu. suasana gamat macam perhimpunan haram...Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan.

Dia asyik kata..."saya takut suami saya marah" "Tunggu suami saya datang"...

Tetiba ade sorang akak tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni... biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin keta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan kelemasan dalam kereta tu...

Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen " aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk!Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah pemandu...praannng. ...!!!! Selesai masalah...

Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan. ..kesian baby tu..berpeluh- peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru....Seorang lagi lelaki menjerit "biar saya periksa dia.... saya doktor". Si doktor mendukung bayi dan bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu...

Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC...bapak dia masih tak muncul-muncul ...ye la Meru tu jauh.... mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu...

P/S:pasangan tersebut adalah pasangan Melayu.

Zana~Terkejut baca email nie. Kalau Zana dlm situasi nie...mmg pecah tingkap la... n... gila betul kalau careless mcm tu sekali. dunia..dunia....

ZZZZZZZZzzzz


Aku yang mengantok...tapi idok la ghope di atas nuu...

Ngantuk sbb apa?

semalam pi antar mirul gi klinik. Amirul demam + selesema + batuk. hukhuk
penyakit pakej org kata.

Aku pun beh kuang mirul gak tapi disebabkan emak kan... tetiap malam aku telan panadol utk elak demam. tapi.... batuk n tekak perit tu yg tak menahan.

Udahnya... sesama pi ..sesama amik ubat.

Dpt la antibiotik, ubat batuk n demam.
Mirul plak dpt ubat demam, batuk dan selesema.

byk tu ubat. mirul mkn ubat semalam pun sampai muntah belahak kuar balik sbb 3 kali injek ke mulut dia. huhu...lepas tu trus majuk ngan abah n umi dia. takmo mkn sama. takut kena mkn ubat lagi... kot.. ekekeke...

Yang aku pulak.... ubat batuk nie la penyebab aku ngantuk sgt skang nie. truk betul penangan ubat ni. padehal dodolu kalo mkn ubat yg ada effek ngantuk sure aku sihat wal'afiat. dan2 kali nie gagal.

Pjg sungguh elaborate baru sampai bab facts. ehehehe...

Nape mengantuk ek?

Kerana faktor usia kah? atau dos ubat itu yg agak tinggi penyebab kemengantukkan kah atau aku sdri yg benar2 mengantok?

Waaaaaaaaa.... makin mengantok aku nulis nie... huhuhu...

Nak kuar jenjalan sat. Tapi mata layu sungguh nie ha.. adeih....

Monday, February 4, 2008

Demam

Dah pandai mengagah. rajin uuh uuhh.... aah..ngah.. dgn umi dan nyayi. tapi peberet person dia berceloteh ngan nyayi dia. baru nyayi tgk dia dan2 dia sengih. ekekeke...

Pastu berborak cam nak rak. padehal nyayi pun tak paham. siap herot2 mulut dia nak berckp. haha.. Aris... aris..

Tulun2... umi saya nak amik gambar saya!!

comey la anak umie nie... especially masa dia sengih(tp still gagal nak amik gambar dia sengih). adeh... cair hatiku...

Amirul... jeles je dia sbb pepagi umi ngan adik berjalan. dia tinggal ngan yayi n nyayi.. huhu...(padehal adik nak pi nursery tuh...)

Masuk ari nie dah bape pagi mirul nangis bila aku nak suh dia salam n cium aku. huhu... cian mirul. tapi apa nak buat... kalo tinggal nursery kang ko teriak nak rak. :D

Hari nie... sume tak sihat. aku demam+batuk n selesema, abah dia pun sama(pembawak penyakit :)) ,mirul batuk n selesema, aris pun sama. batuk n dah bersin2 dah.

Harap2 semua sihat la menjelang CNY nie.. :)

Hehehe

Ngendeng air abah ya mirul!

Happy Belated Birthday

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Happy Birthday Comments


Happy birthday to my dearest sisteh (sebutan sister). ngehehehe...
Yang keberapa tuh??? erm... ke 27 dah ek. tua beno kamu nie iyer...

NOR ADILLAH SADRI
1/2/81


sorry la beb lambat post. sbb aritu cuti kan.. so..kita pun bersantai2an la dulu. :D

Semoga panjang umuq, murah rezeki hendaknya...er..er... bila la kome nie nak kawen nie??? ngahahaahahaa.........(gelak org jahat tahap gaban tergolek :D)

my friends and I

Just wanna share a few pics of my closed friends.

DSC00364

Asimah n her elder son. skang nie sim baru je bersalin anak kedua last friday - 1/2/2008, baby girl. On saturday early in de morning dpt msg dr sim kata anak dia kena transfer ke hospital kajang kerana telah tertelan ti*j* sdnri dlm kandungan n paru2 bergerak lebih laju dr normal. Harap kengkawan doakan la moga bb girl sim sembuh dgn segera. Kesian sim. Moga sim tenang menjalani hari2 berpantang.

er.. nie plak sure NAT tau kan.. hehehe... Wani dgn anak daranya, Aisyah Dayana. hehe... lom penah jumpa lagi si kecil sorg nie. insya Allah nenanti jumpa la kita ya. Ni kawan masa sekolah dulu. ktrg sgt rapat sbb selalu lepak belajar sesama kat rumah dia(malas dtg umah aku tuh :P). Skang dia pun tinggal dedekat subang jugak. Cuma lom sempat tandang umah dia je. Erm.. wanie... pelagik! sesejak dah leh drive tu.. mai la umah aku. sepelaung je tau. hahaha..

Yang si comey dua org nie plak......... anak kawan aku sesama kat UKM dulu. sorry gambo mak dia tak dpt carik plak. mak dia kedekut. hahahaa...
Yg kakak tu dah nak masuk 4 thn this year. yg bb tu actually bb girl, dah nak masuk 7 bulan tak silap. nmpk cam boy sbb mak dia tingin nak bb boy sgt. hehehe..
Comey sgt this two bb coz really copy right muka mak dia. especially yg kakak. Rozimah nama kawan aku nie. sebenarnya kawan masa skolah rendah. tapi jumpa balik masa kat ukm. itu pun masuk PERMAS (er... org ukm tau kot mende nie apo :D). kalo tak, sure kitrg tak bertegur.
zie... apa cerita skang nie ya?

Entah nape aku rindu nak jumpa kengkawan lama.

err... Nat.. ko leh arrange gathering tak? especially utk jumpa kengkawan skool. Tugas ni sesuai tuk ko tau sbb sure ko leh kurus nnt. ekekekeke... :D