Thursday, February 14, 2008

SAMBUNGAN : Ragam Manusia

kawan-kawan ni true story tau, fwded by one of my forum group to the others.

Kisah parents yang sengal lagi bangang!

saya juga ada pengalaman mcm kat bawah ni pada 3/1/2008.

Tajuk : kerana roti canai sekeping, anak dikurung dalam kereta. (boleh
bertanding dlm anugerah skrin 2008) heee...heeee. ...

Selepas selesai pendaftaran SRA di Saujana Utama (anak tahun 1) saya,
suami (faed) dan anak ke Bdr Baru Sg Buloh. Sebelah petang anak saya masuk
sekolah kebangsaan pulak.

Dlm kul 10.30 mcm tu. Kononnya nak kuar dividen ASB kat bank situ. CIMB
dan RHB bersebelahan. Mmg orang ramai giler. Suami saya ke kereta kerana
nak amik dokumen tertinggal. Saya depan kedai Panasonic. Tidak jauh dari
Avon dan juga kedua2 bank diatas.Tetiba saya nampak budak perempuan dalam
usia 1 tahun lebih menangis teresak-esak dalam kereta kelisa, muka dah
merah padam kepanasan terkurung dlm kereta. Saya tanya abang yg repair
kasut dikaki lima kedai tersebut. "Dah lama ker budak tu menangis?"Dia
kata mmg dari tadi dia nampak. Ye la, dia sibuk dgn kerja dia kan .

Saya pun pergi lah ke arah kereta kelisa tersebut. (jarak parking kereta
kelisa dengan bank dalam 5-6 buah kedai) Nampak nya budak tu saja yg dalam
kereta. Tiada orang lain. Saya raba cermin tingkap (bhg driver) terbuka
dalam 2 jari boleh masuk. Saya tak pasti sama ada anak melayu, cina atau
kemboja (maklumlah sukar nak kenal). Intai sit belakang ada beg sekolah.
mcm pemiliknya melayu.

Baby ni masih teresak-esak. Saya bagi isyarat pada baby tu supaya ambil
botol susu di atas dash board. Lagi kuat baby tu meraung. Mungkin takut
dengan saya. Nak aje saya peluk baby tu,. tapi boleh sentuh melalui cermin
saja.

Suami saya dah pergi ke arah kedua2 bank utk buat announcement sesiapa
yang tertinggal anak dalam kereta kelisa. tetapi tiada yang tampil. Ramai
orang yang lalu lalang tanya pada saya "Anak u ker?, saya jawab "bukan,
tak tahu kemana parents dia dah pergi". Rasanya dah hampir 20 minit saya
disitu. Ramai yang tanya dan terus pergi.

Suami saya nak pecahkan cermin kereta tersebut, saya kata jangan, nanti
kena dakwa menculik budak pulak. Suami saya berpatah semula ke arah bank
utk berjumpa sekumpulan askar yang ada di luar bank tersebut utk meminta
bantuan.

Anak saya pulak yang menangis, sbb dia kesian kan baby tu..

Tiba- tiba datang seorang wanita muda dengan anak lelaki dalam usia 5
tahun tanpa rasa bersalah, jalan lenggang lenggok lagi terus buka pintu
kereta . Saya tanya dia, "Anak u ker, tau tak dia menangis dah lama, lebih
20 minit saya kat sini, sblm saya datang tak tau berapa lama dia dah
menangis."
Nak tau apa dia jawab? "Abang dia ni, nak roti canai, tapi ramai pulak
orang", terus masuk kereta tanpa ucap meminta maaf atau berterima kasih.


Maknya fikir nak beli roti canai jer.. kebetulan orang ramai, mungkin baby
ni tengah tidur, dia kunci lah baby ni dlm kereta.

Saya kat luar tu terpinga2 kat situ. Geramnya saya...Dah lah saya
kepanasan tawaf kereta dia di bawah matahari terik. Rasa nak tendang jer
pintu kereta mak dia..
Mmg saya menyumpah giler sambil berjalan kearah bank. Saya lihat luar bank
tu ramai orang yg menanti jawapan dari saya. Ramai yang bersungut, "ishh..
mak dia ni tak ambil ikhtibar ker atas apa yang berlaku dlm tv
kebelakangan ini"

Mak nyer selepas masuk kereta tu, tak bergerak2 kereta dia. Mungkin dia
panik dan juga malu. Sbb kat luar bank dah ramai yang nak lihat muka
dia....

Anak saya si Farhana tanya, "Kenapa mama tak ambil gambar kereta dia?".

Suami saya plak kata" Apa gunanya ada hp berkamera lepas tu hantar jer ke
tv3.

Ye la, saya tak terfikir tu semua, yang saya risaukan budak tu.

# masa kat bank tu juga saya jumpa arwah loloq.


pengalaman sebenar,

dora...


Moga2 kita mengambil iktibar dr kejadian di atas. Takut bila benda dah jadi mmg menyesal tak sudah. :)

2 comments:

Unknown said...

cis, camni pon ada ker? bengong!!

Zana S said...

mmg bengong pun. tak kesian anak kepanasan. ngokngek btol.