Monday, July 28, 2008

Nak marah jugak!

kalau dah nama tu drebar.. buat la cara drebar!!
nie lagik mau duk tetengah jalan raya.
setakat drebar perdana executive.. piiiiirahhhhhhhhh!!!

ade ke keta nie, dr federal hway lagi aku duk follow dia.
bawak dah la kejap kiri kejap kanan.
bila dah nak masuk ke jalan maarof from federal hway, bypass mv,
dia nie boleh duk in between line 2 lorong!!!??
pejadah bongok double triple!!
aku bawak dekat gile ngan dia
ckit lagi aku nye keta nak cecah blakang body keta dia
n aku plak duk kat lane kanan
ko nak jalan tapi keta depan halang ko
marah tak anak2???
pastu bawak lengang mak limah!
mmg nak kena hon panjang la ngan aku...
HONKKK!!!!!!!!!!!!!


tu la masaelah drebar belagak
dah tu aku potong boleh buat dekkk jek
lagi sekali aku kasi hon dgn angkat tgn
and baru aku realize
sebelah drebar tu ada org lelaki pakai baju siap kot tie bagai
lantak ko la labu...
skang ko tau drebar ko bawak cam mangkuk!

lagi satu aku nak kabo
pepagi matahari tak la terik mane
pakai sun glasses tu la yg buat mata ko tu buta nengok org blakang
ciesssssssss!!!

tu kalau aku dpt baling batu cemen keta dia tu syiok ooooo!!

:P

My Family

Pyzam Family Sticker Toy

comey tak family saya??? hehehe.. kak jie punya pasal.. tros zana buat. best gak. ekekeke...

kengkawan nak cube? meh la gi ke pyzam.com

siapa yang paling comey dlm nie??? tentulah zana kan. ekekekekke....:P

nasib baik aris dpt inframe. kalo tak jenuh gak nak betul kan coding. huhuhu...

Thursday, July 24, 2008

Adesssssssshhh!!!

Sampai sakit2 perut aku tghri tadi
lapar benonyer
boss ada plak tuh
dia kemas brg, aku pun terjebak sekali
sepatutnya boss asa meeting ngan someone around 11-12
tapi kol bape org tu show up????
kol 1++
aku nak keluar pun terbantut!

tahan lapo la kiranya nih
kol 3 baru free utk cabut cari mknn

tgk duit dlm wallet ada bape
adeh... gaji pun lom kira sbb ada claims tak dpt bill lagik
malas nak buat awal2
lmbat ckit buat, lambat ckit dpt, lambat ckit abis
(nie mane nyer pahaman aku ikut tah!)

lepas dah cek2 ada bape ketul, baru leh decide nak mkn apo
angkat hbag, kunci opis,hp dan segala apa penting utk lock opis
baru leh gerak
leceh tol
situ je dah bape minit abis

pi telawi
masuk berry's cake
pilih roti
nak bayar
ALAMAK!!!!!!!! mane wallet aku!!!???
akak kaunter tuh dah packing belaka
adeh...
ngan muka malu n seribu segala rasa bersalah n cuak
'nnt saya dtg balik ek. maaf ya'
adehhhhhhhhhhh..........maluuuuuuuu hakuuuuuuuu!!!
kalau dia tak kira lagi boleh gak aku cancel
ini tak, dia dah punch siap total lagik!

kelam kelibut aku lari amik keta, balik opis.
(dah la parking jauh nak mampos!!)
adoiiii.... buang masa, buang minyak, lapar lagik!
ampeh toll!!

bila patah balik ke opis
aku cecepat drive parking depan restoran berjaya
hah! padulik la aku parking cam ampeh
nak cepat la katakan...
bila dah bayar rega roti
aku yg lapo n malu
singgah restoran berjaya beli mee kari
huh! lapo punya pasal... kol 3 pun padulik!
ok la jugak mee kari dia. kira nie 2nd time aku mkn. tapi cam kureng la pulak...
byk kerang (rugi tol sbb aku tolak tepi je kerang tu)
ayam abis kak, kata budak tuh. huhu....


wpun gitu... takkan ku lupe kes ari nih. adeh... masal tol

moral of the story, len kali selitkan 10-20 hengget kat tepi hb iye kengkawan...
mane tau terjadi kes aku nih. mmg haru kalo ko dah naik turun lift, lintas jalan, naik turun train sekali wallet tinggal kat opis lak tuh! sadis ya hamat!!

begitulah kisah aku di hari kelibut.
cies...

ha... gelak la ek... aku rasa korang pun penah rasa pengalaman gituh!
kan??? :P

Wednesday, July 23, 2008

Satu Kurus Satu Gempal

Hehe... apela umi dia nie. suka2 panggil abg kurus, suka2 panggil adik gempal.
Alhamdulillah... wpun keding, jrg sakit sorang tuh.

tapi sesejak ada adik n adik dia duk kat nursery, kerap plak abg nie deman, batuk n selesema.

Adat bertangga kat nursery la tuh. sure dpt dr bb or toddler yg duk sana.

Mmg owner tu pun ckp, asal balik je dr cuti weekend, monday tu mcm2 penyakit bebudak tu bawak.

kekadang nak salahkan ibu bapa pun mcm tak boleh

dah nama weekend nak gak la bawak anak2 berjalan.

mungkin anak2 je yg tak tahan especially keluar mlm. ada je penyakit singgah. iye tak?.


er.. nak citer apo nie??

mirul??

dah 2 tahun 2 bulan++ dah skang nie
makin kuat mkn
tapi mkn nyer tgk lauk
peminat sate no 1
hy mkn nasi bila rasa nak mkn
yang berjaya suap nasi cuma abah dia
kalau umi ngan nyai dia, pun kena tgk mood dia nak mkn ke tak
kalau tak... ikan ayam je ler...
no sayur pls.. mau dia luah belaka apa masuk dlm mulut dia even sehelai taugeh
songeh betol!!!
susah beno nak bangun pagi skang nie
aku kena dukung dia turun bawah n paksa dia mandi
padehal dah pukul 7.45am
selalu dulu senang je. sebut mandi, sure dia bingkas bangun
agaknye sebab kena gosok gigi kot. hehe..
owh... dia kalau gosok gigi macam kena rotan
kekadang ngan aku dia pukul
ciesss...
dah pandai naik kerusi mkn
pantang ada org bertenggek ctu, dia pun tarik kerusi nak naik
tapi pandai gak, lepas turun masuk balik kerusi ke tempat asal
tapi bising, satu rumah dgr.. adeh..
suka jalan jengket kaki
kenapa gitu? bila dia terasa lantai tu sejuk, berair atau berminyak or dia tak selesa
mahap la ek kalo dtg umah mirul wat pangai gitu
dah jentik byk kali tapi dia wat dek jek.
peminat vitagen gak
asal ada mknn yg lain dr penah dia nmpk, sure nak cuba
coklat, kek, aiskrim mmg dia suka tapi... sekejap je la.. lepas tu dia wat main je mknn tuh.
berat mirul??? aritu timbang kat umah nenek, jarum tu mcm nak pi angka 11 tapi duk gak kat angka 10.
tah bila la dia nak naik berat tu...
sekarang nie selalu batuk. tapi batuk dia ala2 bermusim plak. kalau sejuk pagi n malam, sure dia batuk.
dah tak kuasa nak bagi dia mkn ubat. kesian plak duk ngan ubat sokmo. mau dah 3 minggu duk mkn ubat. insyaAllah, harap2 baik sendiri la dia tuh.
Pandai kira barang dlm katalog. wpon bunyi nombor tu tak keluar, tapi dia tunjuk ngan jari
ta.ta.ta.tah. satu or dua or tiga..
bila la ko nie nak berckp mirul oooii...
org ckp dia faham tapi bila ajar dia berckp, dia katup mulut sambil buat kerja lain. iskh..
pandai sekarang tido nak kat lengan sahaja.
kalau tak lengan aku, sure lengan abah dia. suka2 atik dia je la. ekekeke...
baik ngan adik pun iye gak
setakat hari nie belum lagi tgk dia pukul adik dia, melain aku marah dia, pastu dia dekat ngan adik dia, sure adik dia kena. ala2 cari benda lain tak dpt, mane yg dekat la kena. truk gak pangai tuh. :P
itu je kot... len kali sambung kalo teringat. :D

Aris??

owh... ini budak... cannot see umi dia ma...asal aku lalu je sebelah ke, belakang dia ke, sure dia merengek mintak di ambik. nangis bagai.
kalau dia tgh meniarap, laju je dia mengengsot style askar dia tuh ke aku.
suka org dukung dia, main ngan dia. kalau buat dono nnt dia pangge. uh!
hihi... lawak la awak nie. org marah pun dia ingat org borak ngan dia. sengihhhhh 24 hours.
makan kuat gak sekarang ni. asal org pegang somenthing je dia pun duk ngadap org tuh, dgn harapan akan disuap. mane boley.... kueh lembut2 boleh la..
nie semua nak mkn, tercekik kang, sape yg susah? :D
peminat iklan gak dia nie. tapi lebih kepada kartun yg boleh berjalan2 mcm teletubbies, pingu n in the night garden.
kalau yg 3 nie keluar dia boleh tak berganjak depan tv. :D
semua benda yang dia nampak kalau boleh nak pegang belaka
even sampah kat rumah tu pun dia nak pegang!
nie pun sesejak dia duk dlm walker la dia pandai nak pegang belaka
tak pun, dia mengengsot askar dia tu dgn melanggar apa yg ada di depan nye semata nak ngejo benda yg dia nak.
haru tol.
dah berapa kali aku iron baju, dia nak langkau bantal yg jadi divider tempat tido dia, semata2 nak pegang kaki iron board, dan dah berapa kali dia terguling lepas dia berjaya lankau bantal tu. aku? tengok je la apa dia nak buat. bila dah jatuh tu, ada masa dia nangis, ada masa dia sengih.
haha... biar la.. nak pandai la tu kunun...:D
pandai gak bca buku sorang nie. ekekeke... tapi apa yang dia sebut tu takle aku faham.. etetetete.. sambil baring selak buku tu. yg selalu jadi mangsa, magazine abah dan buku abg dia la.
Pandai anak umi nie sanyum. tapi.. senyum ada makna tau... 'sila angkat saya atau saya mengeliat dlm bakul sampai bakul saya terbalik bersama2 saya. okey!!

Tuesday, July 22, 2008

Tersentuh aku dgn cerita di bawah nie...

terima kasih kak bawang..

~sesungguhnya aku juga manusia yang lemah dan memerlukan petunjukmu, Ya Allah... amin ya rabil alamin...~

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu
: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan
cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kamu terima pada hari ini, kerana jika kamu meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. Sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kamu memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Isra ayat 84 yang bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya.”


Firmannya lagi dalam surah al-isra' ayat 7 mafhumnya, “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberiannya.” [Surah ali Imran ayat 8]

firewall and antivirus

aku telah meng'off' belaka firewall dan apa segala tok nenek yg menyebakan internet aku slow nak mampos.

wah........

laju tuh.......

tapi...... agak bahaya for my computer kalau kena serang dek virus2 yg pakai sarbuuuuu aku nyer program.

kenapa aku off? sbb multicam office aku tak boleh bukak.

macam2 kan??

la nie aku dpt meng access tenet dgn aman dan damai.

mekasih.

Mengata Orang Paku Serpih

tak faham betul aku dgn orang nie

mati2 ngutuk org yang ada blog nie takde life in reality world

(actually nak kutuk aku habis2an, sbb reveal life kat org tak dikenali)

tapi sudahnya...............

dia pulak yang duk baca blog org lain sampai siap print out lagi entry orang tuh!

apekehey nyer!!!!

orang kata, kalau nak ngutuk tu cuba tengok balik diri sendiri???

Agak2 ludah ke langit jatuh ke muka tak?

bukan aku tak tau blog sape yang dia duk baca tuh

la nie.... pandai plak ber 'facebook', 'friendster' bagai

erm....

lain kali.... tanya dulu nape aku nie berblog, ber friendster tuh!!

bukan jatuhkan hukuman tak tentu pasal!!

huh!

~soalan....... adekah dia baca blog aku nie??? ntah.. tak sudi gamaknyer kot. pedulik la aku nak bebel kat cnie pun!~

Friday, July 18, 2008

Aris in action

bestnye dpt nek beskal abgn mirul. ceewah..

Saya pun nak inframe gak. ekekeke...

Abis la bateri beskal abg nie saya kerjakan. duk men muzik je dia.


si kenit yg berusaha untuk memegang handle. tapi pedal tak sampai lagik. duduk ngalah org besau.



Lunch

just got back fr the bank at BSC
mane plak la mcd kat bsc nie???
ilang akal aku dibuatnyer bila tgk kelainan depa masa ni (still under renovation)
kemane2 je la depa punya tempat mkn
sume berlonggok kat concourse
huhu

nak tak nak pi ke telawi la pulak
sib bek boss suh bank in money
boleh la aku singgah sekali

kol bape lunch kak??
15 minit before azan asar berkumandang
huahauhauhaua
mau aku mkn mlm lambat arinie

sesejak dah di train mkn lunch n dinner sepjg xhibit aritu
aku mcm takleh skip lunch jek
tapi esok.... sure aku lupa lunch sbb ptg dah nak masak mlm
huhuuhu...

adeh... besok cuti ke??
wooooo byk nyer benda nak kena buat... uhuk2..

Dinner

dah lama aku tak dinner kat luar, rasa cam best jek dpt keluar mkn reramai.
WPUN tiga org jek. kepoh gak la tempat tu ngan suara kitorg.
lelagi dgn kawan kitorg tu yg pak lawak. adeh..

aritu 10/7/08, boss ajak pi Pentas Sunda, utk mkn malam dgn our indonesian counterpart
since bos dia takde, boleh la kitorg ajak dia mkn sedap ckit
kalau tak, asyik la dia mkn nasi, tempe, telur n sayur
erm... aku faham, kehidupan di sana mengajar dia tak memilih utk mkn

tapi mlm tu boss aku kira2 buat special treats for him
dah la duk kl sensorg. abis xhibit je dia lepak kat bilik sambil tgk tv n tido
nama nak berjalan merambu, idok la dia...lagipun boss dia tak bagi advance
so, takleh la nak beli2 brg. cuma boleh cuci mato jek. kesian...

(er... boss dia org asing yg berkahwen dan menetap lama di indonesia.. so, pepaham je la diorg nie layan org tempatan gimane..)

lepas abis xhibit n abis kemas, kitorg pun gerak ke klcc lepas magrib.
surrounding sgt menarik
tetapi mknn agak kurang menarik
ekekeke...

meh aku tunjuk bbrp gambo mknn yg aku amik

Ikan nila goreng (budak tu ckp ikan talapia. kenapa aku tgk cam lain jek?!!) tak best sgt pun selain rangup. rasa ikan ke mane2. :P

kangkung goreng(mcm la ari lain tak mkn kangkung. :P), sayur lodeh (aku buat lagi sedap rasanya), tauhu sumbat. yg nie ok rasa dia. yg lelain gagal di tekak ku..

(tapi aku suka betul mkn kopok pait dia tuh. siap mintak tambah lagi... hehehe)


ni la salah satu sudut dimane our antics jewellery di pamerkan. that black booth tu aku, boss and our contractor yg buat. bbtol all rounder kamiorg nih. :P

aku yang menahan kesejukkan sambil berposing di samping 'dodot' yang berusia puluhan tahun. tu kain batik yg pernah duduk kat indonesian palace satu masa dahulu. rega pun cecah beratus ribu USD. huhu..

aku plak pose sambil pakai shawl yg aku duk admirer dr dia sampai, sampai la abis exhibit. beli idok ler... ngak mampuh sih!

Bosan..Bosan..Bosan..

Bosannya hari nie
malas nak pi kerja
tapi kena pi gak sbb benda2 remeh
kerja kat off aku kena manage sendiri
so, kalau rajin dtg, semua settle
tapi kes remeh temeh yg melibatkan org lain nie yg buat aku boring
wat to do
layankan jela

(tah bila la boss aku nie nak belajar jimat kos despatch opis niee)

sgt memerlukan cuti
cuti yg aku boleh tido sepuas hati
tapi aku duk rumah org
takkan nak membuta je kejanye kan

bila la dpt merasa duk sendiri ek???

oh lupa... aku mane leh tido siang (wpun malam mmg tak penah cukup tido)... nnt sure aku kena perli. kannnnnnn???!!!!

''''''''''''''''''''''''TET"""""""""""""""""""""""""""

Thursday, July 17, 2008

Jangan Pandang Belakang

Sekejap jek citer nie dah masuk Astro
Ikutkan dah byk kali ditayangkan kat Astro Ria tuh
Tapi di sebabkan aku nie penakut tahap gaban
tak berani tgk sensorg

udahnya,
last saturday night tu ada ulang lagi
aku anak beranak tengok (aris for sure dah tido jam tu kan)
mirul yg tak tido siang tu boleh tahan mata tgk citer tuh
aku nengok siap cover muka ngan bantal lagik
especially rasa semacam jek tros aku tutup muka
kalau rasa nak tgk pun sebelah mata jek

TAPI!!!!
mirul tgk tak berkelip langsung dia
takde rasa takut pun
mungkin dia tak faham kot... ekekekeke
siap statik kat tempat dia menyandar tuh
tapi.. lepas abis je citer tu, mintak susu tros lelap
dia tahan mata ngantuk ke apa benonyer??/
hehehhe... mirul, mirul..

berani ke tuh?
kalau ckp lipas ke, cicak ke, takut belaka
camne nak bawak dia pi zoo nie mak teh?? :P

Wednesday, July 16, 2008

Kecurian!! SANGAT PERLU DI BACA!!

Kesian boss aku

iPhone dia kena curik last friday
dah la baru pakai last may
ada la hayat dia 2 bulan lebey jek
mahal tuuuuu...aku pun suke ..uhuk2..

masa kitorg duk sibuk2 ngan xhibition
ada gak hantu yang ambil kesempatan
mmg aku harap sgt dia nie kena belasah ngan pak polisik

citernyer begini...
on thursday morning last week jugak, this guy dtg ke tempat pameran
jumpa our indonesian guy, meet up n very interested with what my boss doing (business)
take her business card n leave
sekejap je ckp ngan kawan kitorg tu tapi lebih byk on the phone
katanya lah..

on friday morning aku singgah office coz ada a few things that boss aku zuh print out n cek for her
ada la makhluk nie call
namanya robert n dari cara dia berckp tu sgt2 urgent nak meet up with my boss
forward his number to my boss n manage to talk to him
oooooooooo.....
katanya nak buatkan jewelry utk her bos nyer 2nd wife
since 1st wife tak tau, dia nak buat secara private utk menutup mata org la.. kononnya...
dia nak tgk our previous product n nak give some idea how his boss nak kan brgnyer
end up, ada meeting on 3 pm kat kl sentral
alasannya, co dia ada both apa tah kat sana n senang dia nak jumpa since boss dia pun ado.
udahnya... kelam kabut boss aku suh aku print out gambar segala tok nenek jewellery yg aku snap ala2 cantik, susun dlm folder
adeh... dr sekejap jadi berejam aku duk kat opis
si hendra org ind tu ty bila la aku nak sampai
camno nak gerak? tetiba stuck ngan keja
kol 2++ baru settle n aku blah ke hotel
(dlm erti kata lain mencari mknn... kelaparan gue)
boss aku plak kulu kilir ada meeting ngan partner dia
udahnya, kol 3++ baru dia blah dgn folder yg berat dabak tuh.
kesian ke dia tapi... hangkut je ler...

alkisah di sana... di warung kita, kl sentral
jumpa this guy named robert n dia duk kelek phone nokia 9500 ngan charger
kata dia kat boss aku phone dia out of battery
boss aku suh dia charge the phone, tapi dia ckp, nevermind, later can do...
pastu dia nak call wife dia. dia mintak boss aku call pakai hp boss aku
alasannya, dia nak bagi direction kat wife dia yg dtg dgn boss dia dr shah alam , camne nak ke kafe tu
out of sudden, dia mintak phone dr boss aku since wife dia nak ckp ngan si laki dia, robert tuh n dia walk out from the kafe!
NEVER COME BACK even 15 minutes later.
Harunya... tak dpt name card, apa2 pun tak discuss lagik, dah jadi gitu.
(mmg nak merampok la tuh!)

boss aku call aku using her 2nd mobile n aku cuak, nape bos aku pakai phone nih?
dia ckp la that guy pinjam phone dia.
heh!!!! aku siap ckp, 'berhati2 je la.. takleh pecaya org skang nie'
dia pun risau gak tapi nak sedapkan hati, dia tunggu lagi
seb bek driver dia dtg accompany her
Benonyer driver tu nak amik kunci keta jek, tapi dah alang2, dia suh tunggu coz almost 1 hour boss aku tunggu, that guy tak balik2.
last2, si driver cek folder yg lelaki tu bawak.... KOSONG!
telefon 9500.... PECAH N MACAM DICURI!
charger.......TAK PADAN LANGSUNG DGN PHONE TU!
Sah!!! she has been robbed!
tros boss call aku n balik hotel.
berderau darah aku dgr.

Alhamdulillah, hotel dpt capture his face n body while he talking to our ind guy using hotel indoor camera,

and that was on Thursday morning!

surprisingly, he left the hotel, late afternoon at 4pm++!!

what was he doing at the hotel for the whole day ???!!! skodeng aktiviti kitorg kah??

when my boss speak to the manager, it seems that they only care to help my boss to get the photos, but not to be careful/aware for the people enter to their hotel next time! (wallahualam..)

GM dia pun ala2 slow melow je aku tgk. huhu...

apa2 pun, aku try call that no, dia tutup phone. tapi kitorg dah msg n boss aku dah buat report polis and also ke siasatan jenayah tros.

deme ckp org gini nak hp jek. tapi aku tak yakin sbb modus operandi dia cam lain dr yg aku dgr.

selalu pinjam n run away. but this time, siap buat appointment lagik. sgt la sistematik.

tapi aku harap sgt, benda nie abis kat ctu jek. n pak polisik.. sila la amik tindakan since they all boleh gprs that no.

kindly beware of this no : 0122702689 - nama for sure dia boleh tuka2 kan... but be really careful.

so guys...jgn mudah percaya org dlm tempoh terdekat, berhati2 kalau ada new person contact utk buat business ngan you all k.

tak semua org yang baru kita kenali boleh dipercayai
tak semua org yang lama kita kenali boleh dipercayai
jadi berhati2 lah!!!

Tuesday, July 15, 2008

Tulun!!!!

banyak nyer keja nak buat!!!!

accounts tak siap lagik!
stock nak kena cek!
office nak kena setup/kemas!
brg bak kena susun!
umang aiiiii

any volunteers??!!!


macam nak mintak bos aku carikan part time staff jek
wpun gaji baru naik (last month)
tapi plan bos aku yg pjg berjela tu mcm nak pitam aku nengok kan kalau aku sorg yg duk kat opis nie
udah la opis cam kapal karam
aku macam tak larat dah nak kemas
ada je benda aku buat pastu benda lain aku tinggal
nie aku tulis blog nie pun lepas aku penat ngemas brg2 guna masa exhibition tuh
boss decided nak abis awal, means awal sehari jek!
Patut abis ari nie tapi semalam deme nak packing n indonesian counterpart dah sibuk nak balik
iyola... sales tak bape best
aku mmg agak dah tapi coz nak mencuba nasib... apa salahnya
perniagaan kan semua berisiko
so, bare je la cost tuh
next month ada lagi plan
aku ala2 surrender la
bukan apa
acc nak close end of this month
tapi aku baru separuh key in dlm system
pengsan2

ada sesapa yg berminat nak jadi sales person?? sila la email zana ek
especially yg tak kisah keja over the weekend n balik tak tentu masa
ikutkan sekali sekala jek
bukan selalu
tapi...bukan selalu tu pun pening gak nak arrange jadual zana sendiri
lelagi en suami keja tak tentu masa
nie projek baru dah masuk
kalau aku tak arrange masa semula
mau tunggang terbalik dibuatnya
nape la aku duk jauh dr che mah ek?? huhuhuhu

oh iya...

15/07/2008
SELAMAT ULANG TAHUN ke 55 ya CHE MAH!
moga panjang umur dan murah rezekinya, dikurniakan kesihatan yang baik seadanya...
Zana sayangggggggggggggg MAK!

ps: kepada mak teh yg membaca , sila tapaukan kek kepada mirul n aris okeh! jgn malas2.. ekekekeke...

14/07/2008
oh iywe.... kepada mak usu, mirul n aris ucapkan selamat arijadi ke 52 ek! eh.. 25 ek?? hahahaha
disebabkan deme tak reti mengira.. tu pasal tershasol....:P

mam usu belikan kamiorg present apa ek???(mirul sama aris takleh kasi preset sbb umi simpan duit dlm bank belaka.. muakakakakaka)

arghhh....cik zana... sila kembali bertugas.. uhuk2...

Tuesday, July 8, 2008

Capek

Sangat capek lately.
Wah..sesejak berkawan ngan org seberang, gaya ckp udah tukar loh
since 2/7 until 15/7, i'll be in and out between office and exhibition centre
penat tu satu, tapi yg tak syiok tu lagi tank minyak
sangat sayu tgk tank tu cepat betol susut minyaknyer
mane taknya, subang-bangsar-segitiga emas-subang
sangat la sesak laluan2 itu...

nak tak nak kena la redah
ada sesapa minat nak mai?? huhu...
meh la... contact zana dulu ek
sila la email ke zana kalo nak mai
nws_1923@hotmail.com
kenapa tak reveal??
er..er... malu sih. ekekeeke..

tapi.. kalo anda berminat dgn jewelry n antics jewelry~rare gemstones~
you are most welcome :D

oh iya...
sibuk2 nak exhibit tu
ada org duk bertarung di labour room
Alhamdulillah...
Fozalin selamat melahirkan bb boy on that day
2.9 kg
Around 7++ mlm
Dah gi tengok on the next day
Yg best tu, aku org ketama bb jumpa selain mak pak n kerabat spital sekalian
disebabkan dia lahir gegenap 36 weeks
doc masukkan dia dlm pemerhatian coz degupan jantung or nafas dia laju
(ampun kalo salah bagi info)
tapi by the 3/7 pagi tu dia dah duk ngan mak dia dah
tido sokmo si kenit tuh
Gambo???
takmo tunjuk sbb biar mak dia tunjuk
wahahahaha..sangat kejam
nnt ek.. tak dan nak sumbat gambo laie
apa2 pun...
WELCOME TO THE NEW WORLD
~Mohd Harith Wafiq bin Mohd Faiz Foza~

(adeh... seb bek laki, kalo pompuan, cian deme nak nyebut masa akad nikah nnt. akakakakaa)

Tuesday, July 1, 2008

Berjaya

Wah.... sonok2..
Hari nie boleh sarung jeans kegemaran ku
selepas bbrp bulan Aris lahir baru boleh pakai
sangat seronok
hahahahahaha
(dalam erti kata lain dah kurus ckit la nie :P)

tapi korang jgn salah sangka
jeans ku bukan jenis kecik2 molek2
(wpun sebelum ada mirul n aris kurus nak mampos!)
semua jenis beso2.. saiz pun 29-30.
kira ok la kan...
tak la byk sgt kekurangan berat badan itu..
akakakaka...

agak2 entry nie kak elin baca tak??
sure dia boringgg jek..
hehe..
kepada yg mengenali cik fozalin
dia dah admitted
tunggu masa je si jr nak keluar
doakan terbaik utk ibu dan anak ya ;)