Tuesday, March 31, 2009

Doakan....

Salam buat kawan2 yang mengenali hatta tidak mengenali nya...

Sebulan dahulu, dikejutkan dgn berita anak kepada kawanku (best friend sek ren) dimasukkan ke hospital, kerana dijangkiti Denggi.

Hari ni, 31/3/2009, aku bertanyakan kabar, anaknya alhamdulillah telah di tukarkan ke wad biasa (since then duk ICU), teetapi kondisi masih di bawah pengawasan doktor kerana kesan daripada denggi telah merebak ke otak dan mata menjadi kabur/tak nampak.

Sedih mendengar kisah kawan aku nie, anak dia nie yg 2nd. tak sampai setahun lagi umurnya.

insya Allah, doc pun ckp, peratusan pulih masih ada sbb otak bayi masih berkembang, cuma berapa lama ia ambil masa tu yang mungkin tak dpt dipastikan.

Doakan moga anak sahabat kita tu cepat sembuh, dan kembali ceria seperti dulu.

Kepada semua, doakan kesejahteraan dan kesihatan kepada HASLIZA BUJANG dan juga babynya ya!

Thank You

Monday, March 30, 2009

New furniture

Slowly kita citer about our micasa. hehehehe.. bukan ada apa pun.. semua pun basic2 jek.




Masa nie baru sampai. aku amirul aris kat atas.

Bukan dah siap keluar keta ke utk deme masuk lori??? haish... selow betol.

Nak tgk tapi takut. piawai la si amirul nie. asal org len jek, mula la takut. tapi... dah kurang ckit kadar ketakutan dia nie.

Nape aris takde??? tuuu dia... membongkang! kejap je tuh. tak sampai sejam dah bangkit. mane dia boleh tido lelama kalau keadaan bising. lelagi abg dia ada. alamat.....

Bila dah bangkit, dah ada mcm2.. mula la buat eksperimen a.k.a gedang gedungkan perabot abah ko. adeh!!!!

Herbalife Products

entry utk beberapa hari. new entry di bawah k. :D

Nak share ngan semua

sesiapa yang tak bape tau tentang produk herbalife, nak tanya tapi segan, meh saya kenalkan core product dulu k.
Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder

Menyediakan vitamin dan nutrien penting

Shake pengganti sajian lanjutan ini padat dengan protein dan nutrien penting.

  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral.
  • 9 gram protein soya dan 18 gram bila dicampurkan dengan susu atau susu soya setiap hidangan campur serat untuk menolong anda berasa kenyang dan puas.
  • Boleh membantu anda menghilangkan, menambahkan atau mengekalkan berat badan.*
  • Mempunyai lima perisa. (besokan gambo ek. )


  • ShapeWorks™ Tea Mix

    Untuk kebugaran dan pengurusan berat badan

    Campuran teh segera kalori rendah yang enak ini membantu anda kekal bertenaga dan segar sambil anda menguruskan berat badan anda.

  • Mengandungi antioksida dan teh hijau termogenik
  • Boleh diNikmati panas atau sejuk


  • Formula 3 Blended Soy & Whey Protein Powder

    Suplemen Protein menolong menghalang rasa lapar.

    Suplemen protein tanpa lemak yang mudah dibawa ke mana-mana untuk mengawal rasa lapar dan pengurusan berat badan yang menyihatkan.






  • Campuran soya dan protein proprietari
  • Mudah dibancuhkan dalam shake, sup dan sos.
  • Menolong membina dan mengekalkan jisim tubuh tanpa lemak.
  • satu set lengkap utk pengenalan kepada pengguna. walaupun harganya... ehem..ehem... tapi.... kesannya boleh dilihat pada pengambilan pertama anda di waktu yg di galakkan.

    nak tau lebih lanjut?? tinggalkan nama anda di komen board . nnt saya hubungi. Thumbs Up

    ~do whatever u like! gain what ur worth!~

    Jiran

    dah berapa hari /minggu/bulan duk umah sendiri ya??

    semalam baru berkesempatan bertemu muka ngan jiran di sebelah kiri.

    selalu abah je berbual ngan suami akak tu. semalam turn aku plak. walaupun baru balik beli barang, aku redah je tegur. hehehhe!

    (er.. dia kenalkan diri akak... so, aku lebih muda dari dia la ek??? ekekekeke.. nak jugakkkkkkkk!!)

    ikutkan dia pun aku susah nak nampak sbb dia keluar awal, balik lewat. lagipun dia pi kerja sesama husband n wife. cam aku nie leh la ngelat keluar lewat. hehehe!

    anak dia sorang jek. gurl. 4 tahun dah kot. aritu anak dia tegur mirul, boleh plak mirul masuk rumah sbb terkejut di tegur. boley?? penakut ke apa tuh?? hehehe golak je ler...

    skang nie, dia pulak duk jejengah sebelah. nak cek mane kakak la tuh :p

    jiran sebelah kanan? baru sesenyum jek. tah nape aku macam susahnya la nak bercakap ngan yg sebelah nie. kenapa??

    kes aku nak dptkan no tipon diorang la masa nak buat reno dulu. tension aku. call wife tak angkat2 phone. pelik gile aku. mcm nak rak aku call. siap tinggal msg sbb urgent matters. tak jugak dia reply. aku jerit kat depan pintu rumah pun tak dengar. padehal aku nmpk kelibat org kat dlm. udahnya aku leave notes kat dlm post box, baru la laki dia call. aku ckp jugak, ada call wife dia byk kali tapi tak pick up phone. Alasan.... wife tak perasan n byk keja nak buat.

    erm.... setahu aku.. anak dia sorang je. aku anak dua ape. dah la tak keja. pun payah nak pick up phone. tu yg buat aku cam tawarrrr je hati nak beramah mesra ngan dia.

    Kekadang aku keluar dia leh masuk rumah teros. mcm tak nak jumpa (ke perasaan aku jek??) entah la... tgk la... satu hari nnt aku akan tegur gak. tak elok hidup berjiran tapi tak kenal siapa... kan??

    Wednesday, March 25, 2009

    Bersiar2 di Waktu Pagi



    Mirul ke rumah nyai, adik ke nursery.

    Mcm terbalik tapi.....what to do... aku penah letak mirul kat nursery adik. hari pertama ok.

    hari kedua mmg dia sedih jek. aku amik pun dia menangis kat pintu grill.

    hari seterusnya... nak hantar??? dia main kejar2 dlm kereta. pastu setiap kali saje borak ngan dia, esok duk umah untie ek?? menggeleng sambil no..no.. kan tangan dia. hehehehe...

    seksa kalau duk ngan atuk nenek ek? tapi atuk dia rajin melayan dia. laigpun mirul nie ada kepala angin ckit. org yg paling boleh layan dia adalah atuk dia sahaja. nyai pun kalah. hahaha...

    abah? disebabkan muka iras gile ngan mirul, abah mmg takleh ngam ngan mirul. asik nak mengamuk jek.

    Aku?? bila abah takleh pujuk, aku la kena pujuk kalau dia ngamuk. tapi aku sekali dua je leh pujuk, lelama.. tak jalan... tgn aku pun berjalan. hahaha! garang mak ko nie...

    ok lah... tak tau nak ngarut apo laie kat cnie.. nnt jumpa laie... :D

    Muka Demam Aris



    Teruk kan? trus kena sedut gas masa nie. melalak2. doc siap sumbat ubat batuk laie. adeh....

    rasa cam penah citer last time. selak la ek. eden tak dan nak nyelak previous n3. rasa dlm bulan nie gak jadinya.

    tapi mmg horror tgk aris masa nie...

    tak lama selepas tuh, abang mirul joint the club. berlawan2 batuk kongkongkong. hiks..

    sekarang.. alhamdulillah dah sihat.. amirul jek masih tak bape ok. mane taknyer... still layan air sejuk. dilarang dia bukak fridge sendiri. abis camno?? sabarkan je la...

    disebabkan layan air sejuk, ari senin malam selasa, dah subuh dah pun, mirul batuk sambil muntah. adeh.... aku malas nak tukar cadar sbb siang tu baru basuh sbb aris muntah mlm sebelumnya.. basuh ngan air sabun je la. huehueheuhue....


    Tuesday, March 24, 2009

    Masak kah?

    seminggu sekali dua mmg akan beli mkn kat luar. selebihnya masak. wpun simple aku masak gak la. tah apa2 rasa pun iye gak.

    la nie aku buat kerja pagi kat office, lepas kol 2 cabut balik rumah. rehat sekejap pastu masak. aku rasa cam nak terbalik pun ade gak. lagik penat kot. huhuhu...

    kalau aku perlu stay kat office sampai petang, means, beli je ler... malas nak pk nak masak apo. tapi ada gak prob nyer...

    nak makan ape plak tak tau...wpun tekak utk dua org jek. lagi dua kenit sesuka hati dia nak mkn ke dok.

    amirul mmg kenyang tgk channel 613. mkn ckit pun dah kenyang. hahaha!

    owh iye... byk2 hari, last week aku sempat amik gambo apa aku masak. itu pun kebetulan ada org tipon masa aku tgh masak. hahaha!

    sila jamu mata iye...

    kari ikan hari sebelumnya... aku la yg mengabiskannyer.. huhuhuu...

    bergedil daging. aku sebenonyer dah takleh nengok bergedil nie... tapi laki aku yg gemor. buatkan je ler... stok utk seminggu. hehehehe!

    Tom yam campur. sekadar nak tambah kuah pada nasi. brg memang yilek. blasah jek. janji ada bau tomyam. hahahaha!

    Merah Ke Tueeeeeee???

    Sibuk sangat amik tudung umi. pakai kan je kejap. terkial2 dia nak bukak. ekekeke!

    cun tak saya???? baju merah, tudung merah, sofa pun merah!

    wah!!! ada org jeles gamaknyer... ekekekeke! :p

    Monday, March 23, 2009

    Kerasnya Peyut Aris!

    muka control gile. tau umi nak masuk dlm blog. tros cancel nak berdiri kat carseat. ciess!

    mari panjat kerusi umi!!!

    kurus adik kan???
    Lama tak kuar blog anak umi nie kan?
    sesejak duk umah baru, asik la merengek, n lelepas baik batuk selesema, aku paling risau kalau dia batuk malam. especially lepas minum susu.

    mmg kena berjaga2 takut dia muntah. tapi seminggu sekali mmg dia akan muntah. mcm nak suruh jugak umi dia yg malas cuci cadar buat keja tu seminggu sekali. (normally aku tak lebih dua minggu. lelagi mcm2 haruman depa buat. mmg la kena basuk selalu :d)

    Semalam, cuti tak kemana. duk umah. aris asik merengek ngan abah dia. aku??? byk lagi keja umah aku nak kena settlekan. nak dilayan... sila ke abah ko ek. ekekeke...

    roti, biskut, nasi goreng, ayam goreng, kecuali nasi, semua dia bedal. bagi nasi, lunch je dia mkn. utk dinner, dia mkn nasi goreng ckit. disebabkan pedas, takmo dah. nanak katanya... hehee...

    natijahnya, dia asik duk meneran cam nak yak tapi tak yak2. Nak tido buat hal. aku dah sapu minyak kat perut depan belakang, even urut2 perut dia, baru la dia leh tido.

    TETAPI... kol 12++ kot... dia batuk, sekali dua jek. tros muntah! aduyaiiii....

    wangi gile baunyer dik oiii....huhuhuhu....dan hari nie.... aku tgh nunggu mesin basuh aku abis cuci cadar. adeh....

    mkn mee goreng mlm nie jom! (itu je aku masak. malas n pening nak masak apa dah. hahahaha)

    er... ada yg tak kena kat aris ke sesejak pindah nie??? asik merengek je jumpa org. adeh... doakan takde apa2 buruk berlaku....amin....

    Wednesday, March 18, 2009

    Neighborhood

    Katanya ramai artis tinggal kat area umah aku nie.

    tapi tak pulak aku jumpa.

    dan... pagi nie... aku singgah beli nasi lemak, ada la sorang hamba Allah nie beli jugak.

    kecik je orangnya. baru mengakhiri zaman duda. new wife pun dah mengandung.

    tak mkn tua dia nih. siap akak yg jual nasi lemak tu jeling menjeling pakcik nie...

    miahahaha...

    what can i say....

    hensem gak la wpun kecik comey je dia. beh kuang aku kot tinggi (wah!! nak jugak ;p)

    sape aku jumpa??? RUSDI RAMLI la.....

    tak mo la amik gambo. tapi cam gatal je mulut nak ckp tahniah coz wife dah peknen. hahahaha

    takpela... aku wakilkan akak jual nasi lemak tu je lah. lepas aku blah, tak sempat masuk keta lagik, aku mcm dah terrrrr dgr akak tu memulakan perbualan....

    yg lawak.... aku jeling en rusdi, dia pun jeling keta gue... miahahahaa!! yg pasti bukan aku la kot dia jeling... ekekekeke.. cehhh...

    Tuesday, March 17, 2009

    Mc Value Lunch

    Tghri anta brg ke ampang. Disebabkan lapar n malas nak pk mkn apa, aku terrrbeli mc value lunch. Huhuhu...

    Big mac tak masuk plak ek? Frust gue. Terrpaksa gak la amik mc chic. Tak kenyang plak tuh! Adeh... Cemane? Minum air la hendaknya... :d

    Mane la org yg nak amik brg nie.... Ot la anak aku hari nie... Adeh.. deh.. deh.... Ciannnn aris.

    Ring Bell oh Ring Bell

    Haiya!! Aku pelik sungguh kalau ada courier service or despatch yg dtg kat opis aku, pastu ring the bell mcm org hilang akal. Selama hayat aku dgn despatch off, takpenah lagi depa buat kerja gile nih. Erm... Klau depa buat, sah2 dah aku adu kat boss depa kan.. Hehe...


    1st case,

    Despatch dr dell. Indian guy. Htr hardware pc boss aku. Dia ring bell berkali2. Tak sempat aku nak tgk thru camera dia ring dan ring dan ring lagik! Mmg hangin la aku kan... Ingat org dlm nie pekak badak cam dia kot!. Pastu aku naik gak suara kat mamat tuh. Dia boleh sesama naik suara ke aku!! Boley? Iskh!... Mmg la kurang akal. Boleh dia kata klau tak tekan byk kali nnt tak dgr pulak. Ko pokak iyalah. Sambil aku accept bebarang tuh, aku bebel gak lah. Pastu bila aku dah masuk, dia nak blah, boleh dia tekan loceng tu lagik sekalik!! Wah! Mmg nak kena la tuh. Technician dell mai aku bebel kat dia plak. Tapi in good way lah. Tros dia suruh adu kat bhgn yg deliver brg tuh. Diorg semua ok. Tapi mamat india tu je yg ampeh. Terosss apa brg lain yg tinggal, org lain ambil. Takut jugak ko ek!

    2nd case,

    Jadi lg hari ni.ada courier from aust. Pos laju yg htr. Dia sampai, tak sempat aku jengah, dia tekan bell sekali, dua kali non stop. Aku yg target urgent nak mampos! Tros open gate. Apa jadik? Gate tu hentam dia lah! Sape suh ring bell cam org pekak? Pastu duk depan gate. Padan ke muka lah! Pastu boleh plak bebel tah macam mak nenek je aku tgk penghantar surat tuh! Marah kat aku la konon. Aku apa lagik! Ckp la... Sape suh tekan bell cam org dlm rumah pekak? Sabar tak boleh? Masih... Ada hati nak tegakkan kebenaran, suh aku tgk dulu b4 bukak gate. Haloo... Org bodo mane je tak tau... Auto gate, klau bukak satu pintu, sure kanan yg terbukaknya.mane ada bukak kiri? ... Bbtol la tak pakai otak. Malas aku nak melayan.

    Klau satu hr aku jumpa 5 org cenggini mmg buat aku mkn diorg hidup2. Tau!

    No manners at all!

    Km/Jam

    Pagi, htr aris dan mirul. Pastu aku pi hl hq (jln raja chulan) beli brg. Pastu pi plaza damas, hartamas ambil brg mil kirim kat mak aku. Ahad tu mak balik kg (tanjung karang), sib bek kasi tau ke mak esah. Klau tak... Mesti dia duk teringat2 bahulu gulung sana tuh. Ehehe...


    Owh... Dlm pada kulu kilir, aku bbtol PA mobile. Asal boss aku call n suh Buat itu ini, aku benti traffic light pun jadik utk tulis notes. Haha... lawak2.


    Disebabkan no urgent matters, aku melangkah ke putrajaya utk tgk isteri sepupuku yg baru bersalin last friday. Nape tak jenguk sefamily? Owh tidak.... Kang abis semua especially baby berjangkit batuk selesema. Anak aku dedua tak baik batuk selesema. Ubat sampai ambik lagi kat klinik. Haru sungguh. (as usual.. aku lupaaaaaaa nak snap gambar.. huahauhuahauahua.. camera duk dlm hbag jadik pekasam gayanya... :p)


    Alhamdulillah! Baby pun sihat. Cuma ada kuning ckit. Aku nak balik smalam pun depa nak bawak pi klinik utk further check up.harap2 semua ok. Namanya? Nur zara batrisya... Pergh!... Mcm kaya je ek bunyik nama tuh. Hahaha! Insya Allah... Mane tau.. Dah beso kaya Ngan ilmu. Kan?... Hehe... Ni leh geng ngan anak arin la nih. Hehe...nama pun iras2 dah.


    Pastu, aku balik, sambung keja off ckit. Pastu, baru masuk 2nd off. Adeh... Masak beb! Ari nie pes time aku masak kari. Kari ikan tuh. Lepas masak aku tgk cam cair.tapi bila mkn ngan nasik cam ok jek. Disebabkan abah balik lambat, aku mkn ngan mirul dulu lah. Mirul mkn ke? Dia hirup kuah kari tu jek ngan ikan goreng ckit. Lebihnya... Aku yg ngap! Huhuhu... Duk umah sendiri nak ngelak bazir punya psal, aku Mkn je ler... Pastu tonggak la tea 2 mug. Ke washroom je keja selagi tak clear minyak yg aku mkn tuh. uhuk2.:p


    Eh.... Apa citer pengguna2 herbalife ku diluar sana? Mementang la aku tak on ym off hour, diam belaka ya? Hehe..sila call kalo ada sebrg kemusyikilan k.


    (kakak aku cakap aku pengedar HL yg garang. iye ke??? bukan garang lor.. tapi caring. kang beli brg memahal, tak nampak perubahan. agak2 nama sape yg buruk??? aku gak. hukhukhuk...)

    Thursday, March 12, 2009

    BMW 6/3/2009



    Aku serempak keta bmw ntah bape series nie kat selekoh midvalley ke arah bangsar.

    Aku pun ngomel la sensorang…


    “bagusnya la hai mat saleh nie duk dlm keta takde bumbung nie kat tgh bandaraya kl. Merah2 muka dia duk menahan panas n abuk yg duk sapuuuuu kat muka dia tu… kot. “


    Ngehehehee….tapi bukan dia yg drive. Ada org len yg drive. Sekali masa lepas traffic light, baru la kitaorg side by side. Aku sempat gak nengok mamat yg drive tuh. Tapi mcm duk ngaber (cover) muka. Tak tau la sbb panas ke malu ke hape ke….


    Sekali toleh. Eh… cam kenal jek muka tuh. Dua kali toleh…. Lerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr


    Datuk angkawasan negara ghopenyer….


    Tak leh la nak snap kan… gilo apo…. Tgh drive aku ni pun. Kalau ada co driver pun lom tentu nak tolong snap kan gambo. Hahahaha!


    Tapi keta tuh… uish… cun ooo… bmw 2 seater siap bumbung leh tolak tutup tuh. Phewww…..

    Yg bawak tu mmg tak bape nak heran sgt. Tapi keta tu gak la menyebabkan aku berhiya nak tgk sape yg bawak. Atleast dpt gak aku tgk live muka datuk sheikh muzaffar tu kan??


    Hensem ke?? Erm… biasa2 je kot. Lagipun takleh nak belek muka dia sbb sibuk beno dia duk borak ngan kawan dia sambil duk cober muka. Adecit! Malu ke??? Heh!


    Ala.. telawi area… sape la tak penah mai. Pastu yg girls tak rupa artis pun ramai gak cam artis kat ctu. Cam lawak harem jek.! Sakit betol mata tgk pakaian deme. Opsssss... babas plak aku . Ngeeeeeeeeeee


    (nak label apa ek dia nie??? artis leh??? gamer dah ghope artis dah skang nie... ekekeek)


    Demam (5/3/2009)

    Last week 2 hari cuti dr nursery, on wed hantar, tros dpt ‘hadiah’ dr kengkawan ya aris???

    Batuk ngan selesema!!

    Aduh.. seksa je aku tgkkan muka dak sorg nie. Ikutkan dia tak byk sgt meragam. Tapi bila tiba dia tak selesa…. Mula la buat perangai.

    Aku lom pi klinik sbb ubat aris ada lagi. Bagi cam biasa. Tapi makin lama makin teruk plak tgkkan dia.

    Batuk dia berkokol2. mcm byk sgt kahak. Even mirul pun dah terjebak kena penyakit. Sabtu, batuk mirul paling teruk. Tapi adik makin teruk hari selasa baru nie. Aku tak tahan nengok/dgr napas dia waktu mlm, terus bawak gi klinik.

    Siap sedut gas lagi sikenit nih. Sib bek pakai kad abah ko. Kalau tak… mane plak la aku nak korek duit. :d

    Since that day, aku pun terkelepok penat. Ngantuk menjadi2. termasukla tak tahan mata sbb mlm duk monitor aris.

    Semalam aku flat dgn selesama. Siap doc bagi mc. Kengkonon suh rehat jaga anak kat rumah. Aku singgah nursery, diorg suh tinggal aris. Wah.. tetiba sihat plak aku tgk aris jumpa kengkawan. Heheheh.

    Tidurkah aku?? Hahahaha… tak jalan pun. Nie sume tv nyer pasal. Hahahaha…(sendri salah, lagi mau ckp tv) ;p

    Amirul tinggal kat umah subang. Aku, balik puchong mengemas n masak. Lepas tu amik depa balik umah dah petang kol 6. baru la rasa yg badan sgt sakit. Nak tido??? Anak dah ada kat rumah jgn harap ler… mau kena kacau jek.

    Last night, aris nangis nak susu. Buat kan, minum habis. Tapi… dia batuk berhiya… muntah la apa lagik. Adeh..

    Mamai aku dibuatnyer. Abah?? Sesame demam gak tuh. Selesema n batuk. Apa2 pun… mak jugak la kan kena tgk anak. Lagi kena bebel ada la aku nie.. iskh.. sabar je la..

    Udahnya… aku tak bagi aris minum susu wpun dia nangis cam lapar. Huhuhu… after melalak sungguh2, baru la aku bagi susu. Itupun aku buat dua sudu je. Bagi dia ilang lapar. Udahnya.. sampai pagi dia nyenyak… huhuhu…

    Kesian aris… mcm nak tarik jek kahak dlm tekak dia tuh. Huhuhu…

    3/3/2008

    Lamanya…

    Sejak office takde internet connection, umang aiii… buhsangnyerr la haiiii…

    La nie.. wpun takde aku masih ttp tulis draft. Kat word pun jadikla…… ekekeke…


    Apa citer baru???

    Huhu… bukan tak mo updet kat rumah?? Tapi kat rumah baru dpt masuk line pun last week. Itupun tak try lagi leh guna tenet ke dok.

    Harap2 boleh la gamaknya..


    Oh iya…

    Saya dah pindah ke rumah sendiri!!! :D

    Nak kata pindah umah baru, beli dah lama.. Cuma masuk jek belom laie.

    Jiran tetangga semua dah ramai. Rasanya lane tuh, kitorg je baru tercatuk2 duk umah sendiri. Hehehehe.

    Takpe… biar lambat asal puas hati. ;D


    Tak la buat major reno, Cuma tambah kitchen area je. Lelain maintain. Lagipun umah tu dah ok dah dr memula beli dulu. Cuma, sliding aku tukar jadik tingkap biasa. Sbb malas nak pk buat langsir byk meter. Hehehehe…


    Gambar??? Huhuhu…tak dan ooo nak amik. Lagipun aku masih dlm keadaan menyesuaikan diri hidup sendiri. Dedolu balik umah leh lepak2 depan tv sambil lipat kain. La nie…. Kena kejar masak ngan karenah dua kenit tu lagik.


    Tapi kalau dah tak larat sgt, beli je la bah ek??? Hehehe… amirul seronok sbb astro kat bawah. Tetiap hari pun ngadap mende alah tuh. Takleh tukar dah. Kita plak tensen memalam tgk kartun. Huhu…

    Aris plak masih mcm dulu. Asal amik dr nursery, takleh berenggang. Aku hilang dr mata dia, mula la merengek cari satu rumah. Yg pelik tuh, mkn minum tido semua dah cukup. Tapi nak kita layan la tu kot. Aduyaiii….umi tak cukup tangan la dek. Abah ko plak balik tak tentu masa. Lambat balik mmg aku yg tensen…


    Kekadang aku buat kerja, dia duk ngekor sambil hek..hek.. bila dah kuat skit aku dukung lah.. baru dia diam … mcm2 hal dak kenit tuh.


    Miss all so much!!!

    rindu nyerrrrrrrrrrrrr kat blog sendiri!!!!

    disebabkan tenet office ada prob, dan aku sendiri masih dlm situasi menyesuaikan diri duk umah sendiri... ini la padahnya....

    internet, blog kerja2 sendiri semua terbengkalai.

    (tapi.. kerja opis masih ok tuuu.... bagus la kan... hiks!!)

    today, aku baru setup tenet kat desktop opis yg aku cilok bawak balik rumah. hahahaha!

    udah bos bagi... aku on jek. lagipun keja dr rumah, aku claim mane patut jek. save duit minyak ckit. (wpun duit lain jalan gak... huehueheuheu...)

    nak kata skang keja home base... mcm belum lagi sbb once a while aku kena jumpa boss kat off jugak. cuma aku sgt memerlukan file dlm desktop nie n oso tenet line. kalau tak... kerja aku mmg takleh jalan. huhuhuhu....

    lelepas nie...sah2 la entry backdated ek.

    selamat bertemu kembali kengkawan!!!!HiHi-ya!

    Friday, March 6, 2009

    Nasi Lemakkkk!

    Aduh… lama nyer rasa tak mkn nasi lemak pepagi. Cam rindu dendam jadinya… miahahahaahaaaa!!


    Disebabkan tetiap pagi all the way ke subang akan lalu bykkkkkkkk gegerai jual nasi lemak… akhirnya… pagi nie aku beli gak sebungkus tuk diri sendiri.

    Disebabkan masih baru duk puchong, aku agak2 ramai tu..aku benti la beli. Hahahaah… leh pakai ke?? Mane tau sedap ke kan?? Hehehe)


    Aku lalu ikut puchong intan. Mmg byk gerai jual kueh mueh nie. Ikutkan area umah ada. Tapi arinie bila nak beli idokla pulak deme meniaga. Jumaat kot. Esok lusa nak all out niaga. Mane ku tahu…kan??


    Amirul dan aris aku bekalkan kueh mueh.(wpun dah minum susu campur shake pepagi hari, ttp aku belikan mknn.. hehehe)

    Sesebelum nie aku singgah beli kueh tuk amirul jek. La nie aku beli bawak ke mak pak la pulak. Masa duk ngan depa, selalu pak pi cari bekfast. Paling aku ingat masa ngandung mirul. Kan aku cuti pjg masa tuh, mmg tetiap pagi pak belikan mkn . Tu pasal naik badan tak hengat. Hahhaha!


    Ops… citer pasal nasi lemak… aku pepagi dr rumah mmg dah bancuh shake. Utk minum sambil drive. Itu minum sampai habis.


    Yang harunya….. aku tak la lapar. Tapi nak jugak mkn nasi tuh. Udahnya… jam 12.00pm aku dah melantak nasi lemak lauk paru goreng garing bercili. Wah!!! Penuh tuh.. miahahaha…

    Shake abis kol 9.45am, kira tak sampai 3 jam aku dah mkn ek?? Hueheuheue… ter reverse la result jadinya… miahahahah… takpe… nnt saya minum tea sampai kembong plak. Ekeekek...

    Erm… esok nak masak paru lah. Tapi pandai ke abah carik??? “berangan”

    Disebabkan makan di kala keinginan yg tinggi… nasi tu cam sedap je kurasa. Ekekeke.. tapi paru dia kalau org takde gg mmg payah nak mkn. Dia garing dan rangup. Penat nguyah.


    Hai………. Cemane la aku leh terjebak suka mkn paru n organ dalaman yg lain ek??? Hueheueheu…

    Yg pasti, hati lembu masih takleh masuk kat tekak. Hueheuheue…