Wednesday, August 12, 2009

Bergedil Daging

heheheehe.... sejak bila la aku nie rajin nak tepek resepi kat dalam blog nie kan???

bukan rajin... tapi dah mcm tak reti nak citer apa. lagipun aku dah janji ngan sape ek... dulu la.. dulu... bila dia tgk bergedil goreng, tingin nak makan.

kalau nak order dari aku?? boleh je... aku buatkan seketul RM.80. mahal ek?? uish.. aku yakin tak rugi beli. tehehehe... (berani aku nak amik order??? lom cuba lom tau :) )

tapi... aku sgt suka nak kongsi resepi nie lelagi dah nak posa sbb buat ari nie, stok dia sampai seminggu. takpun... suka hati la nak simpan bape lama dlm fridge.

(kelemahan aku... bagi resepi tapi penerangan pjg gile lebar. :p ..takpe.. aku suka bagi tau ala2 aku berckp ngan korang face to face :D)

bahan2 nyer... ( utk dapatkan lebih kurang 20 bijik. saiz?? er... kecik ckit dari tapak tgn aku :))

400gm daging (kalau beli kat pasar ckp utk goreng. tak la semahal daging batang pinang. bhgn yg mmg aku tak tau tang mane depa amik dan apa nama dia. :d)
8-9 biji kentang ( saiz besar. secara logiknya yg paling besar ada kat pasar or supermarket)
10 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
daun sup (sedikit sahaja)
lada hitam
garam

cara2 pembuatan;

1. kupas kentang dan potong ala fries. tapi lebar2 dan tebal. goreng. tapi jgn garing sgt. ala2 dah kuning2 coklat leh angkat tos. tumbuk kentang utk lumatkan.

2. siap2kan bawang kecil dan putih, potong utk dibuat bawang goreng. gorengkan sehingga masak. toskan minyak.
3. potong daging nipis2, dan goreng dgn minyak yg sangat sedikit. lebih kurang satu sudu besar. tunggu sehingga air daging kering. kalau rerasa daging tak goreng sepenuhnya, leh la tambah air sikit. tutup dan tunggu dia kering. toskan daging. dah sejuk, blend kan daging. (nak tumbuk pun boleh tapi... larat ke?? tehehehe).

sebelum di blend

selepas di blend

4. tumbuk lada hitam dan garam secukup rasa. kalau suka lada hitam lebih, boleh je bubuh. secukup rasa.

5. potong daun sup dan masukkan ke dalam bekas beserta semua bahan2 dia atas. gaulkan.


6. boleh la di bentuk seperti bergedil. cemane ghopenyer??? mcm nie... :D


7. simpan stok dlm freezer dan kalau nak mkn, sediakan telur sebijik utk menggoreng.

dah siap... takyah pk nak mkn apa sahur nnt. mkn nie semata ngan nasi+kicap pun sodap.

cuba lah... kalau tak menjadi, leh ty zana lagi. tapi.. ni sape follow gerenti boleh lah! :D

pernah cuba buat beli kentang kat satu pasaraya, tah kenapa, kentang tu mcm melekit2. adeh.. bergedilku tak bape menjadi.

Dek kerapnya membuat,.. alhamdulillah... terasa sekejap je kerjanya. memula dulu mmg rasa lamanya nak menyiap. tapi bila dah terrbiasa... ok je...(masaelahnya... aku plak yg takleh nak makan. hueheuhue.. buat pun utk abah bebudak nie.. sbb dia paling payah makan. tehehehe )

cuba okey.. gerenti tak rugi. resepi zana mmg extra daging. tu yg bergedil tu nampak golappp jo. :D

9 comments:

fazmila said...

wahhh..kak jannah..leh try nanti...terliuq jap beb..

Elyn Sani said...

begedil mmg pebret aku so mmg kene tau la resepi nyer.... owh ade satu cite aku pernah buat begedil IT. x caya ko tye abah aku ekekeek

Raihan said...

mcm nilah baru aku suka... ada gambo step by step. aku tatau lak daging tu kena goreng dulu rupanya. [nmpak sgt aku takpenah buat]

aku dok bayangkan, daging tu kena blend terus mentah2..

Unknown said...

wahhhh..
rajin bebenau ko masak...
meh r cuber aku nyer bedegil haku..

Kujie said...

zana......wah..kak jie suka resepi ni...mesti cuba.

kalau guna daging cincang ramley burger tu boleh tak?


org malas yg tanya..kehkeh

Hahn 3rd said...

air liurku dah jejak ke lantai dan mengalir perlahan-lahan kearah dapur...lalu ko sedut semula...

teringat begedil arwah nenek yg sedap ituuu...

Zana S said...

mila
sila2 cuba.. sure mak mertuamu sayang ke mu lebih. ekekeke! (sila sorok sbb kakak ipaumu mmg kaki mkn begerdil) miahahaha!

elyn
bergedil IT??? mende tu weh! ko nie mmg la selalu wat mende pepelik. :p

Raihan
kalau daging tu tak goreng, ko goreng bergedil tu cemane?? aku goreng minyak tak banyak. ala2 tutup satu side jek dlm kuali. dikhuatiri ko takleh simpan stok sbb takut tak tahan. cepat bau semacam kang.
tak pun kalau ko tak goreng dulu, masa ko goreng begedil tu tak masak dlm. hueheuheue.. mkn mentah weh! ko cuba buat. sebelum kena goreng pun mencah leh mkn. anak aku lebih suka yg belum goreng. :D

kalau ayam mungkin kot. sbb mak aku buat ayam pun tak goreng. trus bentuk mementah. :D

buyen
kalau ko org jawa tak tau buat mmg aku piat tinge ko. miahahahha!
yg segera ke?? boleh2... aku nak pree sample sebijik dua. ekekeke...

kak jie
ekekeke... cuba kak jie.. jgn tak cuba. sedap!

zana tak penah buat pakai daging cincang sbb nie mmg resepi mak mertua zana. tak bani nak tukau kang cik abng zana buat details inspection pada bergedil tuh. ekekeke...

buat yg daging goreng lagi sedap kak. leh bajet. :D

hahn 3rd
huehueheue... kutip jgn tak kutip. :D
nie pun resepi org lelama. org bujang pun leh buat tau..cik abang ku pun tau buat mende nie. cuma.. ada bini takle dia heran nak buat. tehehehe..

tini said...

begedil.. sedap neh! penah mkn yg pakai daging burger. pun sedap. tp i bet resepi ni mmg mnjadi r sbb dr mak mentua! =)

Zana S said...

tini
cuba la dulu.. baru tau sedap. tapi mmg sodap. tehehhe!