Friday, January 22, 2010

Bluberi Cheese Cake

My own cheese cake!

resepi?? amik dari resepi di myresepi,

menjadi. tapi.. ade sikit kekecohan disitu, saya tak jumpa fresh cream, saya guna whipping cream. agak pelik dan sah2 la tak betul rasanya. akak tu punya gebu, saya punya penyek jek. tapi rasa? tidak mengecewakan.. tehehehe.. lagi satu, saya tak buh buah beri tu pun. just buh jem wild beri jek. lain la kot. tapi... ok ma.. leh cuba utk isi lain plak.

oh iya.. akak nie guna gelatin, tapi saya guna agar2. sukatan?? er... pakai suka hati. nnt next time saya cuba, saya amik sukatan utk you all k. :)

er... fresh cream tu rupa cemane??? hahaha! (dah siap baru nak tanya.. :p cari tak jumpa plak kat mydin tuh. haiyaaa!)

nak cuba?? meh saya link ke copykan resepi kak yani nie ya..leh tengok gambar jugak kat sini.

nonbake bluberry cheese cake

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 80g Graham cracker/biskut digestive atau apa-apa biskut yg sesuai
  • 40g butter
  • 200g cream cheese
  • 30g gula halus
  • 1 biji kulit lemon
  • 4 sudu kecil madu
  • 60g plain yogurt
  • 70g fresh milk
  • 12g gelatin - cairkan dengan 3sb air suam
  • 125g fresh cream
  • 1 biji jus lemon
  • 6 sudu besar jem blueberry
  • 70g blueberry fruit

  1. Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar hancur.
  2. Masukkan butter ke dalam beg plastik tadi. Ramas-ramas dengan biskut biar sebati.
  3. Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biskut biar padat. Loyang yang digunakan mesti yg boleh dicabut pada bahagian bawah. Kemudian simpan dalam peti ais sehingga hendak digunakan.
  4. Pukul fresh cream sehingga bila diangkat akan terbentuk macam tanduk.
  5. Dalam mangkuk lain, cairkan cream cheese dengan meletakkan mangkuk yg ada cream ni ke dalam air panas( beralaskan air panas) Kemudian masukkan gula, madu dan kulit lemon ke dalam cream cheese. Kacau biar sebati.
  6. Masukkan pula yogurt dan susu ke dalam mangkuk di langkah ke 5. Kacau biar sebati. Pastu masukkan gelatin. Kacau lagi.
  7. Campurkan adunan cream cheese tadi dengan fresh cream yg telah dipukul tadi. Masukkan juga lemon jus. Kaup balikkan dengan spatula sehingga bergaul mesra.
  8. Ambik 1/4 dari adunan. Campurkan dengan 6 sudu jem. Kacau rata.
  9. Kemudian masukkan 1/4 adunan jem ni ke dalam adunan selebihnya. Kacau perlahan biar jadi bentuk mable.
  10. Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang yg ada biskut tadi. Taburkan pula dengan blueberry fruit. Masukkan pula adunan yg selebihnya.
  11. Simpan dalam peti ais sehingga beku.

3 comments:

lily lotus said...

zana ada buat bisnes cake ke..hohoho

tini said...

ah sudah.. pehal sume rajin masak 2 3 menjak neh.. cake tu nampak sedap, meh sket!!

Zana S said...

lily lotus
blom pandai nak amik order mau kena maki dek customer. hahaha!
buat mkn sendiri je :D

tini
duk umah kena byk kan skill gamaknyer. kalau keja skill lain, duk umah skill lain. ek??
nak ke? ada sepotong laie.. meh zana mkn onbehalf.. :D