Aku dapat nie dr e - mail yg di forwardkan menerusi satu laman kesihatan yg aku join. korang bacalah.. moga2 jadi iktibar buat kita semua... :)
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun
kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit
jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan
disegani di kampung beliau.
Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara
menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri
Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil
merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara
Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau
merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya
membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada
arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun
sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan
merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil
bertanya akan sebabnya.
Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar
jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya
ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka
milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan
anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya
bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham
sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam
perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping
itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan
kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil
waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut
dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang
anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang
bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya
diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli
perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan
anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama
rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak
saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak
perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15
ekar
seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya
diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak,
dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk
menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin
lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta
mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah
dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah
surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.
Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik
lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar
dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras
kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah
proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang
digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan
satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu
banyak
dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling
berharga."
"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun
pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa
sakit apatah lagi jika aku sihat."
"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar
rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum
anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak
pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia
mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."
"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas
seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang
sebagai pengganti ibu)."
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis
faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa
berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan
apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna
kepada kita sebagai umat Islam
-she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband-

1 comment:
Huh, kelu lidah untuk berkata-kata...
Post a Comment