Wednesday, July 18, 2007

High 5!

Terpanggil aku dgn iklan nie setelah membaca blog kakak nie.. hehe.. baru je kenal tapi best duk godek blog kakak nie... tehehe..(kak.. dapat nama ari nie.. hehehe.. jgn mare ek.. promo2.. tehehe).

Dr 1st time nengok iklan nie mmg.. aku terpk.. apa kes dak kecik nie yg duk langgar rules tapi end of the advert di maafkan ??? soooo confusing. dah la wat pangai tak baik.. lastly potong que.. ape pulak? dan2 je di maafkan. mmg pelik dan ajaib la kan... takde ciri2 berbudi bahasa langsung.

Aku ingatkan aku sorg je yg membebel depan tb. rupanya ramai yg alert dgn iklan nie.. tehhehee...
yg bestnyer... dlm paper ari nieh pun ada tulis akan apa tindak balas org ramai.

Rata2 setuju yg iklan nie telah membelakangkan nilai2 berbudi bahasa yg cuba di terapkan oleh kerajaan mesia. Oleh itu.. aku harap sgt yg pihak pengedar roti tu boleh ambil tindakan yg sewajarnyer bagi menunjukkan teladan yg baik kepada kanak2 hinggalah ke org dewasa dgn menarik balik iklan itu dan gantikan dgn iklan yg lebih peka kepada gaya hidup sihat masyarakat mesia.

Kat cnie aku buh keratan paper tu utk sama2 kita baca. :

Kecewa iklan tv siar tingkah laku ‘budak biadab’

KUALA LUMPUR 17 Julai – Ibu bapa dan para pendidik melahirkan kebimbangan mereka akan kesan negatif iklan televisyen terhadap perkembangan tingkah laku kanak-kanak dan mendesak kerajaan supaya lebih tegas dalam penyiaran iklan yang boleh merangsang minda anak-anak untuk melakukan tabiat buruk.

Satu daripada iklan berkenaan, menurut mereka, memaparkan seorang budak lelaki comel tetapi nakal yang melakukan beberapa gelagat nakal semasa dalam perjalanan menuju ke kedai untuk membeli roti.

Budak lelaki itu memotong barisan di kaunter bayaran, dengan mesej akhirnya yang disampaikan kepada penonton bahawa dia dimaafkan ekoran tingkah laku biadabnya.

“Ini memperolok-olokkan kempen kerajaan supaya menjadikan budi bahasa sebagai amalan hidup. Apakah yang ada untuk dimaafkan? Adakah kita mengamalkan sikap kurang ajar?” soal seorang ibu kecewa, Zaidah Zainal, dari Green Valley Park di Bandar Tasik Puteri dekat sini.

Zaidah, yang bertugas sebagai pengurus wad di sebuah hospital kerajaan, adalah seorang daripada ramai ibu bapa yang terkejut apabila menonton siaran iklan televisyen yang memperlihatkan tingkah laku biadab dan kenakalan budak lelaki itu.

“Kami tidak menentang label roti berkenaan tetapi pengeluar jenama roti itu dan agensi pengiklanan berkenaan hendaklah bersama-sama berfikir sebelum menghasilkan iklan yang sedemikian, yang meletakkan rakyat Malaysia dalam situasi buruk terutamanya dalam kalangan orang asing,” katanya.

Zaidah berkata, beliau faham tujuan di sebalik iklan itu ialah untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan cergas dengan memakan roti, tetapi malangnya iklan itu memutuskan untuk memberi gambaran yang salah terhadap perkembangan hidup kanak-kanak Malaysia.

“Orang asing yang masih baru di negara ini mungkin mendapat gambaran bahawa kanak-kanak Malaysia sememangnya mempunyai tingkah laku biadab,” katanya

Seorang pendidik, Arshad Mad Rejab berkata, beliau terkejut menonton iklan itu di televisyen.

“Pada suatu ketika apabila kita patuh kepada nasihat (Perdana Menteri) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan budi bahasa sebagai satu amalan hidup kita, satu iklan televisyen, secara tidak sengaja menunjukkan satu aspek sangat negatif kehidupan Malaysia,” katanya.

Menurut Arshad, pengeluar jenama roti dan pengiklan mungkin tidak berniat dan tidak sengaja untuk menonjolkannya tetapi perkara itu seharusnya difikirkan dengan teliti sebelum memutuskan untuk menghasilkan babak yang menggambarkan kanak-kanak Malaysia secara negatif.

“Ini merupakan suatu yang malang pada ketika rakyat Malaysia yang dinasihatkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan supaya berbudi bahasa sebagai amalan hidup kita, iklan yang sedemikian disiarkan di televisyen.

Beliau berkata bahawa akan timbul situasi apabila kanak-kanak mencontohi tingkah laku biadab budak lelaki seperti yang ditonton di televisyen itu kerana imej televisyen boleh “berjangkit.”

“Ini merupakan satu perkara yang mengecewakan apabila para guru, seawal dari peringkat sekolah tadika hingga menengah, bertungkus lumus berusaha menjayakan kempen “Budi Bahasa Budaya Kita”, kita pula tiba-tiba disogokkan dengan iklan negatif mengenai budi bahasa dan kesopanan amalan hidup Malaysia,” katanya.

Aktivis pengguna dan sosial, Gurmukh Singh mendesak pihak berkuasa supaya mengenakan pemeriksaan yang ketat terhadap iklan televisyen.

“Tidak dinafikan bahawa iklan ini bertujuan mempromosikan jenama tetapi tidak semua orang dapat menerima bulat-bulat hakikat bahawa apa jua kesalahan adalah tanpa niat.

“Televisyen mempunyai liputan yang amat luas. Oleh itu, pengiklan hendaklah berhati-hati supaya tidak menghasilkan satu jalan cerita kontroversi terutamanya yang melibatkan kanak-kanak,” katanya.

– BERNAMA (petikan utusan malaysia)

7 comments:

Orked said...

Tu la kan....otak org yg wat iklan ni create tak kena tempat. Dlm iklan tu satu pun babak positif tak ditayangkan..semuanya negatif..budak2 tgok macam tu..persekitaran iklan tu yg hari2 dia org tempuh..tentu teruja utk mencuba spt yg dilakukan oleh budak tu...

Lucca D Jiwa said...

yupp.. btul tu... kreativiti pun ade batas2nye kan? x perlu terikut2 ngan budaya barat yg rendah nilai moralnye...

Sue said...

tu la betul tu....tah hape² punye iklan...sape la pengarah iklan tu ek??? kepale otak letak kat lutut agaknye...

Zana S said...

kak jie... betul tu kak.kanak2 skang nie makin pintar. apa yg ditunjuk dlm tv.. mesti diorg nak cuba buat. klau tak.. mesti kejadian 'superman' dulu tak jadi kan..

lucca de jiwa... mekasih dtg jengah blog saya. :) kreatif yg tak kreatif lgsg. kalau kat barat.. mungkin biasa tapi... diorg pun tak suka sebenarnyer.

Myheart... pengarah tu nak buat sesuatu yg lain dr kebiasaan. tapi... tak sampai maksud lagsung. zana rasa la. hehe.. mane tau iklan tu kena cut ke. hehe.. Wallahualam ..

Orked said...

eh..ade promo² ke kat sini, tak pasan..heheh..tak pa hujung minggu ni kakjie blk kg...bawa kulit durian..hehe!

Lestat said...

Tak patut..tak patut..

Anonymous said...

br jek dpt tgk iklan nie tp x phm la ape motif sebnr.ape kena mengena ngn roti..?? *penin*