Tuesday, July 24, 2007

Qari Johor, qariah Sarawak johan tilawah

MELAKA: Qari dari Johor dan qariah dari Sarawak muncul johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-50 yang diadakan di Dewan Utama, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh, di sini, malam tadi.

Aziz Mustakim menewaskan 14 qari yang mengambil bahagian dengan 79 mata, manakala Amnah Ayup yang menperoleh 82.67 mata menggunguli 13 qariah lain.

Aziz dan Amnah membawa pulang wang tunai RM10,000 seorang beserta pakej menunaikan fardu haji, piala pusingan dan hadiah iringan.

Naib johan qari disandang Amirahman Abas dari Wilayah Persekutuan dan qariah pula, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzamen dari Perak masing-masing menerima wang tunai RM7,000 berserta hadiah iringan.

Tempat ketiga bahagian qari diraih Zul Hashimi Mohamed Yunus dari Pahang, sementara Raziyati Mohd Ali dari Terengganu memenangi bahagian qariah, mereka menerima wang tunai RM5,000 seorang berserta hadiah iringan.

Manakala johan keseluruhan dimenangi Perak dengan 77.83 mata.

Hadiah disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Hadir sama isteri Mohd Khalil, Toh Puan Zurina Kassim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Mat Zin; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman.

Tahniah buat Amir. walaupun dpt tempat kedua tapi dia mmg bagus dlm bacaannyer. Last year 2nd place utk Akademi Al- quran n this time around pun tempat kedua. Langkah terbaik utk dia bergelar qari terbaik. alhamdulillah... rezeki Allah. :)

Siapa dia nie? sebenarnye dia nie adik kepada biras aku. yakni abg ipar aku punya adik ipar. er... ok tak?
Dia pun satu2 nya anak lelaki dan walaupun dia tak minat dgn kerja2 mcm kakak dia ( sorg lecturer n sorg bank officer) atleast... sejuk perut mak dia ngandung sebab minat dia yg mendalam terhadap Kalam Allah ni.

(teringin nak anak macam nie :))

2 comments:

mad redo1 said...

mmmmm... mad redo1 punya mak selalu je cakap "sedapnya kalau anak kita jadi macam tu..." setiap kali ada Tilawah Al-Quran, mad redo1 hanya kelip2 pasal tahu suara tak lunak so mengaji pun senyap2... hehehe...

Zana Sadri said...

Hehehe..sama la kita. 'seperti pernah ku dgr ayat tu tapi di mana ya' :D

Selagi kita menghayati dan mempelajarinya nya, selagi tu ada bahagian kita. cuma nak ngaji lagu2 tu dok reti la pula.. hehe

*teringat arwah atuk.. klau ada tilawah dia akan duk depan tv ngan Quran dan tafsirnya sambil buka volume sora mcm nak pecah speka* :D