Friday, September 21, 2007

Al Fatihah

Mayat dalam beg sah Nurin

Oleh Jalal Ali Rahim, Hardi Effendi Yaacob, Hanneeyzah Bariah Baharin, Ifwan Tun Tuah dan Nahar Tajri


GAMBAR (kiri): Mayat ditemui dalam beg, (kanan): Nurin Jazlin Jazimin.

Ujian DNA dapati 99.99 peratus sampel darah budak hilang sepadan ibu bapa

SHAH ALAM: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan sampel darah mayat kanak-kanak yang ditemui dalam beg pakaian di Taman Petaling Utama, Isnin lalu, sepadan dengan ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu.

Keputusan ujian yang diperoleh polis pada jam 2 petang semalam itu, dimaklumkan kepada ibu bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman sejam selepas itu. Bagaimanapun kedua-duanya, yang dipanggil sekali lagi untuk membuat pengecaman mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), menafikan mangsa pembunuhan kejam itu adalah anak mereka.

Berita Selanjutnya..


Sedih sungguh bila dpt tahu mayat tersebut adalah anak yg dicari selama ini.. Alfatihah buat adik Nurin.. Moga rohnya di tempatkan di kalangan org2 yg beriman dan org yg menderanya hingga ke akhir nyawa akan menerima balasan yg setimpal di dunia dan akhirat.





No comments: