Monday, August 30, 2010

Geram!

bukan geram apa... geram dan rambang mata bila tgk brg2 hiasan rumah kat Nilai 3 hari sabtu haritu.

gile tau! mmg byk pesen baru yg cantik2 belaka. cuma sedia duit ngan ruang letak brg kat keta jek.

saya beli apa?? hehe... takyah reveal lah.. saya beli brg yg kecik2 jek. yg pasti dari last year nak beli tak terbeli2. asal ada udahla.. nak berlawa, tak mampu eh. mau anak saya ranapkan nnt. :D

nampak je diorg nie ala2 berbudi bahasa ngan org lain (yakni pemalu) tapi kalau kat rumah, ceruk mane depa tak panjat, celah mane dia tak sepah, perabot mane dia tak kasi dent. mmg rumahku syurgaku betullah!

berbalik pada Nilai 3, mmg meriah lah! saya berkenan ngan bunga yg beranting pjg tuh. tapi... tang mane nak sumbat keta chumel ku itew??

takpe... leh ikhtiar.. hahaha! nak jugak!

anak? ada yg saya ikat tgn depa bila ada bunga nih. sebab apa?? amirul ngan aris mmg suka kutis2 bunga.

mcm bunga ranting kat umah kawan saya kat klang itu hari, dah dua ranting kecik dia patahkan. seb bek shaz ckp bunga lama ek shaz... kalau tak.. mau kena ganti ooo...

anak bertuah!

abah kata leh gi lagi weekend nie. kita wait n see lah. gi ke dok. tapi yg lagi syiok, dari umah saya, ikut jln salak tinggi, sepang, takyah tol! tu lagi la buat abah kata OK tuh. wah!!!

nak jugak bunga tuh!!! ngehehehe! ( itupun abah duk ulang ty betul ke.. betul ke..) ishk... lagi ty byk2 kang merajuk kang... hahaha!

Bila Abah Tiada...

untuk berbuka bersama maksudnya...

bolehla saya buat2 lupa nak buat kueh. hahaha! (femalas funyer fini... :p)

tapi kebiasaannya mmg abah akan cuba sedaya upaya berbuka dirumah.

kalau 2 minggu awal semangat nak buat kueh berkobar2, la nie mmg angin malas tu udah mai.

asal buat satu mknn berat, satu je la kueh saya akan buat.

tu pun abah duk ty, nak buat kueh apa hari ni. kalau jatuh weekend mmg malas gaban. tapi kalau hari kerja, ala2 jugak la buatnyer.

macam last friday, abah ada buka puasa kat office, saya pun berangan nak masak utk bebudak.

walaupun tak posa, dia selera nak mkn ngalah org puasa. iyela kot, siang mkn ala kadar. org buka dia pun mkn besar.

hari tu buatla pizza utk mirul. dan masak nasi ayam untuk saya dan aris.

alhamdulillah, selera depa makan. nasi ayam pun ala2 je. lagipun aris makan nasi ngan sup je.

saya pulak, makan nasi ayam tu dgn hanya goreng ayam drumet.

sgtla inovatif. asal dan. tehehehe....

siap bawak ke sahur tuh.

leh kira ngan jari makan nasi waktu berbuka dan sahur.

seingat saya, kalau sahur masuk 20 hari puasa, 4x je makan nasi.

abah pulak makan nasi yg digoreng sahaja. baru sekali buat. ehehehe... (nampak tak rajinnya saya.. kan).

takpe2... asal buka mkn mewah ok la tuh.

setakat hari nie semua dah buat kot. mee kari, roti jala, mee hun goreng, mee sup, bubur lambok, kuey teow cantonese, nasi ayam, spagetti bolognese/ goreng, semua dah belaka..

sekarang... saya sudah kering idea nak masak apo. nasi berlauk kah???

waduh... mmg nak mkn sambal tumis udang+petai+belimbing buluh. tapi abah mau makan apa??? majuk kang.. saya gak yg susah. :p

masih mengekalkan rekod ke param paling kurang taun nie. baru 2x pi. mmg haru la nak buat mkn apa utk juadah berbuka.

any suggestion?? yg pasti bukan mknn berasaskan nasi eh.

owh.. last weekend abah beli ketam kat pasar. sekor je tapinya... tapi besar. buka isnin tu saya makan nasi lauk ketam. agaknya dek tergoda ngan ketam yg cun tuh... abah pun makan jugak nasi waktu berbuka. hahaha! lagipun saya buat kueh je. tak masak yg heavy selain nasi. sah2 la nak mkn. hehehe... tapi syiok... sbb saya ngidam nak mkn ketam dan dah dapat mkn. :D

Saturday, August 28, 2010

Dah Mai Dah..

mood nak dgr lagu raya.

kalau masa kerja dulu buat keja giler, skang dah kurang sikit.

dedolu start 1st puasa dah main lagu raya, la nie dah halfway posa baru teringat nak dgr lagu raya.

macam2 la umi mirul ngan aris ni.. hehehe

alangkah indahnya masa kerja dulu... hahaha!

4u2c pulekkk.... (sambil dgr la nih.. :p)

Friday, August 27, 2010

Dengar Lagu

Bila menonton drama bersiri di rangkaian tv buat masa ni, saya lebih memberi tumpuan kepada lagu latarnya.

terukkah??

tak.. sebab dari lagu la saya terduduk nak tgk drama tersebut.

lagu2 nya amatla menyentuh perasaan. terutamanya lagu Akan ku jumpa oleh azfar dari drama syurgamu ramadhan.

ikutkan lagu ni ada dlm telifilem antara garisan. tapi disebabkan drama syurgamu ramadhan 3 hari seminggu, maka, lagu ni lebih dekat dgn saya. sambil tgk drama sambil melayan lagu ni mmg sangat menginsafkan.

lagu dari drama Nur Fansuri pun sama. nyanyian opick. tajuk? lupa plak.. :D. ini pun menginsafkan. wujudkan blog Nur Fansuri tu?? saya dah google, takde pulak. hehehe...

hantu tv kah?? tak jugak. timing pun tgk selalu ulangan. bila bulan puasa mmg rasa masa tu singkat sgt. tak lama lagi nak raya. dan sesejak saya dah ada anak, nak je biar raya tu post pond. puasa lama sikit. walaupun lelah, masa nie je lah dapat collect lebih pahala.. kan?? insya Allah..

Thursday, August 26, 2010

Jalan Jalan

pi beli brg dapur ahadnya. biasa ke mydin mall usj. mmg sebulan sekali ini la kerja kami berempat. beli sepenuh troli. hari2 lain beli sikit2 yg mana nak sahaja.
yg menyampahnya, saya kena renew kad mydin. dah la takleh renew lebih setahun. bila mai system down pulak. leceh benar. dah la seksa nak mai situ. kalau tak cari brg, mmg tak kuasa nak panjat hypermarket ni. sayang la... beli byk2 tak take point. nyampah je.

tapi hari tu juga adalah hari kami meredah hypermarket yg terdekat utk beli susu anak.
yang pasti, susu DL 123/456 kat mydin adalah sgt mahal. :D rasanya brand lain pun sama kot..
nak wat cemane, tu je lah mknn anak2. nak harap dia mkn mknn pejal?? memilih ya hamat. nak mkn nasi pun nasi berkaler sesaja. nak tak nak stok susu mmg takleh putus.

tapi rasanya ramai lom gaji 22/8 haritu. tapi mydin tetap full house! meriah eh bazar kekecik tuh. as usual, ngan abah kan... takkan berjaya nyerlah nak jenjalan.

nak cari tudung... nak cari tudung... miahahah!

Wednesday, August 25, 2010

Nak belajar ke??

siyes bila dtg raya hati nie nak sangat blajar jahit baju.

muahahaha!

ko gelak la ek kak lat... aku tau tuh..

ikutkan mak sendiri terror jahit baju kurung bagai. dtg ke anak mmg haram... sorg pun tak ngikut.

dedolu lepas abis blajar adalah saya belajar jahit baju. sekejap je. dpt satu baju kurung. itupun rasanya mak yg tolong jahitkan abis. sebab saya sungguh dah surrender.

la nie... dgn kain yg bertimbun tak dihantar ke kedai, mak plak sokmo jahit baju adik badik lain, sah2 que panjang, nak je blajar menjahit.

tapi... sebelum tu.. kena la ada mesin jahit kan?? agak2 en sharin nak ke belikan??? miahahah!

mari berangan lagi... freeeeee ooo!

Alkisah Jumaat

Kisah pertama

ke param di puchong prima last friday. meriah. mknn pun menarik. (ke sebab ni param pertama saya tahun nie, belaka cantik??). saya beli kueh puteri ayu 3 ketul. laksam 2 bungkus ngan popiah basah 5 ketul.

keputusannya, puteri ayu sungguh la sedap. gebu cantik je org ni buat. tak mcm saya beli tepi jalan nak masuk rumah few days before. siap bau hanyir telur. mcm dia buh telur kat kelapa parut utk pegang kelapa dari berderai. haru sungguh. laksam pun sedap. berbaloi ngan RM2.50. byk pun byk. tapi yg lagi haru, yg sebungkus tu, kuah dia yg kontang. sebab mirul hy hirup kuah isi ikan tuh. nak tak nak, kuah sebungkus lagi kena catu sebab mkn 2 bungkusnya bahan. ceit!. popiah basah pulak saya makan masa buka ok lagi. tapi bila abah balik kerja nak mkn malamnya, udah masam. adeh.... sayangnyer lahai... taugeh byk sgt kot. kan elok dia celur sikit. sure tahan lama. udahnya, masuk cek tong la jawabnya.

saya juga beli roti nan haritu. tpai sadis la... kuahnya cair kebair. tak mcm biasa wpun bli kat tempat biasa. ala2... ini yg terakhir di bulan ramadhan kot. baik la beli mende lain.

hari tu mmg kenyang giler. kenyang mkn mknn beli luar. hehe... 1st time tuh.

kisah kedua

tetiba paip air yg saya guna utk basuh kain (attached to washing machine) kebocoran. abis dinding basah. sampai ke hari jumaat last week mmg mkn seminggu jugak lah. sampaikan bila main paip dibuka, terasa lantai basah dek air yg keluar dari dinding. ha... nie.. memang takleh la saya buat sendiri. mau terjerit laki den kang. mane anak mana kerja tu plak pepecah dinding kan..

sudahnya panggil la jugak orang repair. org nie pun yg buat rumah kami dulu.dia datang habis segala mana ceruk yg bocor, pecah, lampu tukar sana sini saya suruh dia buatkan sekali. lump sum! siap minta dia gantungkan blind kat tingkap dapur laie.. mmg dia lagi handy manny dari saya. ngehehe!

friday abah kerja. jadi saya la yg monitor dia ngan pekerja dia bekerja. masaelah paling besar kalau ada org asing kat rumah adalah si ARIS. takmo turun dari dokongan! sakit perut dibuatnya. mana taknya... duk dendiam ok lagi. ni dia pi panjat perut kita. haru betul.

baru kol 10 pagi saya rasa nak tumbang. iyela... bekejar sana sini dgn aris mmg seksa. seb bek la dia buat kerja cepat. kol 11 dah siap. tapi sabtu kena dtg lagi repair lampu pulak.

diorg balik baru aris back to normal. saya apa lagi, mula enjin bersih rumah ler. dah berdebu jadinya. nak tak nak, basuh je lah dapur. kol 1 sakit tumbang depan tv. tu pun nak kena keluar cari lampu sat. jawabnya, beli mkn je lah. wah! peluang... tu yg jauh berjalan tuh. sampai ke puchong prima gamaknya...

Friday, August 20, 2010

Dunia Akhir Zaman

Hari2 cerita kes buang bayi. ada yg selamat ada yang tak bernyawa.

Apa nak jadi manusia zaman sekarang ya...

benarlah kata pepatah, dalam haiwan tiada manusia, tapi dalam manusia ada sifat2 haiwan.

sedih bila hari2 degar berita sana sini kes bayi dibuang. mcm sampah rupanya.

elok la di buat hukuman gantung sampai mati kepada pesalah laku ni.

tapi... seeloknya diselidik dalam2 punca2 berlaku kejadian begini.

tapi paling tak syiok, buat kerja berdua, yg kena sorang. ini yg perlu disiasat sebelum hukuman dijatuhkan..

renung2kan lah...

moga2 zuriat kita dijauhkan dari melakukan perkara2 begini... Nauzubillah!

Thursday, August 19, 2010

Handy Manny


Kalau dah jadi surirumah sepenuh masa, macam2 hal rasa nak settle sendiri.

ni la jadinya bila mata sakit dan takde sape leh tolong repair. kalau hal2 gini jadi tengah minggu, mmg nak kena nunggu abah repair lah.

tapi saya??? nak tunggu??? idok sama sekali.... meh kita tgk leh jadi ke tidak.


kenapa tukar pale paip tuh? sebab pemutar nak bukak air tu dah pusing 360 darjah. mcm umah mak saya kat selayang, pale tu tercabut. mcm ni, tak tercabut2. puas godak. kot la kalau tercabut tu leh la pk cemane nak jimat duit. tapi nie... beli baru je lah! mmg sendiri bikin. tapi cam tiris sikit air kuar. sampai la nie berbalut kain kat bawah tuh. seksa gak tukar mende alah nie. mkn 2-3 jam gak. sbb nak pastikan takde kebocoran. padahal dah ikut sepenuhnya seperti asal. erm... apa2 pun.. dah ok dah skang nie. :)

assist tak bergaji ku amatlah kepoh. mekasih la ya mirul. adik dia... wat dekkk tgk tv. haish!

nia lagi satu. amirul la suka duk main kepala paip tuh. udahnya tercabut terus. ikutkan leh guna lagi kalau letak bebetul kat gigi skru tuh. tapi dibuatnya satu hari nanti gigi skru dah haus, air plak terbukak, mmg kena tutup main paip la pulaknya. leceh. udahnya, beli baru. haa nie success! terror tak terror makcik sorang nih! :p


Rancangan Sempena Ramadhan

Dalam banyak2 saya layan 2- 3 rancangan sahaja di tv.
1. sah2 la ketuk2 ramadhan- tv1
2. geng surau-astro aosis
3. Nur Fansuri- tv1
4. qaleysha musim baru - astro prima
lelain mmg tengok kalau terbuka sahaja.
rancangan masak2 tak sebanyak last year ek? ke saya yg tak terrtengok?
takpe2... janji tak lepas citer Geng Surau.
mmg siyes lawak.
ini tertgk pun sbb ditayang waktu berbuka. kalau malam ke, petang ke, mmg sah2 la tak dapat.
byk pengajaran citer ni. tapi yg takleh tahan tu, latest episode. nak cat surau kaler RETRO. kejadahnya ha!
haiyaaaaaaa... tgk la... mmg lawak.
Nur Fansuri plak tertgk masa nak sahur. ok gak citer dia.
qaleysha plak, sebab dah tertgk dari last siaran, nak la tgk yg baru. boleh la layan.
dah seminggu dah posa kan??? apa plan akan dtg?
say duk pk bajet kira2 nak beli brg buat kek+biskut skang nie. hehehe...

Wednesday, August 18, 2010

Budak Susah Mandi Pagi


kontra betul ngan abang dia.

nak suh basuh o onk pun seksa.

belaka lah seksa.

apa nak jadi kamu nie aris....

Tuesday, August 17, 2010

Geram Je...

sebab semua rancangan yg saya tak pernah miss kat tv dah ada kat Channel 710- FOX.

itula yg tak ada dlm list kami. dengki tauuuuu...

dah la new season NCIS dah start. nyampah heh!

nak suh tambah duit sesaja!

mcm dah bagi hint ke abah ala2 nak channel tu,

tapi bolayan lorrr... hahaha!

padan muka ku..


Monday, August 16, 2010

Buat Masa Ni



ni je gambar yg saya dapat upload. pelik. lain yg diupload, lain yg termasuk dlm pc ni. iskh..iskh..iskh... saya yg tak betul kot. huhu..

amirul takleh jalan jejauh. sibuk nak balik bilik nak mandi pool. mmg hantu air dia tu. suspen gak sebab baru kebah demam. batuk je tinggal. kalau si aris, baru suh pijak tangga, dah melalak. kalau diangkat masuk pool, sora dia je la dgr menjerit. No..no..no..no!

tapi mmg syiok lah duk sana. cuma.. saya tak bape syiok sbb bendera merah! cemane nak masuk pool! awal2 hari plak tuh. potong tol! sib bek last day kat sana dah leh terjah pool. kalau tak.. kemfunan den!

nyai cakap kalau dua beradik ni berambut panjang mcm orang sakit + tak mandi. saya pun rasa gitu. nyampah tengok rambut yg serabai tu.

sudahnya... sempena nak raya ni, kita tebas rambut diorang. sabtu lepas dah selamat kepala dia berdua. abah tebas kasi separa botak. tehehe... takpe.. raya kang pjg la sikit. hensem dah cucu nyai.

mirul kalau ditebas rambutnya, akan kegelian sbb rambut yg termasuk2 kat leher dia. tapi masih terkawal lah tahap merenyam dia tu. nak tak nak, kena la pegang mcm nak rak.

tapi Aris.... huaaa... dia punya melalak... satu rumah dengar. mcm kena pukul! dah la potong kat Subang. mmg bergema je la umah nyai ko tuh.

sudahnya, petang tu dia tido pun boleh termengigau menangis. kasihan... tapi... saya tak kesian pun. mamat drama king nie mmg takleh dilayan sgt. hahaha!

kekadang sora saya nie tune dia mendatar je. tapi bunyi nye menegur dia. boleh dia sentap! siap baringkan badan pastu melalak. haiyaaaaaa!! kang umi ko plak yg melalak sbb fenat nak layan ko sambil siapkan juadah berbuka tau! hari2 plak tuh! nak marah, lagi kuat dia melalak. sampai... iskh.. ada plak yg kena humban masuk stor kang!

rasanya bila berpuasa ni, dugaan lebih hebat jadinya..takyah tgk jauh, ngan anak sendiri pun kalah. huhuhu...


Buka Apa Tadi?

Bubur lambok
keria yg rupa cek mek molek
popiah goreng

semua pun wat sediri sbb tak lalu nak pi param. mau renyah ngan anak.

nape tulis ek?? saje, khas utk adikku yg teringin nak makan popiah goreng tuh...

miahahha!

1st time ku dengar popiah goreng inti behun goreng sira cili.

muahahaha!

Saturday, August 14, 2010

Ke Sogo???

Semalam pi renew insurans kereta abah + renew road tax di kl.
tetengah bandaraya kuala lumpur lah katakan...
mmg mencari peluang bershopping sendirian la tu. hehehe...
dari satu jln musyi abdullah saya ke maju junction.
tapi satu tempat yg paling dekat di hati masa nie. kat mana tau..
SOGO.
mmg rindu nak membeli belah di sini. sesejak duk puchong, ni la 1st time saya gi jln TAR.
eh? iye ke?? tak.. tak... 1st time this year adalah. hahaha!
tapi Sogo kalau ngan abah mmg tak akan dpt masuk la kan...
Gi sensorang baru leh merambu tak ingat dunia.
anak? saya tinggal kat subang sat. (sat ke?? sampai mil nak amik cucu kat cyberjaya kol 2++pm pun terpaksa hangkut sikenit berdua tuh... ampun..).
tapi saya sampai umah kol 2.30 pm tau... beberapa menit sebelum mil hantar si kenit berdua. hikss..
apa saya beli?? khas tuk diri sendiri hy beli selipar raya (selipar pun... pk 10x gak nak beli... huhuhuhu...) dan blouse.
mmg seksa nak cari 2 brg nie untuk diri sendiri. bukan tak berjalan. tapi mmg byk tak menepati citarasa. abah pun tak kuasa nak melayan. hahaha!
tapi lagi satu kat Sogo yg saya suka cari apa tau, bedsheet! murah dan berkualiti. tapi kena tunggu sale lah kan. kalau tak sale, rabak poket.
sib bek tak ramai sgt pagi jumaat semalam. tapi saat meninggalkan sogo @ kl, dah makin ramai org. jalan ke arah pusat bandar pun dah sesak.
oh iya, dapat la cari serundung daging. RM12=200gm. piawai rasanya harga tuh. rasa? ok kot. lagipun saya dah lama tak mkn serunding daging (last mkn pun raya sudah),kira sedap la tuh. kalau amirul mkn mudah membuang, sah2 la pedas dan dah agak lama dibuat. tunggu je la amirul mkn hari ni ya.. :D
kengkawan dah shopping untuk raya??

Thursday, August 12, 2010

Selamat Berpuasa

Baru hari nie dapat online. itupun lepas habis berkemas bagai. membasuh jgn cakap la...
bukan baju balik holiday je, segala yg tertangguh dek demam minggu lepas, semua saya sapu sesah bersihkan sesejak semalam.
rumah pun dah kembali normal. tak berhabuk. eceewah.
puasa?? setakat hari ni ok je. wpun cuti mcm tak cuti je posa. ngehehe!
menu kah?? mcm biasa je. nasi mmg takdela atas meja kala buka.
semalam try buat samosa. ala2 samosa suka hati. hahaha! asal jadi. rasa?? ok je.
resepi pun suka hati. follow resepi inti sikit2 je. kena fleksibel dgn bahan rumah la jugak kan...
selain tu... ada la buat bubur kacang sikit ngan goreng spagetti.
ya udah.
sahur? as usual, abah akan makan roti bakar dan saya pulak makan la apa yang ada. mmg standard la nih.
nak ajar mirul aris makan nasi buka. so, ada la geng mkn nasi. tapi... ala2 impian takkan menjadi kenyataan la kan.. huhuhu..
abah nya buka, depa lagi bz. fenin...
hari ni nak masak apo? samosa ada lagi dlm peti es. maknanya goreng abiskan ngan panaskan bubur kacang. tambah satu kueh je. tapi lom decide.
nak mkn nasi lah.. rasa macam dah lama tak makan nasi berlauk. huhuhu...masak pindang ikan sela kuning eh!.. mabeles!
citer holiday?? tak dapat nak upload lagi. ni pun kiri kanan dia nyibuk. bz beno... hukhuk...

Thursday, August 5, 2010

Rugi... Rugi..

Semalam gi sevis keta. habis tu terus ke tmPoint untuk tukar pakej fixed line+tenet kepada Blocbuster Deal yang heboh dikatakan tu lah.

Tau je la kan Taipan Usj sekarang sistem parking maksima 1 jam sahaja. resah gak bila masuk je ke dalam punya la ramai umat.
Tunggu punya tunggu bila no ku dipanggil ada la dalam 10 menit sebelum parking fee tamat.

fuh! tu pun duk pk, nak kejar mane dulu. tapi normally lunch hour depa tak mai. biasa depa mai pagi dan 2nd round lepas kol 2. tapi... tu kat kl. kat Subang takleh jangka. lelagi hot spot mcm tu. Tawakal je la..

Sambil2 tunggu staff tu check key in mcm2, saya duk la baca terms n condition hok tulisan kecik cinotet kat dalam promo tuh.



if tukar pakej sama dgn curent internet speed tak dapat la cordless phone! Ceit! dlm internet takde tau. tapi promo dlm paper kat tmpoint je ada mende alah ni. heh!


sabar je ler.. kalau dia ckp wifi modem pun tak dapat, saya hangkat kaki je la... kehkehkeh!


dah siap belaka baru la staff tm tu ckp apa dapat, apa tak dapat. cey... ckp la dulu.. kan dah jadi cam saya yang kucewa tak dpt tipon tuh.. :p


now pakai speed 1 mbps tu je. kiranya tukar pakej sama speed cuma kurangkan bil je lah.


lagipun tipon rumah pakai utk call fixed line je. hp pakai utk call hp jugak. ni dah jadi 10 ke 15 sen ke hp kira ok la kan... tak la terkejut tgk bil.


sesebelum nie kalau bill canak ke RM120++ ada la terpakai call hp tuh. :P


owh.. nnt depa mai rumah pasangkan modem. sah2 la saya nak suruh dia tolong setting dlm hp ku nnt. tensi ooo... tipon leh pakai wifi, tapi tenet kat rumah takde wifi modem. (nampak sgt tau pakai je tenet. setting fail :p)


duk la cuba nak curi kot2 ada wifi takberpassword kat area rumah nie. nan ado! ada ramai pakai wifi. tapi... password protected la kan.. muahahaha!

3- 5 hari bekerja depa mai lah. tapi harap2 esok depa mai lah. lagi cepat saya berinternet melalui telephone. yuhuuu!

nak tau kol bape saya masuk kereta?? lagi 3 menit parking fee abis.. hebat tak hebat! :p

Wednesday, August 4, 2010

Lapar Tak??


Meh saya nak buatkan burger khas untuk semua.

Mc Zan Value Meal!

Ngehehehe!

jangan memain... siap pickles ngan mustard sos tau... owh.. burger duk salut dek telur. ala2 special burger gitew..

nie jadi bila tak masak dinner je. waktu abah offer takyah masak. ngehehe...

anak???

depa makan macam2. tapi bukan nasi. lagi haru. kekadang sup campbell pun ok. kurang nasi?? buatkan kentang lenyek. tapi disebabkan tak sama ngan KFC, kureng la makannya.. lorat sey..

oh iya... diorg berdua dah kebah demam. cuma batuk je tak bape surut. yg nyampahnya, umi dia la, demam+selesema. lama dah tak rasa demam gini.

cepatla baik wahai penyakit, nak berjalan nie.... :) go go away...........

Monday, August 2, 2010

He Ehhhhhh...

terbakar je telinga nie bila satu hari tu pi ke kedai yang jual barang basah, hencik cashier tu duk membebel ngan in law saya pasal anak2 sekarang yang duk minum susu lembu berbanding susu ibu, lebih bersifat kurang ajar dari lebih bersikap makan diajar.

Yang paling best tu dia kata ikut pangai lembu. saya baru 1st time mai situ, mmg tak hingin nak menjawab. lelagi nengok salah satu kuku dia panjang (ala2 Chu kang tu haaa, tapi hencik nie melayu). last la nie mai sini.

Bukan nak menafikan tapi mmg la betul dan teruji anak yg minum susu ibu akan lebih rapat dan mendengar kata ibubapa berbanding yg minum susu lembu nie... tapi... pada saya la kan...

bila fikir-fikir balik,

yang membuatkan anak2 mendengar kata ibubapa, taat pada agama dan hormat pada orang lain sebenarnya daripada DIDIKAN.

Didikan ibubapa, pendekatan kepada persekitaran dan yang paling penting, PEMAKANAN.

sebut pasal pemakanan, bukan sahaja sumber makanan itu mesti bersih dan halal (bagi muslim), tapi pada saya lah, sumber pendapatan untuk mendapatkan makanan tu lebih dititikberatkan.

misalannya,

setiap pekerjaan yang kita lakukan, sepatutnya berteraskan kepada ibadah. kalau ibadah dah terpesong, anak yang diberi makan melalui ibadah tersebut, pun.... terpesong lah kan... (rasuah ke, makan gaji buta ke)

bukan nak mengata tapi boleh di tengok kepada kehidupan sekarang,

bukan semua tapi, iyalah, kita ambilah iktibar.

Sebaiknya kepada hencik cashier, sebelum menjatuhkan hukuman, silala tanya kepada 'anak2' yang dia kata minum susu lembu tu, siapa mak ayah mereka, dimana mereka tinggal, kenapa berpeleseran, semua pun ada sebab dan musababnya. tak baik melabel sedemikian rupa.

bukan semua ibu mahu memberikan anak mereka susu lembu. Apa yang terjadi, pasti ada sebab musababnya.

takyah tgk jauh la... tgk yang menulis nie sendiri. berhiya nak nyusu anak. bila tak dapat, ada je la sora2 yg suruh bagi anak tu susu lembu. abis camno???

Bila

Anak demam, mak tak demam, ok lagi.

kalau mak demam, rasa nak tumbang sekali.

demam ni abah depa yg bawak. mane taknya, keluar rumah gelap, balik pun dah dinihari.

tu kalau mesin pun rosak. inikan pulak manusia.

tapi biasala... kalau ditegur pun tak guna. ala2 kita gak yg kena balik.

sudahnya, diam je lah. siapa la kita nie kan...