Monday, August 2, 2010

He Ehhhhhh...

terbakar je telinga nie bila satu hari tu pi ke kedai yang jual barang basah, hencik cashier tu duk membebel ngan in law saya pasal anak2 sekarang yang duk minum susu lembu berbanding susu ibu, lebih bersifat kurang ajar dari lebih bersikap makan diajar.

Yang paling best tu dia kata ikut pangai lembu. saya baru 1st time mai situ, mmg tak hingin nak menjawab. lelagi nengok salah satu kuku dia panjang (ala2 Chu kang tu haaa, tapi hencik nie melayu). last la nie mai sini.

Bukan nak menafikan tapi mmg la betul dan teruji anak yg minum susu ibu akan lebih rapat dan mendengar kata ibubapa berbanding yg minum susu lembu nie... tapi... pada saya la kan...

bila fikir-fikir balik,

yang membuatkan anak2 mendengar kata ibubapa, taat pada agama dan hormat pada orang lain sebenarnya daripada DIDIKAN.

Didikan ibubapa, pendekatan kepada persekitaran dan yang paling penting, PEMAKANAN.

sebut pasal pemakanan, bukan sahaja sumber makanan itu mesti bersih dan halal (bagi muslim), tapi pada saya lah, sumber pendapatan untuk mendapatkan makanan tu lebih dititikberatkan.

misalannya,

setiap pekerjaan yang kita lakukan, sepatutnya berteraskan kepada ibadah. kalau ibadah dah terpesong, anak yang diberi makan melalui ibadah tersebut, pun.... terpesong lah kan... (rasuah ke, makan gaji buta ke)

bukan nak mengata tapi boleh di tengok kepada kehidupan sekarang,

bukan semua tapi, iyalah, kita ambilah iktibar.

Sebaiknya kepada hencik cashier, sebelum menjatuhkan hukuman, silala tanya kepada 'anak2' yang dia kata minum susu lembu tu, siapa mak ayah mereka, dimana mereka tinggal, kenapa berpeleseran, semua pun ada sebab dan musababnya. tak baik melabel sedemikian rupa.

bukan semua ibu mahu memberikan anak mereka susu lembu. Apa yang terjadi, pasti ada sebab musababnya.

takyah tgk jauh la... tgk yang menulis nie sendiri. berhiya nak nyusu anak. bila tak dapat, ada je la sora2 yg suruh bagi anak tu susu lembu. abis camno???

No comments: