Monday, November 10, 2008

Apekah!!!

Bukan lah nak nak anda semua baca this entry pun,, tapi ayat yg saya bold kat bawah tu yg buatkan saya selalu terfikir...


KL, 10 NOV 2008:
Kemelut yang melanda Norman & Abby Abadi belum lagi selesai. Orang ingin tahu apa akan jadi seterusnya walaupun jauh di sudut hati, Murai Batu sendiri mengharapkan agar rumah tangga mereka itu akan dapat diselamatkan. Siapa yang kahwin untuk bercerai bukan?


Tapi ke mana hilangnya Memey, orang ketiga dalam krisis itu? Apakah yang berlaku kepada pelakon remaja yang dicekup khalwat bersama Norman dalam 'Tragedi Oktober' itu?


Lalu selepas disiasat daripada satu sumber, Murai Batu dapat tahu Memey rupanya sekarang sedang menyorok diri. Bukan dalam gua batu kapur atau dalam belukar, tapi di rumah keluarganya sendiri di Kota Tinggi, Johor.


Kata sumber itu, Memey masih lagi dalam trauma dan terus menanggung malu. Dia perlukan ketenangan dan keluargalah menjadi tempat untuk berpaut serta meminta perlindungan. Haa... mujurlah awak tu masih ada keluarga Memey, jadi tolonglah jaga nama baik keluarga awak selalu.

Sebelum ini, Memey diminta oleh Norman supaya jangan memberikan sebarang kenyataan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. Tapi selepas insiden cekup khalwat itu berlaku, Memey sempat memberikan sedikit kenyataan melalui SMS kepada murai.com.my.


Ia antara lain berbunyi: "Selepas kejadian, terlalu banyak panggilan telefon saya terima daripada press tapi saya masih belum bersedia untuk beri apa-apa kenyataan. Bila saya sudah bersedia, saya pasti akan beri keterangan terhadap apa yang sebenarnya berlaku.


"Tapi, janganlah terus-menerus menghukum saya. Saya terlalu trauma untuk berhadapan dengan semua ini," katanya.


Lebih sensasi semalam, Ahad, ayah Memey, Suhaimi Sarwani, 45, berkata dia tidak kisah kalau anaknya itu ada jodoh dengan Norman. Dengan erti kata lain, dia sanggup menerima Norman sebagai menantu. Apa yang dapat dikatakan, mungkin itulah penerimaan orang tua yang lebih masak dengan masalah rumah tangga.


Sebagai orang tua, mungkin ayah Memey hormat dengan Norman yang bertanggung jawab terhadap apa yang berlaku terhadap anaknya apatah lagi Norman sendiri akui sayangkan Memey yang sudah lama dikenalinya. Ooo, sayang cover line lah ni kot...


Tapi yang terus makan hati adalah isteri Norman sendiri iaitu Abby. Dengan anak kecil baru lahir, Abbylah yang terpaksa makan hati berulam jantung. Abby pula tak sanggup bermadu dan meminta supaya dilepaskan. Begitulah lumrah hidup. Benarlah kata orang, perempuanlah jugalah yang mampu 'membunuh' perempuan, bukannya lelaki!



MURAI BATU: Baru saja menonton filem P Ramlee, Putus Sudah Kasih Sayang.


credit to murai .com.my

7 comments:

mama funky said...

iye...kak zana..

wasi ikuti kisah abby_ ni everyday..

wasi berpihak pada abby...

0wh ya kak zana..

maaf kalau wasi ni tetiba menyalat kt bl0g kak...

tp yg sebenarnya wasi nak berkawan ngn kak...

maklumlah,,wasi baru jadi member bl0g ni...

Zana S said...

wada83
no problemo :D
salam kenal2 ya wasi
nak menyalak pun boleh. tapi kang anjing nak me ape ek?? ekekeek
sorry... just joking.
buat cam umah sendiri je... okeh! :D

kadang2 terfikir.. adakah kita sebagai perempuan yg tak pandai menjaga suami ataupun mmg dah tertulis. yg pasti, apa yg tertulis, masih boleh diubah dgn usaha dan keinginan sendiri.

Elyn Sani said...

duh x abih lai kisah depa ni!!! ko nih leh jd wartawan plak lps ni zana oiii

Anonymous said...

wahhh...siaran /laporan lengkap tu zana....dah jadi Murai tercabut ekor lagi ni..bukan batu belah dah..hehehe

Zana S said...

elyn
kekadang terbaca.. tu yg letak sekali. sekadar iktibar lerr.. :p
rumahtangga bila2 masa boleh di landa badai. antara sanggup menghadapinya atau tidak sahaja. ;)

kak jie
ekekeke... itulah... sesaja bukak murai. skang dah jadi geng murai plak dah. ekekeke..

Fara said...

setuju sgt zana...kena ambil iktibar.

Zana S said...

fara
salam kenal2 ya fara... mmg betul. mane tau hari nie hari dia.. esok luasa hari kita. hukhuk... minta2 dijauhkan hendaknya.. aminn