Saturday, February 7, 2009

Kebencian Tidak Membawa Aku Ke Mana

Ntah kenapa aku duk teringat2 kisah masa aku sekolah dahulu.
Hari nie makin kuat perasaan tu, rasa nak tulisssssss jugak apa jadi kat aku masa sekolah dulu.

Ikutkan perkara nie tetiba muncul dlm pale otak ku bila tengok2 kan gambar kengkawan pi reunion skoll last week. especially cikgu yg terjebak dlm kisah nie pun hadir sama.

Suspen ek?? hahaha... bukan kesah yg misteri mane pun... tapi pada aku... mcm sampai bebila pun aku nak kata berdendam tu tak... tapi mcm kesal. KESAL yang amat sgt!

Aku??? takde yg bebetul extravaganza pun jadi kat aku. aku pun hanya lah seorg student yg sgt la diam, bercakap bila di tanya, tak banyak berita sensasi (:p), hanya seorang pelajar yg kalau tgk graf mendatar jek dr segi ketrampilan dan personaliti. (tapi graf akademik tu mmg naik selalu.. hahaha... nak puji gak diri sendiri... udah takde org puji.. kan??)

Cerita nie berkisar kepada zaman aku kuat berpersatuan. Yup! aku salah seorg penting dlm Persatuan pakaian seragam di sekolah menengah. dah macam legasi plak... sbb my 2nd sister top leader, aku joint masa tu as junior, bila dah meningkat, aku pun terjebak dlm kancah ahli jawatankuasa(wpun aku rasa aku tak punya kekuatan nak teraju apa2 jawatan), and oso, my younger sister( bawah aku) pun masuk persatuan yg sama, juga one of top leader. hahahaa (merasa gak ko top leader!).

masa zaman kakak aku mmg femes gile persatuan tuh. termasukla ahlinya. zaman aku kot mcm ala2 surammm jek kuku. ntah la... mcm apa yg dirancang tak menjadi selalu. selain cikgu yg bertindak sebangai penasihat, mcm duk bangkang jek idea kitorg.

Mmg previously dia penasihat utk satu lagi persatuan pakaian seragam yg sgtla pemes seantero daerah, tapi... dia mcm terpaksa je joint persatuan kitorg sbb ditukarkan. dr zaman kakak aku dia dah bangkang itu ini, tapi... depa mmg byk suara2 yg tough. tak mcm zaman aku, pompuannnnnnnn yg incharge. mmg la kena aukk je kan???

my best friend merupakan top leader n aku hylah tempelan yg saban meeting nulis minit mesyuarat. hahaha.. pecah rahsia jawatan aku. :p

Yup.... byk gak aktiviti kitorg rancang, asyik la ditolak dek penasihat. even pi bertanding kawad pun cikgu tak muncul. mmg kitorg buat hal sendiri2 lah! (eh! dtg kot. tapi tunjuk muka. pastu hilang. dang!!!)

Sampai satu projek besar, camping. at the first place dia rejek proposal kitorg. adela dekat 3x (kot...ke lebih??tak ingat dah) kitorg buat balik, up to his need. sampai la saat kitorg dah dpt cari tenaga pengajar utk training absailing bagai, dia tetiba ckp dia takleh pi!!!! wat the ****??!!

Padehal masa, tempat, peralatan camping, transportation, semua dah diuruskan. cikgu backup?? memula ada la... tapi at the end, semua tak nak pi. wpun ditanggung!

Menjadi kesalahan bilamane keluar dr kawasan sekolah secara rombongan, tanpa guru iringan.
Tapi masa tu kitorg dapat iringan orang dewasa yg support our project. Kira kawan kengkawan kitorg gak lah. dah pangkat pakcik pun org tuh. itupun cikgu penasihat takmo ikut gak. siap ugut lagi apa2 jadi, dia tak bertanggungjawab.

Iskh... suara ramai yg dah byr semua nak teruskan. risiko mmg diambil sendiri since takde cikgu yg nak ikut jugak. (sgt sedih bila final projek besar utk aku dan kengkawan yg masa tu dah form 4, tak mendpat sokongan cikgu).

Akhirnya... bertolak jua kitorg ke destinasi ditemani bbrp org dewasa yg bakal membimbing kitorg dlm aktiviti lasak di sana.

ke negeri yg tgh ribut skang nie.. :)

Nak dipendekkan cerita... rata2 yg joint mmg seronok gile masa kat sana. wpun aku nie ala2 dupdap2 sbb takde cikgu pengiring, but still enjoy sbb diorg semua pun enjoy.

Couple of month... later....

kawan baik aku yg merupakan teraju utama dlm aktiviti berkenaan telah di'usik' dan menyebabkan kawan aku tu tidak dpt hadir ke sekolah dan meracau sendirian di rumah.

Siapa yg tak sedih sbb tahun tersebut tahun kitorg akan menghadapi SPM.

Mcm2 diusahakan oleh keluarganya termasukla memulangkan 'brg' yg diambil semasa disana dahulu, tetapi tidak byk perubahan berlaku padanya. aku antara rakan yg kerap menziarah dan amat mendoakan kawan aku sihat kembali dan sama2 menghadapi peperiksaan SPM.

Ya... kesah ini bagaikan duri yg tembus kat dlm jantung aku bila cikgu2 disekolah pada mulanya bersimpati, tetapi sebenarnya menjatuhkan hukum dunia, mengatakan 'inilah balasan kepada pelajar yg engkar kata2 guru'.

Apa perasaan anda bila cikgu berkata sedemikian??? aku tak kesah sgt bila diutarakan dlm bilik mesyuarat persatuan aku, tetapi ini di PERHIMPUNAN sekolah!!!

Ya.... ada cikgu bertindak sedemikian seperti dia berhak menjatuhkan qada' qadar Ilahi!!!

(dgrnya cikgu tu pun sakit lelepas tuh. hilang plak taring dia iye??? aku mmg benci cikgu tuh!)

Apa hak dia ckp macam tu??

aku dpt rasa, ramai cikgu lebih suka menjaja cerita TIADA GURU IRINGAN menyebabkan PERKARA ITU BERLAKU, daripada cuba mencari penyelesaian terhadap seorg pelajarnya yang SEPATUTNYA MENGHADAPI SPM UJUNG TAHUN TERSEBUT!!

Ya... aku kesal dan kesal aku tu sehingga hari ni. Tekad aku tahun tu... aku akan score SPM gile babas, dan tak kuasa nak ngadap cikgu2 yg bermuka2 cenggitu?!!

alhamdulillah diorg tak ngajar aku utk spm. kalau tak.. sure aku pangkah diorg dan subjek tu sekali. hahahaha

Rentetan peristiwa itu.... kawan baik aku tu... tak dpt nak ambil spm sbb masih dlm kondisi yg kurang stabil (wpun hakikatnya, dia la yg byk ngajar aku math dulu. she was sooooo briliant!!).

Sekarang, dah berkawen dan ada anak dua. Suaminya??? erm.... tak tau la status skang nie... sbb aku pun dah lama tak contact dia. kekadang timbul rasa bersalah tak hubungi dia... tapi setiap kali aku tgk dia.. aku turut rasa bersalah, sampai aku rasa... kenapa dia yg ditakdirkan jadi begitu. dia sgt berpotensi utk menjadi student yg cemerlang.

Teringat aku, masa aku bertunang, petang tu dia dtg singgah. aku tak jemput dia, tapi terasa bersalah plak sbb dia tak diberitahu. iskh... maafkan aku kawan.... terlalu cepat sampai menjemput pun tak sempat.. tapi rasanya masa kawen aku jemput. tak pasti dia dtg ke tak. :|

Yang pasti... kesal aku pada cikgu yg asik la duk utar perkara yang sama, "ha.. tula... buat lagi kerja sendiri2!. kan dah kena rasuk! ckp cikgu taknak dgr!!"

membuatkan aku menyampah nak jumpa cikgu2 tuh!

Moga Tuhan lembutkan hati aku nie... amin....

2 comments:

aNoY said...

macam ku kenal je sapa cikgu tue. takpe kite dah buat re-payment tuk sume. hehehe..ape die pk die bagus..aku lagik gile kuasa tau. sgt berkuasa nih smp merayu yek...wahhh dendam terbalas...

Zana S said...

miahahaha...aku tau ko... mmg setan takde tanduk. miahahaha...

dtg plak reunion arituh. mkn pree mmg dia sooka!