Sabtu, 16/6/2007Kul 6 dah bangkit. uish.. kalah aku nak pi keja. tapi disebabkan pagi nie agak bz.. bangun awal la. Hari nie dlm kul 10 pagi cucu sedara mak mertua aku akan nikah. since dia nikah dekat rumah perempuan which is near to our house.. aku pun pegi juga lah. lagipun resepsi dia mlm nye tuh tak dpt pi, so tunjuk muka la jugak. Parent pengantin tu kira anak sedara mak mertua aku dan anak dia yg kawen tu pulak mak mertua aku penah jaga masa dia kecik, so.. rapat jugak la hubungan kekeluargaan tu.
Btw, pengantin pun muda setahun dr aku tapi pangkat anak buah dgn aku dan laki aku.
Sharp pukul 10 pagi dah terpacak kat rumah pengantin perempuan. jurunikah lambat ckit so tunggu la kejap.
Semua berjalan lancar n dia pun berjaya lafaz nikah sekali je. tapi yg pentingnya apa tau... bab mkn. sedap btul nasi minyak dia (ke sebab aku dah lama tak mkn nasi org kawen? hehehehe). ada kueh mueh, buah2 an n also desert. iskh.. ngalah otel plak mknn dia.. but..mmg sedap.
semua settle dlm tempoh 1 jam sahaja. Pukul 11.15 pagi aku dah gerak nak balik rumah utk packing ke PD. sebenornyer dah pack semalam.. cuma nak make sure takde benda tertinggal.
Thanks to Kak Ita n Abg Yunus for inviting us. Lepas lunch tghri tuh.. ahaks..
Congratulations to Yusno(chem) and Nor amifarah (klau salah eja, ampun... hehe)
Apa yg ko tunjuk tu yang oii
Doorgift from pengantin
Pengantin makan berdamai. Dr kiri mak pengantin lelaki,ayah pengantin lelaki, pengantin perempuan, pengantin lelaki , ayah sedara pengantin lelaki dan mak sedara pengantin lelaki.
Nie pulak group mak sedara pengantin lelaki. That lady yg pakai tudung kaler biru laut ngan kaca mata sambil memandang kearah jag air tu adalah mak mertua aku merangkap mak esah. hehe..
Dlm silver beg tu ada telur(cantik xcessories dia) kacang botak, kueh bangkit ngan tart, oso cokelat. biar 2 hari pun takpa sbb segala di seal. huhu... Tepat jam 11.45 pagi we all gerak to PD. aku call mak aku kat selayang tak gerak lagik! iskh.. kul bape diorg nak sampai nih. dah la tempat tu atas nama adik aku. Nasib baik diorg leh accept family members. klau tak.. parah gak. we all sampai about 1.15 pm n sib bek diorg bagi masuk. klau tak parah gak. dah..satu keja nak berteleku kat resort tuh. adeh..
1st impression ngan resort tuh. alahaiiiiiiiii sedih gak la. apa yg diorg cakap tak seperti di gambarkan. pes time aku pi resort lift cam ampeh. ada angin kus2 kot. ada masa dia tak gerak2.. even nak tutup pintu lift pun amik 30 saat. iskh..
Apa lagi ek.. ooo.. coffee, tea, sugar oso not provided. cuma ada keetle, 3 biji gelas, 3 biji cawan dan fridge. lelain ofcourse ada kan.. kang basic2 lain takde aku jerit pulak kang. huhu... haru2.. klau korang nak tau apa nama resort tuh.. nnt aku ckp di akhir tulisan. hehehe...
Mak n adik beradik aku sampai kul 3 ++. huhu.. sempat terlayang aku. ceh. family makcik2 aku dah sampai gak la sebelum tu, tapi aku tak tau sapa sbb tak tipon sesapa pun.hehee..
Actually kami nie tiga family je. family aku included dlm family mak aku la kan.. makcik aku kat putrajaya n kat selayang sahaja. yg lain tak dpt berkumpul since ada yg anak nak peksa la.. tak dapat cuti la... erm.. tapi family mak aku je stay sampai monday. yg lain balik ari ahad.
Dah sampai tu.. masing2 lapo cari mkn la.. sib bek ada yg bawak bekal. so mkn kongsi2 la. hehe.. lepas asar kamiorg ready ngan brg2 bbq and kul 5 dah dgr sepupu aku ngan mak sedara aku dah terjun pool. huhu.. gila mandi pool tul diorg nih. since bukan cuti sekolah, resort tu byk kosong. n .. pool tu pun menjadi hak milik kamiorg sepenuhnya. hahahaha...
Mirul ngan abah kat poolside. 1st day nie dia tak mandi lagik. Pemandangan dr balkoni apartment kitorg. sayup dikejauhan adalah selat melaka. aku dah zoom tapi bila dia snap gambar tu jadi original size. pelik2.
keta comel aku kat tetengah tuh. hehe Lepas maghrib everybody ready utk BBQ. semua under family aku. tapi... mak ngan adik kakak aku yg buat. aku tolong mkn jugak. hakhak. Aku mmg dah agak.. anak aku mesti wat pangai. sbb dia tak tido siang. ada la dia tido 1/2 hour dlm keta je. sah2 mlm dia nak tido awal. Baru turun 15 minit dah naik balik utk tidokan dia. merengek jek. lastly dia tido tak sampai 10 minit kitorg naik atas. seronok btul dia dpt guling2 atas tilam. kejap je dia terlelap. disebabkan dia jenis mudah jaga bila takde org kat sebelah dia.. kitorg amik keputusan.. klau tak dan mkn bbq... mmg kena carik mkn kat luar la gamaknyer. huhu...
Nasib la mak aku dah mkn dia naik atas utk tgk kat mirul tapi aku cuak gak sbb dia tau org lain sebelah dia. aku mmg agak pun dia mesti bangun. erm... tetengah aku mkn kat bawah, aku dgr suara budak menangis sebijik anak aku. yg lawaknyer.. mak aku terkunci kat dlm rumah tuh. dia suh bawak kunci. since takde kitchen, berani la aku buat gitu. memula aku tak perasan. kot2 anak org lain. sekali bila dgr bbtul.. lorr... mmg betul anak aku. iskh.. mcm2 pehel sorg nih. tersedu2 nangis. sbb nyer? sbb bukan parent dia yg ada sebelah dia. lagipun mak aku biarkan dia sensorg sbb nak semayang. huhu.. dia mmg takleh tinggal sorg. lelagi tido mlm. dia mudah jaga pastu duk tegak. tgk keliling. mcm2 pehel dia ni. kejap je dia nangis, abah dia pegang ok dah. trus tido.. kesian mak aku kelam kabut dia. huhu..
Sorry takdak gambo malam tuh sbb aku turun mmg utk mkn je. dah turun awal tapi si kenit wat pangai, 2nd time turun lupa trus. mknn yg ada malam tu ceaser salad(adik aku yg buat, sedap gak ala2 kat coffe house tuh. pergh), sotong, udang, ayam, daging, kerang, ikan keli, ikan kembung dan tak ketinggallan ikan pari dan nasi putih. Sepupu aku bawak otak2 dr johor. sedap gak. byk isi. selalu cinotet je. kali nie mkn 2 pun puas. hehe.. macih kepada pihak penaja. aku taja apa? air tin cukup la kan.. ahaks.. tapi mmg puas mkn la mlm tuh.
Ahad, 17/6/2007Terpagi plak aku bangun arinie.. hehe.. 6.30 dah jaga. selalu ahad mmg lomah la nak bangun pagi. since kat tempat org.. bangun awal gak la.
Apa agenda pagi nie?
memula sekali tunggu bekpas dr pihak penaja iaitu makcik aku. lepas mkn baru leh gerak. satu family makcik aku dah pi laut nak mandi n konon suh bawak bekpas ke sana. rupanya cancel. ombak kuat gile ngan angin bagai. sudahnye berkelah kat tepi pool. lagik!
Laut nampak tenang kan. tapi... mmg tinggi ombak tu.. siap angin kencang lagi.
Mirul kat tepi pantai dgn abah Mirul lagik! nak berjalan tapi suh abah dia dukung.. pekes! err... mane gambo den ek? adeh.. jadi camerawomen... tak dan nak bergambo. Tghri buat aktiviti bebas. mirul pun dah penat. semua dah penat. tghri sume tido. ahaks.. tapi petang tu adik aku dua org balik kl sbb sorg tu tak dpt cuti. tapi kena teman dia balik gak. terbakar je dia. ngehehehe...
Petang tu dlm kul 5.45 kamiorg yg tinggal gerak carik dinner. laki aku dah selalu turun melaka, ajak pi mkn kat Kuala Sg Baru. fresh2 kot mknn laut dia. erm.. pada aku ok kot. tapi mmg takleh lupa ikan masak 3 rasa dia. pergh... sedapppppppppp....kamiorg cuma order ikan masak 3 rasa, sotong goreng tepung ngan udang masak sambal. sedap2 belaka.oh iya.. sotong dia lembut tuh. tak liat lgsg. sedappp. mkn lauk pula ngan nasi lemak.laki aku ckp org melaka mmg gini. mkn ikan bakar ngan nasi lemak. senang dan tak renyah. erm.. pes time bagi aku. ok . aku leh terima cara mkn nie.
Ni la kedai tuh. atas dia leh menginap. kedai nie menghadap laut/kuala. sebelahnyer tempat bot berlabuh. mmg strategik sungguh. so.. leh bayang la mknn sume baru angkat dr laut.
Sorry kabur sbb nape tah. mlm kot. hehe.. mknn dah abis sbb tunggu dia masak pun dah lama. bila sampai tak dan nak snap dan ngap. hahahha... lapar nyer pasal.
Mak ngan kak anim. kabur sbb ada spotlight blakang tuh. kekenyangan tuh..
Amirul dan dinner nyer. hakhak.. sebelum dia kacau kamiorg mkn.. aku sumbat mknn dia dulu. hehe..
Balik resort trus melepak kekenyangan. nak ke tempat tu ada la beh kuang 1/2 hour. dekat je. PD to Melaka. ok lah.. janji sedap.
Mlm... masa utk melepak.. tgk gang starz. aku jarang tgk sbb clash dgn rancangan tv kat astro but since kat pd takdak astro.. tgk gak la.. tapi.. aku mmg nak tgk pun sbb nak tgk ning, agnes monica ngan faizal. hahahaa... faizal nyanyi penuh perasaan tuh. suka aku. hehe...
Kengkonon abis gangstarz nak tgk nujum pak belalang. tapi citer tu lom sampai half mata aku dah terkatup. Tido lagi baik.
Isnin, 18/6/2007Bangun pagi. tapi pagi nie tak pagi mane pun. aku bangun lewat. hehe.. pas subuh bom balik. ngantuk pulak. bangun je dah kul 8. siap2 kan diri bawak si amirul mandi pool. hahahaha... saja nak suh dia masuk pool tuh. bawak pelampung kehulu kehilir bila pakai kan.. nangis plak. cies..
Takdak gambar sbb aku amik pakai handycam. huhu.. maleh la nak transfer. byk keja. huhu...
leh tahan lama gakdia mandi kolam. dia berjalan dlm kolam tuh. ajar berenang dia pi minum air kolam. ceh. sekal itu lepaskan dia mandi.. jalan la dia dlm kolam tuh. but tah camne..dia drowning! sekali sauk je abah dia angkat keluar. hahahaha..cian amirul. lepas2 tu terus dia takmo masuk dlm kolam dah. adeh.........
Dah tu.. naik atas la. siapkan bekpas n abah dia mandikan mirul. hehe.. kira lom kul 9 dah naik bilik. huhu.. spoil tul..
Lepas bekpas kamiorg pun kemas2 brg sbb nak balik tghri nnt. Kenapa balik awal? ptg tu abah mirul nak kena pi opis ada kerja kena settle kan. huhu...nak tak nak.. takleh nak singgah memane.
singgah beli mknn je la. pastu trus anto mak ngan kakak aku balik selayang.
Sampai subang around 3++. flat aku. huhu.. now.. time to kemas barang n basuh baju. adeh... nie la paling den maleh. tapi kena kemas gak. pastu nak prepare dinner plak. adeh............ penat2..(penat ke? penat la jugak wpun duduk je dlm keta. hehehe)
erm... abis dah cerita hari ini...rasanya takde apa yg tinggal. tapi........... aku mungkin takkan dtg ke Laguna Condo Resort lagi. adeh... haruuuuuuuuuuuu....
(korang yg baca klau nak pi tmpt nie... lupekan je la ek. hehe.. klau no choice... better ty abis2 pasal facility. especially lift. klau tak pengsan sapa dpt 6th floor tuh.)