Thursday, August 9, 2007

Alangkah Sayunya Hati



Apakah perasaan anda bila melihatkan anak kecil ini menjadi sedemikian rupa di atas kesilapan dan kecuaian pihak hospital?

Sedih bila membaca kisah nie dan lebih malang sekali ia berlaku di sebuah hospital kerajaan.
Rasa nak luluh jantung bila baca n melihatkan keadaan tgn kiri bayi ini yg bakal dipotong di sebabkan sel yg ada telah mati kesan suntikan yg salah.

Walaupun perkara ini boleh berlaku tidak kira dimana hospital pun (swasta atau kerajaan) tidak salah jika petugas perubatan mengambil masa lebih sedikit utk meneliti setiap ubat dan kesan2 kepada seseorg yg bakal menerimanya. Lebih2 lagi kepada bayi ataupun kanak2 yang mana kekuatan antibodi mereka agak goyah berbanding orang dewasa..

Perkara ini pernah berlaku satu masa dahulu dan nampaknya iktibar hy tinggal iktibar.
Kecuaian petugas hospital ini sebenarnya memberi maksud 'kerana nila setitik.. rosak susu sebelanga'
Kerana seorang habis rosak reputasi petugas perubatan di hospital tersebut yang mungkin membawa kepada kurangnya kepercayaan orang ramai terhadap petugas di hospital kerajaan.

Janganlah kita menunding kesalahan ini kepada mereka kerana perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan dimana hospital pun.

Yang penting kita bertawakal kepada Nya moga segalanya dipermudahkan dan dilindungi Nya. Amin..

berita lanjut sila klik di sini.

7 comments:

UmiMia said...

Memang terasa kesedihan hati parents baby tu...boleh imagine sebab masa Mia duduk dlm incubator dulu pun...dr mmg ada pesan..disebabkan dia premature..possibility utk dia dpt jangkitan lebih mudah drpd org lain..tapi nasib Mia takder apa2...syukur....tapi kesan cucuk drip kat tgn dan kaki dia..sampai skrang masih berparut...semoga parents baby tu tabah......

Zana S said...

umi mia... owh.. mia pun premature ya. Kesian zana dgr sampai kesan parut pun tak hilang2.Kesian kan bb dibuat gitu. tapi nak wat cemane.. tu je jln yg ada kan..
Moga parent bb tu tabah. :(

Elyn Sani said...

oit2 sepital mane ek buat cenggini?

Orked said...

kakjie tgok nurse cucuk tumit intan ambek darah sbb dia ade demam kuning tu pn dah nangis nk rak dah...ni apa lagi la kalo mcm ni...mesti mandang je anak tu..nangis...mandang je nangis...

emmm...bab2 spital kerajaan ni payah nk ckp...bkn semua..kita tak leh ckp rangkum semua kan...

Zana S said...

fozalin... spita tengku ampuan rahimah klang. tapi tulah.. mcm2 kes plak dgr dr spital nie. harap2 org atasan leh amik tindakan atas reputasi buruk spital nie. erm...

kak jie... betul.. tak semua spital kerajaan sama sbb tenaga kerja yg berada kat spital tu bukan org yg sama. hehe..

Ada juga spital kerajaan yg bagus cuma ini terpulang kepada 'manusia' tu sendiri. Bagaimana mereka menangani masalah. kan :)

Sue said...

kesian nye kat baby tu...n kesian kat parentnye gak...yelah especially mak dia..mesti sedih...lahir anak tak cacat...disebabkak dek siakp sambil lewa para doktor dan nurse yg menyebabkan anak nye jadi camtu...be careful zana....aritu my friend nye baby pon...nyaris²...my friend bawak baby dia pegi inject..then balik tengok kaki baby bengkak tak hingat...kesian la...sib baik dah surut bengkak tu... tu pon meragam satu kampung budak kecik tu....nauzubillah...

Anonymous said...

mmg la sis,cm2 dgr cite pasal spital ni..cian kat bb tu.. kalau anak me,x tau la nk ckp cmne..