Friday, October 31, 2008

Sengal!


dlm kemas hbg tadi, jumpa plak kertas nie.

semalam balik naik bas ya. tapi dr jln depan nie ke lrt bangsar je la.

tak la jauh mana. tapi ikutkan aku kalo jalan mau mandi peluh gak dibuatnyer.

tak lama tunggu, bas pun sampai. aku tgk no. ala.. nie bas sampai depan jek. aku bajet nak nek bas sampai kl sentral. kira berbaloi gak la bayo.

sekali dlm pada kelam kelibut naik bas, aku pegang dua hengget, dua2 helai (ke sekeping?) duit kertas singgit tu aku terrrr masuk dlm mesin duit dia tuh. aisey..

rugi singgit tau. tapiiiiiii... TAPIIIIIIIII

aku cuma pasan tambang tu singgit lepas tgk tiket je lah!!

dannnnnnnnn masa tu dlm lrt!

ceit!!! aku la ngok tak ty drebar tuh. miahahahaha... ngok tol!!

moral di hari jumaat yg mulia ini adalah..... NAK NEK BAS SILA LA TANYA DREBAR TU TAMBANG BAPE EK!!

aiseyyyyyymennnnnnnn!!!

p/s=la nie baru saya paham apa beza UTAMA ngan TEMPATAN kat tiket bas tuh. UTAMA means, ulang alik or jauh perjalanan. mcm kl tu klang ke n byr 2 hengget ke atas. tempatan plak means dedekat. mcm singgit ke, byr dak skolah ke. huehuehuheu...

Spoil Lunch

Heh!

pagi punya la semangat mkn sekut ngan milo jek.

tghri berkobar2 nak order mcd. gile babasnyer ngidam nak mkn.

lama gak tak mkn benda nie dr posa sampai la hari nie.

dek kerana nak mkn sgt, kol 12.15 aku dah call delivery.

okla.. 12.45 deme sampai.

sekali... "alamak kak, sundae cokelat tertinggal la kak!"

"ha.. iye la.. pi la amik balik iye.."

aku masuk, makan la fries dulu. tapi.. fries dia nape tak penuh ek? macam masuk sesuka hati jek. separuh lebih ckit. bukan penuh mcm kita pi beli sendiri. (ke aku yg terover imagine?? padehal sama jek kot :p)

dah nak abis fries, baru la itu sundae cokelat sampai. tapi... aku mkn la burger dulu.

aku order big mac tau. (mmg kebulur pun.. :p lagipun ini yg aku rasa paling worth it kot beli kat mcd. :p)

erm.. erm... erm... dlm nak mkn tu aku pun telek la burger tuh. eeeeeeeehhhhhhhhh!!
.
.
.
.
.
.
.


Bigmac dah jadi satu layer ke?
pastu dah rupe quater pounder plak dah burger tuh.
lagi yg memusyikilkan aku...dia nya sesayur tuh sume lain plak cara pembuatannyer itu.
aku ty adik aku. "ko rasa nie bigmac ke bukan?"
tau apa jawapan dia??? "ini big nasty ghopenyer"
aisaehhhhhhh.... malas la aku nak komen bagai. menyentapkan selera jek.
tapi.. aku mcm nak email depa la. hehehe... nanti ko!! tipu aku ekk!!!

Tapi kan... sib bek la sundae nie penuh. aku bukak tutup dia pun siap melimpah2 laie. ke sbb dia dah cair?? hakhakhak.. apapun... mkn je lah.. rezeki dah ada depan mato kan....

Alhamdulillah...

Betul ke?? Norman Hakim, Memey Ditangkap Khalwat!

Keratan dr Murai.com

KUALA LUMPUR, 30 OKT 2008 : Pelakon siri Gerak Khas, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, telah ditangkap khalwat bersama pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang, awal pagi tadi.


Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Hidayat B. Abd. Rani, berkata pelakon lelaki dan pasangannya itu ditahan pada jam 3 pagi oleh 5 anggota penguatkuasa JAIS dan 2 anggota polis.


"Pihak kami telah mendapat aduan daripada orang ramai sebelum membuat serbuan ke atas premis tersebut. Pada mulanya mereka enggan membuka pintu sehingga berjaya mendapatkan kunci daripada seseorang.


"Apabila masuk kedalam ruang pejabat itu, kami telah bertemu dengan wanita itu manakala Norman sedang menyorok di bahagian belakang. Ketika itu kedua-dua mereka berpakaian lengkap.

"Mereka berdua didakwa di bawah Syeksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 atas tuduhan berkhalwat," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superitendan Amiruddin Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.


"Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut," katanya.


Norman adalah suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002 dan pernah berpisah buat seketika pada Mei 2006.


Baru-baru ini, Norman dilaporkan tidak pulang ke rumahnya pada Ramadan lalu tetapi menafikan rumah tangga dengan Abby sedang bergolak kencang.


Dalam pada itu, Memey pula pernah menafikan kepada murai.com.my bahawa dia mempunyai hubungan intim dengan Norman. Memey yang juga anak saudara pelakon Darling Ngasri, pernah membintangi drama Graduan, Elit, Pasrah, Dunia Baru 3, Roda-Roda KL serta Tragedi Oktober.


APA YANG TELAH BERLAKU? NI NAMANYA 'YANG DI ATAS' MAHU MENUNJUKKAN KEBENARAN...

abby bukan masih dlm pantang ke? sedihnya saya sebagai seorang isteri mendengar kejadian ini jika berlaku terhadap suami sendiri. mcm2 'warna' bersimpang siur tanpa arah di dlm mata dan pemikiran saya nanti.

Selamat Pagi Semua

Sebelum memulakan kerja, jom breakfast dulu... .. bismillah... ;)




bebudak berdua nie kalau nmpk lampu kat camera phone aku, sume berlumba nak terjah. (wpun takleh terjah ape mak teh mkn semalam tuh.. :p )

Pesanan buat mak teh ngan mak usu, termasuk untie elyn, bile nak banje kitorg.. haaaaaa.. jgn buat2 lupe, 9/11 nie ek. aris nak present yg paling best sekalik! ekekeke... :D

Thursday, October 30, 2008

Iklan Di pagi hari



kenal tak meka2 nie??? tu kak ros, sebelah tu ipin, kanan sekali tu upin.
aku sgt suka tgk kartun animasi nie. kalah amirul ngan aris sendiri. ekekeke...
dah lama tak tgk kartun. tapi yg nie mmg melekat di hati. mungkin sbb jalan cerita dia yg lebih ke malaysian kot. :)
ikutkan aku bangga dgn org2 yg dibelakang tabir cerita ni sbb ianya 100% produk malaysia. dr tenaga kerjanya hingga peralatan nya.
tak pecaya??? meh baca cnie meh.
Upin dan Ipin popular di Indonesia
SEJAK bersiaran di saluran Dekat Di Hati, TV9 sepanjang dua bulan lalu, drama animasi Upin dan Ipin begitu pantas meraih populariti penontonnya. Karakter lucu dan bersahaja dua beradik ini berjaya membuatkan sesiapa saja yang menonton terhibur dengan gelagat mereka. Berlatar belakangkan pemandangan kampung yang indah lagi permai serta dibarisi watak-watak yang begitu dekat di jiwa penonton membuatkan drama animasi ini sentiasa di nanti-nantikan kemunculannya
Namun, selepas dua musim drama ini menamatkan siarannya, ramai ternanti-nanti apakah akan ada sambungannya untuk musim ketiga. Begitupun, jangan risau kerana pihak yang mencipta watak ini berjanji pada musim ketiga Upin & Ipin tetap akan menemui peminatnya. “Kami gembira kerana sejak disiarkan sepanjang bulan puasa lalu, Upin dan Ipin berjaya memperolehi rating sehingga 1.5 juta penonton. Dan kami juga mendapat permintaan daripada TV9 yang meminta kami untuk membuat sambungannya. “Memang kami sedang merancang ke arah itu. Walaupun kami dapat tawaran, namun itu tidak bermakna kami harus membuat drama animasi ini tergesa-gesa. Kualiti harus dijaga dan kami akan pastikan piawaian untuk musim ketiga Upin dan Ipin lebih baik dari yang terdahulu. Sebab itu kami perlukan perancangan yang teliti dari segi pembikinannya selain mencari skrip yang sesuai,” Ketua Render Artis Les' Copaque Production Sdn Bhd, Mohd Zarin Abdul Karim
selanjutnya disini
walau apapun, aku tetap menyokong animasi malaysia walaupun ada yg masih lagi mengetengahkan lawak yang tak berapa lawak.. huehuehuehue...

.
.
.
.
.
.

dasatkan future kotak rokok??!! agak2 ada tak yg akan berenti merokok??? nie kalau tak amik iktibar nie, tak tahula den.. :D diambil dari laman bharian..


Pergi Yang Kembali


Dah lama tak buat ulasan keratan akhbar kan?


hehe...meh tgk berita utama hari nie.


Bayi dilarikan tujuh jam ditemui semula

alololo... comeynyer baby tu...


KUANTAN: Seorang bayi lelaki berusia 31 hari, yang dilarikan dari rumahnya di Jalan Galing di sini, dipercayai untuk dijual, diselamatkan polis selepas tujuh jam kehilangannya disedari. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin, bayi berkenaan, Mohd Aidil Abu, dilaporkan dilarikan oleh dua lelaki dan seorang wanita ketika ibunya, Zaiton Awang Besar, 37, membuang sampah di belakang rumah. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata sebelum itu ibu bayi berkenaan dikunjungi wanita terbabit yang mendakwa mengenali anak saudaranya.


"Ketika berbual, Zaiton meninggalkan sebentar bayinya untuk membuang sampah. Sekembalinya ke dalam rumah, Zaiton terkejut apabila mendapati Mohd Aidil dan wanita itu sudah tiada," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam. Ibu bayi itu membuat laporan mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Air Putih, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin selepas gagal mencari Mohd Aidil. Berikutan itu, polis menjalankan gerakan mencari serta membuat hebahan mengenai kehilangan bayi itu.

selanjutnya disini


Sedih nya bila dgr kes mcm nie. lagi2 anak sulung. Syukur dpt ditemui semula. yg pasti, sebagai iktibar, walaupun kita kenal seseorg itu, tidak semestinya kita percaya mereka 100%. apatah lagi yg tidak dikenali. dalam kes di atas, wanita tersebut hylah tetamu yg mengenali anak saudara mangsa, bukan seseorang yang dikenali mangsa. sangatla cuak utk saya sendiri tinggalkan anak dgn org sebegitu rupa. agak2 apa hukuman kepada org yg buat kerja tu ek?? pada zana sendiri, meh kita rejam dia sampe mati... keh keh keh...(huhu... saya mmg kejam ;) )


Sedangkan di depan mata boleh diculik inikan pula yg ditinggalkan bersendirian...minta dijauhkan olehNya... amin...

Tuesday, October 28, 2008

Cun ke Tak?


Model: saya sendiri, ngeeeeee
Sebenarnya dah lama bos aku ada this collection. mai from Sri Lanka. Semi precious stone di buat jadi necklace.

Dan.... buat kesekian kalinya aku mencuba benda alah nie kat leher aku. bila aku dah hias kat showroom baru la aku perasan yg aku tak penah cuba sekalipun.

Ha.... nie la baru terkial2 nak cuba pakai. any buyers???? cun gak benda nie bila dah pakai. kalau sesape minat semi precious stones and nak buat collection of this kind of jewellery, jgn memalu, sila hubungi saya ya. nws_1923@hotmail.com.

Tuuuu dia... pjg tuuu... yg aku pakai sama pjg dengan the top two above. nak tgk dekat?? next entry k. tungguuuu..... :)

Pam Pom Kebabom!!!

Deepavali kat rumah mak aku mmg meriah tahap dewa okeh!!!

bukan la umah mak aku. tapi kejiranan aku.

kalo korg nak tau, umah aku nie dikelilingi oleh berbagai kaum.

tak kira la raya apa. melayu ke, india ke, cina ke, mercun ttp meriah bunyiknyer..

sampai aku pun kurang pasti, sape yg duk main benda alah tu. sbb, bunyi dia sama je.

tapi kalau deepavali lagi la hingar bingar sbb neber aku sememangnya india... huhuhu

ptg tu amirul ngan aris tido nyenyak. 2 jam setengah gak la ptg tu deme tido selepas puas aku kerah depa tido. hadoyaiii...

mlm tu plak mcm sonok je nak tido lewat. main2 bagai depa nih. tapi elok gak. atleast bila kebabom nnt depa tak sedar. iye la tuuuuu....

Nie gambar2 sebelum kejadian sebenar at 12.00am 27/08/08


bila pam pom pom pam, amirul dgn acting yg mmg dibuat2 sbb ketakutan yg hamat.aku siap tutup kiri kanan tinge dia. punnnnnnnnnn dia takut sampai tak gerak2 lgsg!. siap lesit tepi aku laie. bila adik dia merengek aku nak tgk, dia nyer bising tak kasi aku pi kat adik dia. tapi kepala ttp tak angkat. huhuhu... takut tahap gaban. siap mak aku jerit kat india sebelah jgn men mercun kat depan umah aku. tapi... bape saat je la tahan tuh. heh!


aris nie aku saje tutup tinge dia. tapi tak tahan lama pun. bbrp saat kendian dia dah kalih. siap bukak mata menghayati bunyik mercun tuhhhhh... adeh... sib bek tak menangis melalak. tepuk2 tido balik. phewwww!!

tah kol bape tah depa abis. tapi biasanya sejam kendian keadaan kembali normal... kot..
Sbb kol 2++ aku bangkit buat susu aris, dgr ckit2 je meletop. tapi stilll main lagi mercun tuh. adeh...salah timing ke balik selayang?? padulik lah.. :D

Wedding

tghri lepas zohor kami anak beranak pi majlis kawen kawan aku. sesama duk matrik, sesama duk serumah utk sem terakhir di uni.

alhamdulillah... sampai jodoh dia. Mastura n Halil.. Selamat Pengantin Baru...:D

kitorg sampai pun lambat. pengantin pun dah mkn. tapi nama nak amik gambo pengantin idok le dpt.

baru nak kuar camera udah kena sound dek laki den. huhuhu....

tros cancel. nak kata muncong pun boleh kot. tapi tak guna pun nak bawak rasa merajuk sbb lagi aku buat pangai, lagi la abah bising kang. nie pun syukur dia nak pi.

sayang gak tak sempat snap gambo panten. harap ko bagi la aku gambo ko tu ek Tora.

tapi...yg lawak masa tu, aku leh sumbat aris ngan nasi minyak. ekekekeke.... mkn plak dia. sib bek tak pedas. :D mmg kaki mkn la ko adik!!

Ikutkan aku nak ajak abah pi open house kawan sorg lagi kat Taman Kota Cheras. tapi awal2 lagi dia ckp "pi umah org kawen je. open house nie len kali leh pi"...................
terpk gak, len kali tu bile agaknyer?? huhuhu...(tu pasal aku maleh nak buat open house. umah org pun aku tak pi lagi mau jemput org?? sdri mau ingat la kan...)

maaf kalau jemputan kengkawan tak dpt saya penuhi. korang pepaham je la ek!

Lepas gi umah pengantin, tros balik selayang. Wah!! rejeki... pakcik yg duk blakang umah mak aku buat open house. pi pun lepas abah depa balik. Nak singgah opis buat kerja katanya.

sib bek mirul tak berapa perasan abah dia takde. kalau tak mmg haru la.... huhu...

sape ek amik gambo??? oooooooo mak usu ek.. mane la gambo nyer mak usu?? bak mai sekeping dua plzzz ........ :p

Balik Kampung!!

Yehuuuuuuuuu!!!

aku? balik kg?

kek mano la kg ekau tu milah???

jauh tuuuuuu.... subang ke selayang. ekekeke...

Saturday... pagi mcm nak pi berperang kot. disebabkan abah nak pos kitorg balik selayang hari nie,
so aku n abah buat kerja mendobi sejak mlm tadi lagi. basuh baju, tukar cadar, basuh tudung (aku yg selambak since raya itu hari tak basuh. duk recyle jek. ekekek.. pecah rahsia!)

tapi bebenda tu sume mmg aku dah budget nak buat minggu nie. tiada kena mengena dgn aku yg sesaje melambatkan keja. TIDAK!!

mmg aku ada time frame utk buat keja sekian2 hari especially weekend. tu pasal kekadang nak keluar tu cam berat melain kan dah set awal2 atleast 1 hari sebelum. lagipun anak kecik.. kena la buat ada perancangan. kalau takk... segala menjadi lambat. huhuhu.....

pagi tu gak pil anta mil pi ampang umah abg ipar. mak nak beraya since bapak takmo pi, udahnya, mak pun membawa diri ke rumah anak.. ekekeke...

taklah... ikutkan abg ipar aku tu nak pi, so senang la dia. lagipun abg ipar aku tu kaki jalan gak. jadi... tak la jadi masaelah. aku plak disbbkan takdak keta, kena la duk umah iye... abah bebudak nie pi keja. disbbkan aku, abah dia terpaksa bekorban keja. nak tak nak kena balik awal amik aku n anak. huhu... udahnya.. weekend kena kerja la.

yg kami anak beranak, pepagi lagi dah pijak mydin subang beli monthly stock utk budak berdua nie. Aris pun aku dah cadang nak tukar susu dia. since next month dah setahun, better tukar susu ke 1 year ++ lepas abis stock skang nie. iskh.. dah beso ek kamu nie.. :D

tak lama pun kat sana. satu jam je kot. biasa la.. kalo jln ngan abah depa, mmg shopping in a fast lane. kira amik apa yg tertulis shj. jgn la nak mimpi2 gi rewang sana sini iye. tu pasal aku prefer gi sendiri. sbb!! leh teringat nak amik apa yg tak tertulis.

disebabkan cepat berbelanja, mmg betul pun aku lupa nak beli brg sendiri yg very the' nazak' nih.. adeh...

oh iya... jumpa upin ipin cd's kat one of the stall tetengah mydin. angkat la 2. tah bila la nak tgk tuh. cdg nak bawak ke selayang. bawak kah aku??? huhuhu....

Friday, October 24, 2008

Beringat sebelum Terkena

Sesejak kereta tak dak nie

jadual kembali kepada asal mcm masa belum ada kereta

heh! ape zana ckp nie>??? mau citer full ke?? takyah la ek... buat atiku sakit+ sedih je..

nnt kalau dah dpt keta baru zana citer.

tapi rasanya lagi awal kot.

kol 5 bangkit siapkan bubur Aris

pastu aku siap buat bekal nak bawak ke off laie.. huhu (tau takleh pi memane tghri)

pastu bersiap la utk ke off. make sure brg aris semua dah masuk beg dan bekalan utk amirul pun siap.

mirul nak siap apa? huhu... susu dia bgai gak. tapi payah sorg nie. mkn susuke hati dia jek. sup2 ke sayur ke jgn harap la. nie anak kari-kari an nie.. aku nak masak??? mahap la ek... :p. takpe. nnt nyai beli bfast ek. :d

by 6.30am dah left to Aris nursery. adeh... cian dia kena tinggal pepagi bute. tapi sib bek dia ok. OK la... siap leh sengih2 ngan abah dia lagi.

Ya! saya sampai opis kol 7.10am. nak sambung tdo pun boley... tapi... tak reti gue. melain masa peknen mirul dulu mmg aku tido once sampai off. tu yg membolat je muka masa tu.. :p

sesambil layan blog org, surf tenet, aku buat la keja mane yg patut dihabiskan...

itula rutin aku mungkin selama 2 minggu nie. (hrp2 by next week dpt la keta.. huhuhu)

owh.. semalam balik naik bas. amik kat kl sentral. (dowh... nape la aku tak amik komuter.. lagi cpt aku sampai ...kot.)

ikutkan menunggu tu yg lama. dekat sejam bas tak sampai2. adeh.. tangen2..

kol bape sampai rumah? 8.30pm??!!

haiyoo.... (iskh... takleh nak merungut. ko yg nak naik lah.)

abah bebudak tu pun dah sampai rumah. yg bestnyer dia kuar off after magrib. huhu.. nak wat camne... dah nak balik sendiri sgt. rasakan...

tapi kan... bukan salah aku. bas la mengong! lambat nak mampos. dah tu aku terpaksa amik bas lompat. turun sunway amik bas pi usj. sabo je lah.

tu pun sampai rumah aris dah tido. takleh nak memain ngan dia.. huhu...

haih.......... bila la nak dpt balik keta nie... :(


pagi nie mirul menangis menyebabkan terpaksa bawak dia turun sekali. nmpk aku abah adik nak keluar, kuat lagi dia nangis.iyela.. org sume pi dia kena duk umah. marah la tue.. sib bek yai dia ado. kalo dak... sampai ke pagi tak abis merajuk...

dan........pag nie gak aku menyebabkan bubur Aris hanget. haiyooo.. pi tinggal api beso la tuh. rasa mcm dah kecik.. tpai aku terbiar beso plak. pastu naik atas bersiap mandi bagai lama plak tuh.. haish.... se'eh tol umi korg nie.. huhuhu....

Thursday, October 23, 2008

So Down

Tiada kata dapat menggambarkan.

Tiada perkataan yang mampu terungkap.

Hanya pandangan dan pendengaran yang mampu digunakan.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul...........


Terima kasih kerana tiada soalan kerana saya tidak mampu menyediakan apa2 jawapan.

Monday, October 20, 2008

Mirul and Aris

abg jatuh adik berdiri kat bakul

abang berusaha nak masuk balik dlm bakul tapi adik tak kasi tegak bakul

hahaha.... say cheese.... tapi jgn harap la nak nengok aris senyum. adeh....

masa nie aku panggil dia pandang. bila aku click je button tros dia tunduk balik. menelek pooh kat baju tido dia. haiyooo dah lama la adik pakai baju tuuu... :p

nie aktiviti kegemaran adik. sebarang benda yg dia jumpa pasti dia test rasa dulu. apa rasa dik plastik balut surat abah tu??? :d

hehe..rindu plak kat si kenit berdua nih... bila nak balik nih!!??

Weekend yang Tenang

Sabtu dan ahad

melepak di rumah

tak gi selayang tak keluar kemana2

org dtg beraya pun semalam je

oh iye... semalam pi open house rumah pak sedara suami

sepupu dia buat aqiqah utk arwah anak dia sekali

owh... pjg ceritanya....kalau rajin saya cerita la ek

yg pasti, arwah pergi tak lama lepas dilahirkan dan tak cukup bulan

alhamdulillah.... mak dan ayah dia masih ingat nak buat aqiqah utk bb

sebak aku rasakan...

aku????????

Friday, October 17, 2008

Selamat Jalan...

Semalam aku cuti emergency
bawa mak dan nenek ke airport
aku angkut mirul temankan aku
awal sungguh keluar rumah
kol 8 dah terpacak kat nursery aris
awal giles... selalu 8.30 la.. baru hegeh2 nak antar aris
kenapa tak bawak?? huhu.... tak larat nak bawak dedua.
aku tau antara aris ngan mirul, aris lagi byk songeh.
duk ngan untie ek... lagipun umie dah byr for a month ok.. hiks...(kijam sungguh umi ko nie... :p)
ya... semalam saya dr subang bawak keta ke selayang(umah mak n nenek) pastu bekejar ke KLIA, pastu ke Kajang last balik selayang dan akhirnyaaaaaaaaa.... amik aris dan balik ke Subang...
lepas isyak aku tros tumbang. dinner pun aku tak mkn. ekekeke...
baju abah yg sehelai pun aku budget ari nie baru gosok.. hehe... tak larat oo semalam.
ikutkan takla nak tido tapi badan sakit2. takleh nak bangkit rasanya.
masa berjalan tak hengat. bila dah sampai subang baru terasa.
lagipun semalam hari hujan. sekejap cni hujan, sana terang. tapi overall, hujan la semalam.
dr yg gerimis membawa ke lebat selebat2nya. kira aku kalo ko ty tempat mane, sume aku leh kasi keadaan cuaca. ekekeke...hebat tak hebat!!

Ceritanya.... pakcik aku, adik mak aku yg kedua (mak aku sulung) bermula semalam, akan bekerja di Dubai. tak pasti bape lama. selama deme nak la kot. :D

Dulu dia keja ngan 'bukit berlari' dr dia muda, rasanya belum kawen kot.. sampai la nie dah ada anak 4, paling tua 19. kot.. hehe...(sorry la.. lupe la umur ko kakak ct. tau ko sambut lahir 4 tahun sekali jek :P), baru nie ha.. dia tukar keja. dah tu, bukan dedekat. tros kena keja oversea. huhuhu...

Paling akhir aku ingat pakcik aku nie kena keja kat US. masa tu yg bongsu dlm perut makcik aku laie. sampai dia banak pun, pakcik aku baru nak balik dr US. kira dah keluar baru tgk. hehe..

itu pun citer 8 thn dulu. masa tu aku pun blajar lagi.

la nie... dia kena fly lagi. setahun lagi insya Allah dpt la jumpa muka lagi. hopefully raya taun depan ada la dia. :D

semalam anak2 dia sume ada kecuali anak lelaki nya yg kat matrik melaka. itupun sorg tu berangkut dr skolah. abis peksa PMR utk hari semalam. pakai baju skolah la ko ek sarah... ok pe! :p

meh la tengok2 gambar kat airport. enjoy ya kepada sesedara yg tak dan nengok/jumpa buat kali terakhir.(sebelum dia fly iye... jgn salah tafsir plak ) :)


aku, mak, nenek



nape tegak je mirul nie ek???

check in

Sarah. anak pakcik aku yg ke 3. dia pun ada tanda kena ekzos moto kat kaki. kira senasib ngan aku la tuh. dah tu moto abah dia. aku pun sama gak. kena ekzos moto pakcik aku yg nie. dahhhhhhhh tak leh kawen anak raja. muahahahahaha


uishhhhh... dekat gile muka aku. tu kalau nak tahu, gg mirul tu terserpih. iskh.. camne nak ckp ek?? tah apa dia gigit dah patah ckit gg dia. geram btol aku pagi tadi masa 1st time nengok kan. dia nie suka sgt gigit kain, puting susu dia, baju la hape2 lah. geram btol dibuatnya.

dr kiri, pak mertua pakcik aku, mak aku, jiran pakcik aku(cik Ros namanya), Acik uji, acik ita, kakak Ct(anak sulung depa).

ha... yg si tembam pakai gaun pink nie anak bongsu depa. fatihah. (tapi aku suka pangge dia patihah. :D)

sebelah mak aku tu pastinya makcik ku punya mak. muka diorg serupa la.. :D. mmg takkan salah punyalah. ini mak, yg tu anak.

nie anak buah acik ita. anak adik dia yg bongsu. tua bape bulan dr mirul. tapiiiiiii.... ke aktifan dia buat mirul tersengih2 dr jauh. nama nak join, mmg la mirul tak reti :D
dia duk bawak lari diapers dia. lebih rela diapers tu rosak dr bagi sepupu dia pinjam. adeh... bebudak... :D


sonok nmpk duk atas troli??? org tolak troli, dia pun sibuk nak nolak. :)


apa la yg adik beradik nie ngumpatkan...hiks..

hohohoho... saat2 nie la yg aku tak sanggup... saat nak kena masuk ke balai berlepas. nie gambar nenek dgn pakcik aku. yg dibelakang tu sume dah bergenang. termasuk la aku.. hehehee...sebak la jugak... lagipun mengenangkan lama gile dia diperantauan. tah bile la dpt jumpa lagi. paling2 pun dpt la ber'ym' nnt .insya Allah..

nie plak mak aku.iskh.... deme nie buat org nak nangis je.. :D

ikutkan pakcik aku nie garang ooo dulu. dulu la.. tapi aku plak mcm tak terasa ke garangan dia. sbb... aku agak rapat dgn dia dulu. aku ingat lagi, masa aku kecik, pakcik aku nie cilok aku bawak pi mkn McD. aku rasa tu pes time aku mkn mcD kot. ada la dlm umur 4-5 tahun gitu. adeh.. mcmane la aku tak ingat, mkn kat restoran tuuuuu... hehehehe (tu jgn harap la kalo nak pi ngan arwah abah aku :) sbb abah aku tak reti mkn burger! hihi...)

paling aku tak lupa masa aku dpt result spm dulu. pakcik aku bagi angpaw'besarrrr'
dia ty nak apa?? aku jawab nak pi bercuti kat sabah or sarawak. hahahaah.. macam la aku berani. tapi sampai la nie aku tak pi sana lagik. yg pastinya aku guna duit tu utk blajar memandu moto ngan keta. huhuhu... byk faedahnya... mekasih ek acik uji! :D


Masa utk berangkat

sebelum tu.. amik gambar dulu...

bubye atok!!! nnt jgn lupa bawak balik cikelat byk2 ek taun depan :D
Bon Voyage!!!

Nak balik pun nyempat main troli ngan makcik patihah!(ha ah... korg tu makcik la ngan mirul. tapi pasan pangge kakak ek.. :p)

haiyooooooo... payah tol nak amik gambo ko mirul. nie dia duk tgk bas kat bawah tu la.
okey... next destination.. to Kajang.!