Friday, October 31, 2008

Betul ke?? Norman Hakim, Memey Ditangkap Khalwat!

Keratan dr Murai.com

KUALA LUMPUR, 30 OKT 2008 : Pelakon siri Gerak Khas, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, telah ditangkap khalwat bersama pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang, awal pagi tadi.


Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Hidayat B. Abd. Rani, berkata pelakon lelaki dan pasangannya itu ditahan pada jam 3 pagi oleh 5 anggota penguatkuasa JAIS dan 2 anggota polis.


"Pihak kami telah mendapat aduan daripada orang ramai sebelum membuat serbuan ke atas premis tersebut. Pada mulanya mereka enggan membuka pintu sehingga berjaya mendapatkan kunci daripada seseorang.


"Apabila masuk kedalam ruang pejabat itu, kami telah bertemu dengan wanita itu manakala Norman sedang menyorok di bahagian belakang. Ketika itu kedua-dua mereka berpakaian lengkap.

"Mereka berdua didakwa di bawah Syeksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 atas tuduhan berkhalwat," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superitendan Amiruddin Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.


"Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut," katanya.


Norman adalah suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002 dan pernah berpisah buat seketika pada Mei 2006.


Baru-baru ini, Norman dilaporkan tidak pulang ke rumahnya pada Ramadan lalu tetapi menafikan rumah tangga dengan Abby sedang bergolak kencang.


Dalam pada itu, Memey pula pernah menafikan kepada murai.com.my bahawa dia mempunyai hubungan intim dengan Norman. Memey yang juga anak saudara pelakon Darling Ngasri, pernah membintangi drama Graduan, Elit, Pasrah, Dunia Baru 3, Roda-Roda KL serta Tragedi Oktober.


APA YANG TELAH BERLAKU? NI NAMANYA 'YANG DI ATAS' MAHU MENUNJUKKAN KEBENARAN...

abby bukan masih dlm pantang ke? sedihnya saya sebagai seorang isteri mendengar kejadian ini jika berlaku terhadap suami sendiri. mcm2 'warna' bersimpang siur tanpa arah di dlm mata dan pemikiran saya nanti.

11 comments:

Anonymous said...

alamak..kita publish entri sama lah zana..tapi kakjie nk oter sikitlah..tak moh sama...


itulah...kata org tak de asap kalo tak de api

Zana S said...

huhu..sama ek?? boley2.. kak jie oter tang gambo. ekeke.. orait dah tu. :D

ha ah...takde angin kalu, pokok tak goyang.. kan. kan kan..

Arin said...

dah abis pantang dah minah abby tuh..sian dia kan..ye le..anak dah 3..kalau ye pon ader salah silap..pk2 kan le tang anak..

Zana S said...

arin
ooo... siap buat cukur jambul anak tapi bapak takdek ek. haru btol.
itulah... apa2 pun pk la pasal anak. kalau kes macam nie, adakah anak akan respek bapak?? pikir la sdrii..

Anonymous said...

baru jer abis pantang dtg plak dugaan hebat camni...ishk2..semoga Allah kuatkan hati abby..

zura aini said...

takpe abby anak 3, itulah harta dunia akhirat, jaga elok-elok. suami macam ni, OK ke?

UmiMia said...

ishk...melampau tul diaorang nih

hari tu nora danish bercerai time pregnant, ini abby pulak..kesiannya diaorang nih...

ita.itu said...

mmg sial betulla jantan nih..potong ke koneknye..abis citer..

Zana S said...

lilylotus
itulah.. mmg tak guna tol laki dia nih!

zany
hi! ha ah... itu je bekal dia dunia akhirat. moga2 anak dia tak la ghope ayah dia. huh!

umimia
itulah. nak kata pompuan salah?? rasanya lagi byk yg teraniaya. tapi bila pk balik, pompuan pun sama gatal, kalo tak, takde la cite nih kan.. :P

ita.itu
wah koooo... lazerr.. :p nak gak ckp cenggitu tapi.. kang, aku kena saman dek norman hakim kang..naya akuh..miahahahaah...

Elyn Sani said...

haih memacam la.... layan mekdi lg besh ekekeke

Zana S said...

elyn
takmo dah. beger king la.. ko banjer.. ekekeke