Thursday, October 30, 2008

Pergi Yang Kembali


Dah lama tak buat ulasan keratan akhbar kan?


hehe...meh tgk berita utama hari nie.


Bayi dilarikan tujuh jam ditemui semula

alololo... comeynyer baby tu...


KUANTAN: Seorang bayi lelaki berusia 31 hari, yang dilarikan dari rumahnya di Jalan Galing di sini, dipercayai untuk dijual, diselamatkan polis selepas tujuh jam kehilangannya disedari. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin, bayi berkenaan, Mohd Aidil Abu, dilaporkan dilarikan oleh dua lelaki dan seorang wanita ketika ibunya, Zaiton Awang Besar, 37, membuang sampah di belakang rumah. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata sebelum itu ibu bayi berkenaan dikunjungi wanita terbabit yang mendakwa mengenali anak saudaranya.


"Ketika berbual, Zaiton meninggalkan sebentar bayinya untuk membuang sampah. Sekembalinya ke dalam rumah, Zaiton terkejut apabila mendapati Mohd Aidil dan wanita itu sudah tiada," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam. Ibu bayi itu membuat laporan mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Air Putih, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin selepas gagal mencari Mohd Aidil. Berikutan itu, polis menjalankan gerakan mencari serta membuat hebahan mengenai kehilangan bayi itu.

selanjutnya disini


Sedih nya bila dgr kes mcm nie. lagi2 anak sulung. Syukur dpt ditemui semula. yg pasti, sebagai iktibar, walaupun kita kenal seseorg itu, tidak semestinya kita percaya mereka 100%. apatah lagi yg tidak dikenali. dalam kes di atas, wanita tersebut hylah tetamu yg mengenali anak saudara mangsa, bukan seseorang yang dikenali mangsa. sangatla cuak utk saya sendiri tinggalkan anak dgn org sebegitu rupa. agak2 apa hukuman kepada org yg buat kerja tu ek?? pada zana sendiri, meh kita rejam dia sampe mati... keh keh keh...(huhu... saya mmg kejam ;) )


Sedangkan di depan mata boleh diculik inikan pula yg ditinggalkan bersendirian...minta dijauhkan olehNya... amin...

2 comments:

Elyn Sani said...

aiyoooo tkt ler aku.... ko pun tau cite kan?? kan???

Zana S said...

elyn
iskh.. takde kot. doa yg bebaik je la ek. lagipun mama kan ada.. insya Allah...